Sunday, February 8, 2009

lama dah x bersua.......

aslmkumwarahmatullah......

apa khabar rakan2 sekalian...harap semua dalam keadaan sihat dan sentiasa di bawah lindungan rahmat dan keberkatan Allah taala.Setelah ahmpir sebulan sibuk dengan projek Operasi Khidmat Masyarakat 09 Persatuan Mahasiswa N9 (PErmanis) dan alhamdulilah program itu selesai dengan jayanya.InsyAllah Kem MOtivasi Anak Wawasan (kemas 09) PERMANIS akan mengambil tempat selepas OPKIM ini.

Lepas cuti seminggu sekali dengan tahun baru cina,azam dihati nak tumpu pada asingment,alhamdulilah ada yang dah siap.Siap satu, laptop pulak buat masalah tak boleh buka,kenala simpan dulu dalam beg,duduk dalam almari diam2,sebab kalau nak betulkan pinjaman sem ni dah kena tolak wpp dulu 1500.

Pandangan seluruh rakyat Malaysia seminggu ini beralih ke Negeri Perak yang penuh dengan kontroversi.bermula dengan lompat parti,pembubaran DUN,perlantikkan menteri besar yang baru,sehinggalah demonstrasi menegakkan kebenaran di luar istana kinta,diwaktu DR zambri ngah cover macho nak angkat sumpah jadi MB baru Perak sekejap lagi.

kenapa x nk buat pilihanraya kalau betul DUN sudah dibubarkan,itukan prosedurnya?????sebab ,mereka takut kalau dibuat pilihanraya konfirm mereka akan kalah lagi teruk sebenarnya.Kontroversi mereka yang timbulkan mereka main kotor nak rampas balik perak,rakyat kita bijak buat penilaian siapa sebenarnya petualang disebalik semua ini.

Rakyat kita di perak khususnya begitu marah sekali sehingga sanggup berperang dengan geng2 topi merah (bukan bomba la) fru!!!!!,kon melayang kerusi melayang.Mereka berani blok kereta rasmi tuanku muda sultan nak masuk ke istana,dulu ada sultan pukul orang sampai mati,xde pun yang seberani cmni....sebenarnya mereka marah,sebab mereka yang pilih pemimpin sebelum ini,kenapa kuasa mereka dinafikan,rakyat terasa sangat mereka macam bodoh x pandai pilih pemimpin,tapi itu pilihan mereka,awak apa pedulik,orang xsuka bla la jauh2,dok nyibuk wat pe kat sini.

Hati pernah terdetik kenapa x dibuat referendum atau pungutan suara di kalangan rakyat????mcm kita pernah buat sebelum merdeka dulu,Tapi terdetik hati sekali lagi,kalau buatpun ada unsur rasuah,korupsi,ugut-mengugut,lebih baik x payah buat,sebab buatla apa cara sekalipun yang namapak pada mata rakyat "adil" tetapi ia tetap khianat dan menimbulkan perasaan benci yang begitu menebal di kalangan rakyat....moga ada sinar kebenaran di sebaliknya,,jaa'ul haqq wa zahaqa batil...

sekian jumpa lagi di lain lembaran......lu pikirla sendiri...aslmkumwarahmatullah....

Friday, January 2, 2009

satu pembongkaran.........

assalamualaikumwarahmatullah....harap semua sihat serta sentiasa berada di bawah limbungan rahmatnya..insyAllah..

semalam seperti biasa,saya dan beberapa rakan yg lain menghadiri kuliah ilmu selepas maghrib di masjid Arrahman.penceramah malam tadi megikut jadual adalah ustaz azhar yaakub.di fahamkan beliau akan akan memberi kuliah tentang syarah hadis,tetapi beliau malam tdi memilih tajuk isu palestin sebagai tajuk kuliah.beliau mengingatkan para jemaah beliau akan tamat kuliah ini pada jam 8.15 malam kerana beliau ada jemputan sebagai pemidato oleh kerajaan negeri selangor dalam program mengumpulkan dana untuk saudara islam kita di palestin di shah alam .selain beliau ad 2 pemidato lain iaitu MP shah alam Sdr khalid samad dan Dr hafizi.

