Thursday, October 23, 2008

aslmkum...semua.....







Sekitar jamuan raya n dinner LASIS 08...rumah universiti.........

Khamis 24 oktober 2008,lajnah siasah syari'iyyah telah mengadakan Majlis jamuan hari raya dan makan malam di rumah unversiti,UM.Terlebih dahulu ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah2 jabatan siyasah syari'iyyah,ketua jabatan DR Bharuddin Che Pa,Ustaz Raja HIsyamuddin n family,Dr Siti Arni n family,dan ustaz hafiz kerana sudi hadir ke majlis kami,juga tahniah kepada rakan2 tahun 2 siyasah sebagai pelaksana majlis,abg2 kakak2 senior serta adik2 junior siyasah.....harap semua satisfied dgn majlis itu....

Semoga ukhwah yg terjalin ini trs kukuh dan utuh sampai ke akhir hayat......jgn lupa kwn2..exam da nk dkat...stdy rjin2...sbjek teras akademi jgn wat min2...kuasai bhsa arab...itulah intisari ucapan Dr Baha....k sma2 kita fkir2 kan....

Assalamualaikumwarahmatullah.....



Kepada guru-guru,ustaz2.ustazah2 yg pernah mengajar diriku,jazakumullah khairan kasiraa diucapkan kepad a antum sekalian kerana keihklasan diri antum semua,diri ini ke tahap ini sekarang.Jgn ad yg kata pelik dikala ana berkalam sebegini,kerana ianya perkara biasa iaitu luahan hati seorang anak didik kepada guru-gurunya.

Dikala ini teringat kenakalan ketika di SMA haji Mohd Yatim,Ulu GAdong,Rembau.Dari form 1 hingga Form 5 disana banyak kenangan2 tersemat dihati ini,dan masih utuh dikala kalam ini ditulis dan berterusan utuh hendaknya.Guru2 Ustazah Zaiton (pengetua).ustazah Norlia,cikgu adnan,ustazah hafazah,warden dedikasi dan dinamik ustaz wan rOslan,perotan terbaik cikgu azman wahab (heheheheh),Cikgu mariani,cikgu naziran,x lupe ustazah mimi,ustaz khidir mad isa serta guru2 lin yg disayangi dan dirindui,Semoga antum sekalian berada dibawah lindungan rahmat dan inayahnya disamping keluarga tercinta............

Kedegilan diri ini dlu bak tiada pdoman melainkan nama-nama insan hebat diatas yg hadir dengan ikhlas mbimbing.Semangat itu hadir dan berkobar-kobar namun agak terlewat dikala tarikh keramat bagi insan rugi seperti ini tiba disaat itu.(nk tau Tarikh apa....SPM la beb..heheheheheheheh).Terima kasih banyak2 sekali lgi kpd antum semua,dikala ini anak murid antum sekalian ini di tahun 2 mahasiswa akademi pengajian islam universiti malaya kuala lumpur....alhmdulilah dpt jugak msuk u sya cikgu mariani....huhuhuhuhuhhu (sbnrnya nk nangis time tlis ayat ni)...

Rakan2 se"kepala" di Smahmy dulu,muslimin Bro nazar (abg besar),wan tiger,id,midil the puyuh,pejal somanto,kholis,muzaff,joghung,yusri (timbalan yg setia),adi ghafar,amat steng,aidil,dan yang lain2.korg semua memg kwn plng bestla,sekalipun kita2 sama buat jahat dulu,hahahhhaha....

Yg muslimat,nani (masih di um),anem,ayong,piya,liyana,miza (ank sorg da,alhamdulilah,semoga bahagia),fatin,dan yang lain2....semoga mereka semua berada di bawah lindungan yg maha Esa hendaknya...Ya Allah Lindungila sahabat2 hambamu ini....semoga berjaya dalam bidang masing2.

Klu bole diterbalikkan masa,mahu saja diri ini kembali kepada masa dulu.Snok zaman persekolahn sehingga terbawa ke hari ini.Ya Allah ampunkan dosa ibubapaku,suadara2,guru2 ku ku,sahabat2 ku,seta muslimin-muslimat yang masih hidup mahupun yang telah meniggal dunia........

