Thursday, May 26, 2011

pemimpin baru, halatuju baru...senario politik semasa

assalamualaikumwarahmatullah....

PAS dalam rangka proses kepemimpinan yang baru dalam menongkah arus ikilim politik di Malaysia yang makin mencabar....siapa yang bertanding di peringkat jawatan itu dan ini adalah sesuatu yang sukar untuk dijangkakan sehinggalah dipastikan siapa-siapa yang disah bertanding untuk sesuatu jawatan itu...

PAS dengan kepimpinan yang baru harus bersedia dengan politik fitnah haram yang berleluasa...dan politik yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum. PAS harus memimpin ke arah sebuah pasti Islam yang kebal menangkis segala tohmahan terhadap mereka dan pemimpin-pemimpin ulung mereka. Apa yang kita lihat mereka lebih menggunakan pendekatan mencemuh dan menfitnah figure2 tertentu demi mencapai matlamat dan cita-cita politik mereka.

pucuk pimpinan pas baru yang bakal dilantik harus menjadikan agenda memperkasa serta merangka strategi ampuh demi menjaga kredibiliti dalam pakatan rakyat, kerana serangan datang dari pelbagai sudut ketika ini. Jika Pas dan pakatan rakyat cepat melatah dengan sebarang situasi buruk yang melanda maka ia adalah satu kemenangan kepada barisan nasional.

Pas harus sedar bahawa iklim dan situasi politik adalah amat dingin ketika ini, dengan memperlihatkan fitnah mereka hampir memakan diri mereka sendiri. Penyebar dan pemilik video lucah masih bebas belum didakwa..kata mahu dakwa tapi tidak lagi dakwa-dakwa sebab apa...sebab mereka adalah orang kerajaan,kroni-kroni mereka juga...mereka sebenarnya masuk perangkap sendiri....Timbalan Ketua Polis bila ditanya media "individu dlm video tu dirahsiakan,hingga kes itu dibicara di mahkamah"...sedang cari jalan macm mana lagi nak tipu rakyat dan memburukkan nama Anwar Ibrahim..

angin-angin pilihanraya umum rancak kedengaran ketika ini...barang-barang keperluan dengarnya sengaja tidak dinaikkan dulu bagi memberi peluang mereka untuk menambat hati rakyat yang menjadi penentu kesinambungan kuasa politik mereka ketika ini.

habis muktamar, gerak kerja perlu terus dibuat bagi menghadapi semua ini, pilihanraya umum harus disiapkan senjata rahsia untuk berlawan...buku jingga hampir menambat hati rakyat sehingga mereka terpaksa menciplak idea buku jingga bagi menunjukkan keprihatinan mereka terhadap rakyat..

diwan ulama pada pendapat SM perlu lebih tegas dalam menangani isu agama dan harus lebih bijak menonjolkan diri.Ini kerana diwan ulama pas jika aktif dan agresif sudah semestinya rakyat menyedari dan merasai sentuhan ulama khususnya dari kalangan celik agama dalam PAS..

selamat berjuang kepada bakal pimpinan baru..sistem baru,gerakan baru.....

Sunday, May 22, 2011

aslmkum..

berpindah ke http://generasi-wahyu.blogspot.com