beliau menyatakan palestin dikelilingi oleh negara2 arab yang kaya raya dan difahamkan di timur tengah hampir menempatkan 200 juta umat islam di sana.kitajangan sering bercakap yahudi zionis jahat,itu standard perkara biasa kerana tiada dalam rekod bangsa lahanat ini baik.kita tengok nabi yunus,nabi zakaria dibunuh olah bangsa yahudi ini,dan jugamengikut aqidah orang kristian nabi isa juga dibunh oleh bangsa yahudi,oleh itu tidak pernah tercatat dalam sejarah bangsa ini menjadi baik...bertambah bangsat adala...(yg ni sy tambah)

sebenarnya dalam isu palestin ini terdapat lagi satu golongan yang lebih kejam dam zalim daripada yahudi.kalian tahu siapa.tak lain tak bukan pemimpin2 arab yg sengaja membisukan mulut,memekakan telinga dan melumpuhkan akal mereka mengenai isu bumat islam di palestin ini.mereka hanya tahu mengadakan sidang media mengutuk serangan israel itu,padahal kutuk mengutuk ini adalah kaedah yang digunakan oleh rakyat biasa yang sensitif tentang isu ini,sedangkan pemimpin2 arab mempunyai kekutan ketenteraan,kuasa,kekayaan ,ekonomi,tetapi bacul pengecut penakut dengan AS dan israel Laknatullah....

mengambil satu contoh waris kerajaan arab saudi iaitu putera alwalid dimana ketika beliau menutup akaun akhir tahunnya beliau mendapati mempuyai defisit sebnyak 7 bilion usd amerika.apabila ditanya oleh wartawan the times beliau dengan selamber kambing menjawab saya tidak hairan dengan krugian 7 bilion sedangkan dalm simpanan peribadi saya ada 60 bilion usd amerika..jeng...jeng..jeng....tpi x sikitpun terdetik dihati mengenai keadaan umat islam di
palestin....Allahuakbar..dikhabarkan putera alwalid telah membeli kapal terbang airbus 360 dengan bahagian bawah dan atas telah diubahsuai menjadi istana.

lain pula ceritanya di mesir dimana umat islam palestin dtg ke sempadan mesir bukan untuk minta suaka politik,bukan minta untuk buat penempatan tetapi hanya untuk mengambl beberapa keping roti bagi memberi mereka tenaga bagi menghidupkan sedikit kekuatan kepada mereka menetang yahudi zionis dalam kedaaan mereka dipotong bekalan elektrik,dipotong bekalan ait,tiada makanan untuk dimakan...tetapi apa tindakan hosni mubarak PM mesir ini beliau memberi arahan kepda tentera mesir jangan bantu walau seorang pun orang islam palestin..Allahuakbar...bangsa apakah pemimpin ini,dari buluh betung manakah timbulnya...

semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada pemimpin2 liga arab inibagi membuka hati mereka bersatu membantu umat islam di palestin dan kami mhon ya allah kau tolong istiqamahkan saudara2 kami disana dalam meneruskan jihad mereka dan kau tolonglah mereka ya Allah dalam perjuangan jihadmereka ini ya Allah...amin ya rabbal a'lamin...

seelum mengakhiri kuliahya ustaz azhar memebrikan 3 kaedah bagaimana kita boleh membantu saudara islam kita disana...
1-meniru indonesia yang membuka kaunter jihad ke palestin dan pemergian mereka kesana disupport oleh kerajaan.kalau malaysia hariini daftar..petang diisytihar terrorist,,,malam...berhijrah ke kamunting...kna ISA...
2-infak kewangan kita kepada mereka......
3-kirimkan sekuntum doa kemenangan islam kepada mereka.....

sekian...wallahua'lam.....

Wednesday, December 31, 2008

menuntun jiwa-ke arah memartabatkan ilmu..

assalamualaikumwarahmatullah.......

alhmdulilah kita bertemu lagi di ruangan blog mahasiswa N9 sekali lgi....ap khabar rakan2 agknya,semoga berada di dalam lindungan rahmat dan inayahnya....

terlebih dahulu sya ingin mengucapkan selamat kembali ke kampus bagi memulakan sesi semester baru yang menuntutkan banyak pengorbanan dalam menuntun diri,jiwa serta hati ke arah menyukai ilmu dan menyemainya dalam kehidupan seharian.Kata HUjjatulislam Imam Alghazali ilmu itu adalah suatu neraca yang dapat membezakan atau memisahkan antara yang hak dan batil.oleh itu dalam suasana dan senario kehidupan pada hari ini,amat menuntut kita mempersiapkan diri dengan kekuatan ilmu yang secara tidak langsung dapat memberi kekuatan kepada rohani dan akhirnya ia dapat membentengi diri daripada segala bentuk kejahatan serta kemurkaan Allah SWT..

