Monday, September 1, 2008

Salam ramadhan.....

Datangnya dinanti,perginya ditangisi.....ya Ramadhan...

Bulan yang diandaikan kebanyakkan ulama seperti bulan dimana manusia akan bersih daripada segala zulumat dan dosa seperti baru keluar dari perut ibu mereka.Bulan yang dijanjikan perlbagai nikmat ubudiyyah dan rahmat serta keampunan,perlunya kita sebagai hamba yang diberi tugas "liya'budun"(mengabdikan diri),untuk terus memperkukuh keimanan dan ketaqwaan melalui prestasi ibadah yang tinggi dan penuh keampunan daripada Allah s.w.t.Dalam bulan ini sepatutnya "nafsu" ibadah akan terus rakus mengambil peluang yang ada bagi merealisasikan maqasid atau objektif ramadhan iaitu "moga-moga kamu menjadi golongan yang bertakwa".Firman Allah di dalam surah Al-baqarah ayat 185 "wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sepertimana golongan sebelum kamu,moga-moga kamu jadi orang yang bertakwa".Melihat pendekatan ayat ini,Allah menyuruh orang-orang yang beriman iaitu orang yang mempunyai iktiqad yang kukuh,perlu pula melakukan ibadah seperti puasa bagi mendapatkan ketaqwaan daripada Allah,bukannya bermaksud disini berpuasa sahaja dapat ketaqwaan daripada Allah,ibadah yang lain jugapun dapat pahala atau ganjaran ketaqwaan daripada Allah taala.

Menyoroti pula maksud hadis sahih daripada Rasulullah,sabdanya yang bermaksud "Berpuasa di (bulan ramadhan),awalnya rahmat,pertengahannya keampunan dan akhirnya dilepaskan daripada neraka".Kita megetahui Rasulullah s.a.w sebagai pembawa risalah kebenaran,ia menjanjikan tiga perkara di dalam hadis diatas.Pada awal permulaan ramadhan Allah menjanjikan rahmat dengan pelbagai ibadah yang begitu besar ganjaran disisinya,oleh itu perlunya ia direbuti demi mendapatkan keampunan atau maghfirah dipertengahan bulan ramadhan ini.Dimudahkan cerita ia adalah pintu taubat daripada Allah kerana dengan berpuasa hawa nafsu dan kejahatan maksiat dapat dielakkan,itulah hikmah berpuasa paling tinggi daripada Allah.Sebagai kronologi terakhir,selepas beribadah dan memohon maghfirah daripadanya,maka janji Allah manusia akan dibebaskan atau dilepaskan daripada api neraka.Ini sepatutnya menjadi itizam kita semua semasa hidup didunia ini,bukan hanya di waktu bulan ramadhan sahaja.

Merujuk pula kepada hadis lain mengenai puasa,bersabda Rasulullah "sesiapa yang berpuasa di bulan ramadhan,akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu".Berdalilkan hadis ini,jelas kepada kita jaminan keampunan dosa daripada Allah kepada orang-orang yang berpuasa di bulan ramadhan ini.Keikhlasan dalam menunaikan ibadah disamping memohon keampunan daripada Allah akan dibalas serta diberi ganjaran olehnya.Oleh itu,puasa kita seharusnya dapat menahan daripada segala kejahatan dan maksiat,dan berusaha kita mendapatkan puasa hawasul hawas seperti yang diceritakan oleh Imam Alghazali.salam ramadhan daripada saya,semoga kita mendapat maghfirah daripadanya.....