Kepada Guru2 ku dan sahabat2 ku moga ukhwah yg telah terbina sentiasa utuh dan kukuh sekalipun dugaan melanda...sekalipun jrg berhubung pastikan silaturrahim ini kekal abadi sehingga tertipu sangkakala kedua oleh israfil.....aminnnnn ya rabbal alaminnnnn

Monday, October 20, 2008

Assalamualikumwarahmatullah........


lama dah dok pkir.....

Semalam lpas pekene roti canai di taman gasing ngan housemate2,blik umah cpt,so xpat abis masa kat sna sbb hari nk ujan blik.Waktu dgr brita tiba2 terdetik dlm hati,nape ek da lma stesen tv kat malaysia ni dah lama xbgtau tntg keadaan konflik di asia barat?cmne umat islam yg prihatin nk tau pasal saudara kita kat sna,xnafikn bleh tgok melalui internet,website2 lain,tpi banyak mna umat islam kat malaysia ni tau guna internet nk tau perkembangan konflik di asia barat (PAlestin),Tv jelah harapan mereka.

Namun sekarang agak sukar untuk mngetahui perkembangan konflik di Asia Barat khsusnya di negara palestin itu.Jika dlu ada wartawan sebauh stesen tv swasta di negara ini membawa perkembanganya terus dari sana,itu yg terakhir,lpas itu berita nengenai perkembangannya agak tenggelam dan beranjak2 sedikit demi sedikit kepada tiada langsung.

Memang kita tdk dpt membantu dri segi lain,tapi mngutuk kekejaman israel dan mendoakan kejayaan saudara seislam kita di sana.Sepatutnya sebagai negara islam dan pernah mnjadi pengerusi OIC sepatutnya kita prihatin dengan nasib mereka disana,dan melalui medium medialah harapan kpada yg prihatin di negara.Sememangnya ia nmpk remeh,nmun sbnrnya ia isu besar yang ptut kita ambil tahu sebagai sesama muslim.Mereka terpenjara di negara sendiri,sorg n sendirian mghadapi semuanya.....sama2 kita doakan kejayaan saudara kita di sana,moga pertolongan Allah sentiasa bersama mereka.........

Saturday, October 18, 2008

aslmkum..........


smbgn libasuttaqwa tuk muslimah.....

6)Berwarna gelap dan tidak berwarna warni....
Dalam satu hadis rwyt Ibnu Majah,ketika Rasulullah sdg dduk di dlm masjid,lalu msuk dorg wanita dri qabilah Muzainah msuk ke masjid dlm keadaan bergaya dgn perhiasannya.Kemudian Rasulullah bersabda "wahai manusia,sesungguhnya dilarang para wanita kamu berpakaian dengan perhiasan msuk ke dlm masjid.Sesungghnya bani israel tidak dilaknat oleh Allah sehinggalah para wanita mereka memakai perhiasan dan bergaya dengan perhiasan itu".

Dalam hadis ini dgn jelas membawa maksud islam mencirikan ciri ini sebagai libasuttaqwa bg para muslimah bg menjga kesucian mereka dan mengelakkan timbulnya syahwat serta fitnah.Tidak salah berpakaian cntik atau baru tetapi hendaklah bercirikan pakaian yg dibenarkan islam.

Dalam satu Imam Alhafiz Ibnu Hajar Alasqalani dalam kitab Zawajirnya "Apa wanita keluar rumah dengan berwangi-wangian dan berhiasan,walaupun dgn kbnrn suami,dia tetap berdosa besar".

7)Tidak menyerupai pakaian lelaki.
Daripada Abdullah bin Umar berkata,bhw beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda "tidak termasuk golongan kami (bkn umat islam) wanita yang menyerupai lelaki dlm berpakaian serta sebaliknya".(rwyt Imam Ahmad dlm musnadnya).

Dalam satu hadis lain dari Ibnu Abbas,rasulullah bersabda "Nabi SAW mengutuk lelaki yang berpakaiaan sprt wanita,dan wanita yg berpakaiaan sprt lelaki".(rwyt Albukhari,abu daud,dan darimi)

8)Tidak mnyerupai pakaian org bkn islam
Fesyen pakaian bkn islam ialah ketat,jarang,mendedahkan aurat,berwarna-warni yg trg,labuh sehingga meleret ke tanah,mempunyai corak atau gmbar yg memualkan,tulisan-tulisan memuja serta lucah dan mengenakan bau-bauan yg nyata dilarang oleh islam.