Kegemilangan tamadun islam menjadi bukti benarnya amat penting ilmu untu dituntut di dlam kehidupan.Tanpa menafikan bahawa kedua-dua tamadun iaitu tamadun islam dan barat masing-masing mempunyai sumbangan tersendiri ke atas semua penduduk pada hari ini,walaupun pada dasarnya barat banyak "ciplak" daripada islam.gemilangnya tamadun yang dibajai dengan ilmu dan faktor-faktor lain,akan tetapi kita tidak boleh nafikan faktor ilmu menjadi faktor perdana.melihatnya megahnya "baitulhikmah" berdiri sebagai "maktabah" yang banyak mengumpulkan karya-karya dan buku-buku karangan ulama' islam yang menjadi rujukan kepada khalifah pada masa itu dalam menjalankan pemerintahan yang adil dan sejahtera.

Teringat kita dengan kerajaan saba',bumi subur dan cukup bernilai pada masa itu.mereka mempunyai kekuatan ilmu di situ,dengan itu mereka dpat menciptakan banyak ciptaan dengan ilhamnya hadir daripada yang maha esa.Namun tauhid mereka gagal untuk mengesakan Allah dan akhirnya berkubur kerajaan ini dengan bala daripada Allah.

Mga khdiran 143o hijrah ini memberi banyak kecemerlangan kepda kita dan seluruh umat islam khususny.Kita juga mengharapkan jiwa kita sentiasa kuat dlm mnuntut ilmu dan hatu diberi kekuatan dalm menempuh halangan yang sedia menanti di hadapan..

Sunday, December 28, 2008

saudara kita diserang lgi.....



tlebih dlu nk ucpkan salam maal hijrah,mga kehadiran thun bru ini akn menghasilkan sesuatu yg baru dan kemenangan tuk islam khususnya dan dri kita amnya.....

selamat kmbli ke kampus kpd rakan2 mhasiswa/wi di seluruh ipt di malaysia,mga kejayaan yg lebih cemerlang akang dperolehi..insyAllah......

menitip berita yang begitu mnyayat hati di semenanjung gaza,palestin.Sebuah msjid hangus dan hancur dibedil oleh jet pejuang zionis laknatullah.Mereka mnyerang masjid ini akn membangkitkan sensitiviti dan kemarahan umat islam diseluruh dunia.stesen tv,pusat kegiatan hamas hncur dibedil.Dalam serangan ini,280 org muslim syahid dan 780 lgi cedera.Namun begitu,alhamdulilah dan tahniah kepada tentera hamas mmpu mlwn dgn melncarkan mortar dan roket serta mngorbankan 1 yahudi laknatullah dan bbrapa lg cdra.zionis laknatullah mmgunakan 60 jet pjuang dgn mssarkan 50 sasaran di Gaza.

Apa yang kita harapkan Moga Allah mnrunkan bala tenteranya dgn ap cra sekalipun untuk mmbantu mujahid2 nya di negara yg terletaknya kiblat pertama umat islam ini...............

Friday, October 31, 2008

biitaufik wan najah fil imtihan......


Aslmkumwarahmatullah....

Semoga berjaya kepada sahabat2 yang akn menghadapi final exam yg sdh pun bermula....semoga ilmu yang antum dapat daripada guru2 kita semua diredhai dan diberkati oleh Allah SWT.Moga dapat sama2 kita amalkan untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat..........banyak2 kan amalan bagi memperolehi pertolongannya di dalam exam nanti....ok gud luck n semoga berjaya....anak yang baik mendengar kata...Ilal liqa'......

Wednesday, October 29, 2008

studen siyasah ke parlimen negara.......






aslmkum semua...harap sihat kalian...

Hari ini rabu,29 oktober 2008,mahasiswa/wi Jabatan Siasah Syari'iyyah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur telah membuat satu lawatan ilmiah ke Parlimen Malaysia.Seramai 40 orang mahasiswa/wi Jabatan Siasah menyertai lawatan ilmiah itu yang terdiri mahasiswa/wi tahun 1,2,3 serta diiringi oleh Fellow Jabatan Siasah ustaz Raja HIsyamuddin Raja Sulong.