Sabda Rasulullah yg bremaksud "siapa yg mnyerupai suatu kaum,maka ia dianggap tergolong dlm kaum itu".(rwyt Alhakim dan Attabrani).

Imam Annawawi ktk mnfsirkan hadis yg berkaitan dengan larangan bpakaian labuh krn smbong dan ujub,mngaskn jika umat islam mniru pakaian itu dgn tujuan meniru perbuatan dan lagak org kafir,maka ia adalah haram.(kitab Syarah Muhazzab).

9)Tidak menjolok mata.

Terdapat keterangan dalam hadis yg melarang berpakaian yg menjolok mata,sabda Rasulullah "siapa yg memakain pakain yg menjolok mata (dedah aurat),maka diakhirat kelak nanti Allah akan memakaikan padanya dengan pakaian kehinaan dan kemudian dinyalakan api neraka padanya".(rujuk fiqh mar'ah muhm Athiyah Kumais).

Apa yg dimaksudkn dengan pakaian yg menjolok mata ialah pakaian yg dipakai dgn tujuan utk mnarik perhatian,samaada menunjukkan tubuh badan yg seksi atau menghiasi dgn hiasan-hiasan seperti manik-manik,renda atau bunga-bunga yg disulam atas pakaian itu,semuanya dilarang.

10)Bukan bertujuan bermegah-megah.
Dalam satu hadis yg dinukilkan oleh imam Nawawi Rasulullah bersabda "sesiapa yg melabuhkan pakaiannya sehingga mencecah tanah kerana KHUYALA" (takabbur dan ujub),maka Allah tidak melihatnya pd hari kiamat (murka pdnya),ummu Salamah bertanya "bagaimna pula dgn wanita yg melabuhkan hujung bajunya (krn utk mnutup kakinya),Jelas Rasulullah "Labuhkanlah sekadar sejengkal (jgn melebihi),Ummu Salamh bertanya lagi."kalau begitu masih nampak kaki mereka? Jawab Rasulullah "bagi wanita boleh dilabuhkan sehingga sehasta.tidak melebihi.(rwyt attirmizi)

Jelas disini menunjukkan Islam mementingkan aspek pakaian sehingga Rasulullah menampakkan jwpn yg jelas dan melarang pakaian yg dilarang oleh islam.

Imam Ibnu Hajar Alasqalani berpendapat dlm Azzawajirnya "siapa yg melabuhkan pakaiannya dengan tujuan ujub dan berbangga,hukumnya adalah berdosa".

11)Tidak mnegenakan bau-bauan.
khusus pada waktu2 tertentu wanita diharamkan serta dilarang memakai bau-bauan.Waktu2 yg dilarang ialah ketika keluar rumah utk ke majlis yg bertepatan dgn syariat,dihadapan bukan muhrim,tujuan memikat lelaki dan ketika ke masjid tuk solat jemaah.

Rasulullah berabda dalam hadisnya yg bermaksud "seorang wanita apabila memakai bau-bauan,kemudian keluar melewati dihadpan orang ramai (yg ad lelaki bkn muhrim didlmnya) di satu2 majlis,maka perbuatan itu haram dan berdosa serta sama dgn melakukan zina.

Jelaslah disini islam ad menganjurkan pakaian yg bercirikan kseslamatan di dunia dan diakhirat,dan ia wajib bg sesiapa yg ,mukalllaf utk mengenakannya di dalam kehidupan seharian...........

Friday, October 17, 2008

libasuttaqwa......

Yg mcm mana islam nak.....

Antara ciri pakaian yang digariskan oleh islam pada setiap muslimah ialah seperti berikut:

1)Menutup seluruh tubuh
Apa yg dimksdkn di sni ialah pakaian yg bernama JILBAB.JILBAB bermaksud pakaian yg mnutup seluruh badan termasuk muka dan tapak tangan dan juga dua tapak kaki.Di dalam surah annur ayat 31 ad mnyatakan tentang hal ini secara terang dan nyata dan jnji Allah kepada muslimah yg memakai pakaian ini ialah mereka dipelihara daripada sebarang perkara Allah.Itu jnji Allah yg nyata daripadanya.

2)Labuh sehingga menutup kaki
Ummu salamah pernah bertanya kpd Rasulullah SAW "Aku termasuk wanita yg mmakai pakaian labuh sehingga apabila aku bjln di tempat kotor,terkena kotoran di pakaianku" Rasulullah mnjawab "cucilah selepas itu".(rwyt Abu Daud).
Hadis ini mnjlskan bhw nabi amt lebih mngtumakan penjagaan aurat drpd najis.kerana kktoran najis mdh dicuci,sdgkn terdedah aurat mnjdikan kseluruhan diri dan org lain yg melihatnya trut berlumuran dosa,sukar tuk dicucikan.

3)tiada perhiasan,walaupun pd pakaian luar.
Dlm surah annur ayt 31 terdapat mksd ayat mnyebut tntg lrgn menampakkan perhiasan ,kecuali perhiasan yg biasa nmpk padanya.Firman Allah yg bermaksud "jgnlag mereka mnmpkkn perhiasan,kecuali yg biasa nmpk padanya".Menurut dalam pelbagai kitab tafsir ,bahawa tafsiran tersebut adalah sperti berikut "janganlah mereka (wanita islam) melahirkan sesuatu perhiasan kepada orang asing (ajnabi).melainkan apa yg tidak boleh mereka sembunyikan".

4)Pakaian tebal & tidak ditelusi pandangan.
Suatu hari,Asma Abu Bakar dtg mnemui Rasulullah dalam keadaan berpakaian nipis Rasulullah terus berpaling muka dan brkata "wahai Asma',bila seorg wanita tlh smpi masa haid (baligh),maka lelaki ajnabi tdk boleh melihatnya,kecuali kadar had ini (rasulullah m'isyaratkan pd muka dan tapak tangan)".Hal ini pakaian yg ingin dipakai oleh setiap wanita mestilah tdk jarang,ini kerana bimbang tkut tmbul ftnah dan tmbul syahwat.

5)Tidak jarang sehingga terbayang kulit dan bntuk bdan
Tujuan berpakaian ialah menutup bntuk tbuh bdn.jika seseorang itu berpakaian tetapi masih lagi melihatkn tbuhnya maka diumpamakan oleh rsaulullah iaitu brpakaian ttp seperti bertelanjang.Imam Ahmad pernah meriwayat satu hadis yg dinukilkan dlm kitab Alhadisul mukhtarah krgn Addehya almuqaddasi "rasulullah pnh mhdiahkan kepadaku pakaian tenunan qibtiya dari bng kapas yg tbal tpi jrg,yg dihadiahkan oleh Dihyah alqalbi kpdnya.Baju itu akn kuberikan kpd isteriku,bila dilihat aku tdk memakai baju tersebut,beliau bertanya "mengapa kamu tdk memakai baju itu".jwbku "baju itu akn kuberikan kepada isterikua'.Lalu beliau bersabda "sruhla dia memakai baju dalam krn baju itu jarang dan dkhuatiri akan terbayanag kulit dab bntuk tubuhnya".......

brsambung pada lembaran lain..........

Wednesday, October 15, 2008

aslmkum.....bertemu kembali.....

kejamnya manusia.........

Teruk hidup kita bila nafsu mengatasi akal sihat kita.Nafsu yang tidak dididik dengan mutmaiinah yang baik akhirnya akan tewas dengan peranan jahat nafsu yang didorongi oleh "duty" syaitan yang sentiasa menyesatkan dan membatilkan hidup manusia.Kes terbaru pembunuhan ngeri di kelantan,di mana sepasang suami isteri yang sedang menoreh getah di bunuh secara kejam sebelum mayat kedua-duanya dicampakkan bagi menghilangkan kesan jenayah,tapi Allah maha berkuasa dan maha mengetahui dengan memberi ilham lalu jumpanya mayat pasangan tersebut.....alhmdulilah.Kalau nak dikatakan merompak apala yang ada pada penoreh getah waktu menoreh,pisau toreh,jemput2 keras adala......