Bertolak dari akademi pada pukul 9.30 pagi dan tiba di parlimen jam 10 pagi.Parlimen sedang bersidang dengan sesi soal jawab lisan yang melibatkan kementerian berikut seperti kemeterian pengajian tinggi,kementerian kebudayaan,kesenian dan warisan,serta kementerian usahawan dan koperasi.Timbalan menterin kementerian masing2 menjawab soalan yg dilemparkan kepada kementeriannya.

Para mahasiswa/wi diberi sedikit taklimat oleh pegawai parlimen iaitu encik Ahmad faizal yang juga bekas student UM FAk sastera dan sains sosial.Banyak input mahasiswa/wi perolehi daripada lawatan ilmiah ini.Harap ia menjadi pengisian dan pengetahuan tambahan kepada setiap mahasiswa/wi.......

Semoga berjaya dalam peperiksaan yang bakal tiba....stdy2 jgn x stdy..aslmkum...

Monday, October 27, 2008

Kemuliaan Ibu dlam ISLAM.....


Kau Ratu dihati KAmi.......

ISlam memandang mulia insan yg bergelar ibu,emak,umi,bonda dan berbagai lagi pgilan khas kpd golongan ini,tidak kira apapun.golongan ini dipandang tinggi oleh islam....

Dalam sebuah hadis yg diriwiyatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim,daripada Rasulullah SAW yg bermaksud "Ya Rasulullah,siapakah orng paling berhak aku beri perhatian,Rasulullah menjawab "ibumu",kemudian lelaki itu bertanya lagi,selepas itu siapa,Rasululah menjawab lgi "ibumu",kemudian siapa "ibumu",kemudian siapa,Rasulullah menjawab "ayahmu".

Dalam riwayat ini jelas kepada kita bahawa mulianya insan yg dipanggil IBU,MAMA,UMMI,EMAK di dalam kehidupan kita hari ini.Rasulullah menjawab sebanyak tiga kali iaitu IBUMU,kemudian brula AYAHMU.Secara logiknya.kita mesti dpt berfikir bhawa "muliannya ibuku,klu tidak masakan Rasulullah ulang sampai 3 kali dlm hadis itu".......Ini tidak bermakna bknla Ayah tidak mulia dalam islam,cma disini islam menggambarkan besarnya perngorbanan ibu kepada kita.Alqurtubi pernah berkata "seseorang ibu itu akan menghadapi 3 kesengsaraan dalam hidupnya iaitu ketika:
1-ketika mengandung anaknya.
2-Ketika Menyusukan anaknya.
3-Ketika membesarkan anaknya.

Di dalam Alquran juga banyak yg menerangkan tentang besarnya dan mulianya pengorbanan ibu.Dalam surah Luqman ayat 14 yang bermaksud "Kami mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu-bapanya.ibunya yang telah mengandungkannya dlam keadaan lemah (dari awal mengandungkannya hingga akhir penyusuannya) dan juga dalam tempoh memisahkan susunya daripada anaknya ialah 2 tahun.Dengan itu,bersyukurlah kepadaku dan kpd kedua ibu-bapamu.Dan ingatlah kepadaku,jualah tempat kembali (utk menerima balasan)".

Ayat diatas jelas kpd kita,islam mewajibkan kpada anak2 spya berbuat baik kepadanya dengan menjaga kebajikannya,bantu dikala susah dan menyambung silaturrahim dengan rakan serta saudaranya jika dia sdh meninggal dunia.Jelas walaupun mereka sdh tiada didunia,kebajikan mereka harus dijaga.Dan doa anak yg soleh sentiasa meringinya ketika dibarzakh.....

Ya Allah Ya tuhanku Ampunila dosa2 ibubapaku dan rahmatilah serta berkatilah hidup mereka ketika didunia mahupun diakhirat,ringankanlah seksaan mereka dibarzakh Ya Allah...perknankan doa hambamu ini Ya Allah......

Dedikasi kpd Ibuku,Rabiah bnti Sujan...Terima kasih tdak terhingga diatas pergorbananmu selama ini,disaat ayah tiada,kau galas tugas ketua kleuarga dengan baik.....kami, along,angah,alang,atih,uda,abang dan adik menyayangimu sgt2,ampunkanlah dosa2 kami terhadapmu...moga dirimu sentiasa di dalm rahmat,berkat,lindungan serta inayahnya...aminnnnn ya Rabbal a'laminnnnnnn