Bagaimana boleh hilang pertimbangan sehingga sanggup melakukan perbuatan sebegitu.Alquran jelas menghalang membunuh nyawa orang lain kecuali dengan hak,kalau dendam adakah takde kaedah lain yang boleh dibawa berbincang seterusnya kecelakaan dapat dielak dan siri pembunuhan ngeri sebegini tidak berlaku.Mahu tidak mahu Alquran dan Assunnah perlu rdiperkasakan semula dalam hidup insan,bukan hanya menjadi hiasan dalam almari kayu jati dirumah.Jika mahu bicara pasal pendidikan,memang UNESCO iktiraf sistem pendidikan kita,tapi faktor pendidikan di negara ini gagal sebenarnya dengan kadar jenayah yang semakin meningkat.remaja kita teruk hanya tahu berfoya-foya,terlebih berfoya-foya bayi pun dibalut sejadah dibuang dalam masjid di terangganu.......sama-sama kita berdoa agar ditingkatkan iman dan takwa agar ia menjadi benteng daripada tipu daya dunia.....

Monday, September 1, 2008

Salam ramadhan.....

Datangnya dinanti,perginya ditangisi.....ya Ramadhan...

Bulan yang diandaikan kebanyakkan ulama seperti bulan dimana manusia akan bersih daripada segala zulumat dan dosa seperti baru keluar dari perut ibu mereka.Bulan yang dijanjikan perlbagai nikmat ubudiyyah dan rahmat serta keampunan,perlunya kita sebagai hamba yang diberi tugas "liya'budun"(mengabdikan diri),untuk terus memperkukuh keimanan dan ketaqwaan melalui prestasi ibadah yang tinggi dan penuh keampunan daripada Allah s.w.t.Dalam bulan ini sepatutnya "nafsu" ibadah akan terus rakus mengambil peluang yang ada bagi merealisasikan maqasid atau objektif ramadhan iaitu "moga-moga kamu menjadi golongan yang bertakwa".Firman Allah di dalam surah Al-baqarah ayat 185 "wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sepertimana golongan sebelum kamu,moga-moga kamu jadi orang yang bertakwa".Melihat pendekatan ayat ini,Allah menyuruh orang-orang yang beriman iaitu orang yang mempunyai iktiqad yang kukuh,perlu pula melakukan ibadah seperti puasa bagi mendapatkan ketaqwaan daripada Allah,bukannya bermaksud disini berpuasa sahaja dapat ketaqwaan daripada Allah,ibadah yang lain jugapun dapat pahala atau ganjaran ketaqwaan daripada Allah taala.

Menyoroti pula maksud hadis sahih daripada Rasulullah,sabdanya yang bermaksud "Berpuasa di (bulan ramadhan),awalnya rahmat,pertengahannya keampunan dan akhirnya dilepaskan daripada neraka".Kita megetahui Rasulullah s.a.w sebagai pembawa risalah kebenaran,ia menjanjikan tiga perkara di dalam hadis diatas.Pada awal permulaan ramadhan Allah menjanjikan rahmat dengan pelbagai ibadah yang begitu besar ganjaran disisinya,oleh itu perlunya ia direbuti demi mendapatkan keampunan atau maghfirah dipertengahan bulan ramadhan ini.Dimudahkan cerita ia adalah pintu taubat daripada Allah kerana dengan berpuasa hawa nafsu dan kejahatan maksiat dapat dielakkan,itulah hikmah berpuasa paling tinggi daripada Allah.Sebagai kronologi terakhir,selepas beribadah dan memohon maghfirah daripadanya,maka janji Allah manusia akan dibebaskan atau dilepaskan daripada api neraka.Ini sepatutnya menjadi itizam kita semua semasa hidup didunia ini,bukan hanya di waktu bulan ramadhan sahaja.

Merujuk pula kepada hadis lain mengenai puasa,bersabda Rasulullah "sesiapa yang berpuasa di bulan ramadhan,akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu".Berdalilkan hadis ini,jelas kepada kita jaminan keampunan dosa daripada Allah kepada orang-orang yang berpuasa di bulan ramadhan ini.Keikhlasan dalam menunaikan ibadah disamping memohon keampunan daripada Allah akan dibalas serta diberi ganjaran olehnya.Oleh itu,puasa kita seharusnya dapat menahan daripada segala kejahatan dan maksiat,dan berusaha kita mendapatkan puasa hawasul hawas seperti yang diceritakan oleh Imam Alghazali.salam ramadhan daripada saya,semoga kita mendapat maghfirah daripadanya.....