Monday, February 8, 2010
isu kontemporari islam...disisi tuhan segalanya...
Saturday, November 7, 2009
NS monang Malaysia cup...hobin jang hobin...

semalam mengubah segala-galanya di stadium keramat bukit jalil....penantian selama 61 tahun berakhir malam tadi dengan 3 jaringan berbalas 1........SM begitu berbangga dengan kemenangan itu,sekalipun hanya mengharapkan ramai pemain2 muda dalam skuad hobin jang hobin,seperti aidil dan zaquan,syahurain,alif kunanlan adalah sebaya ngan SM...mekasih juga keringat otai2 dalam skuad jang seperti syukor adan,rezal zambri (kapten),idris karim,apek (ching ong aik) dan ramai lagi yang masih feet2....apa yg penting kecekapan goalkeeper skuad jang malam tadi,iaitu farizal haron (org kampung SM ni,org palong 2,huhuhuhuhu)...
bermula dengan reputasi baik tanpa kalah sejak kempen piala malaysia bermula,NS terus menuju kemuncak apabila membuka tirai jaringan menerusi syahurain abu samah,hasil kesilapan defender kelantan iaitu farisyam ismail.gol kedua menyusul beberapa minit selepas rehat apabila through pass lambung zaquan disudahkan dengan kemas menerusi tandukan hairuddin omar (buat surat siap2,hantar kat T-TEAM,musim dpn nk pndh N9,huhuhuhuhu).....gol ketiga membuatkan moral pemain2 kelantan trs down,apabila kesilapan farisyam sekali lagi membentes syahurain dalam kotak penalti,dan zaquan tenang menyempurnakan penalti itu..kelantan dapat gol 1 hasil freekick inderaputra yang cntik...memang indera pandai freekick...apa2 pun tahniah buat semua pemain dan pengurusan skuad n9 atas kejayaan yang cemerlang ini,usaha lagi thun depan dan dapat liga super pulak....
p/s SM:kecewo Sm ngan kwn SM yang xbolikn tiket...apo punyo kwnla..
Thursday, November 5, 2009
menampakkan kecelaruan islam di Malaysia.....
SM msih lg di dlam mood exam...dan minggu depan berlaku perang "tanpa henti" selama tiga hari kerana SM menghadapi exam 3 hari berturut-turut (isnin.selasa,rabu)selasa dan rabu 4 paper sekali gus....Allahuakbar..moga dipermudahkan.SM tertarik dengan isu penangkapan DR.Asri bekas mufti perlis itu dan juga bekas pensyarah USM ini.Masa zaman sekolah dlu,SM selalu beli kaset ceramah DR.Asri (ketika dia masih lgi pensyarah USM),masa tu suka dengar pandangan beliau,yelah ustaz muda n bg ceramah cam semangat ckit..
baru 2 3 hari ini,Dr Asri ditangkap oleh pegawai JAIS ketika sedang memberi kuliah disebuah banglo di damansara.Beliau ditangkap atas sebab tidak ada tauliah mengaja,menurut undang-undang syariah yang diamalkan semua negeri iaitu Akta 559-560-561 yang digunapakai di seluruh ngara atas nama sultan sebagi ketua agama negeri memperuntukkan Kesalahan Mengajar Agama Tanpa Tauliah adalah satu kesalahan. Jika disabitkan kesalah boleh dikenakan dengan RM5000 @ 2 tahun penjara @ kedua-duanya sekali.Tapi isunya disini agak menjelikkan kerana setahu SM dr. Asri ada kelayakan yang sah dengan degree dan phd yang dimiliki beliau.Sm berlapang dada dengan fahaman wahabi salafi yang diketengahkan oleh Dr Asri,tetapi masalahnya pendekatanya iti tidak sesuai dengan keadaan masyarakat malaysia pada hari ini.Beliau mengatakan banyak bid'ah dilakukan oleh umat islam di Malaysia seperti berdoa lepas solat,bacaan talkin di atas kubur,tahlil untuk org yang dah meninggal.Dr. Asri hanya menilai dari sudut sunnah semata-mata,cba dr. Asri dengar pandangan ustaz2 yang mahir dalam usul fiqh ni,apa hujah mereka,apa maslahah disebalik sesuatu perkara yang diamalkan oleh imam mazahib yang empat itu.Dr. Asri tidak perlu cepat nk melatah,jika orang agak kurang bersetuju dengan Dr. Asri,tetapi cuba dengar hujah mereka dahulu,perhati betul,guna muwazanat yang ada dalam hati dan di "filter" dengan ilmu yang ada.
Apa2 pun Jais bertindak di atas lunas undg2 yang ada,ni ikutkn pun,Ustaz Rasul Dahri antara ustaz wahabi salafi di malaysia ini pernah ditangkap di sebuah madrasah di kuala pilah atas sebab tiada tauliah mengajar.SM xtahu apa yang berlaku selepas itu,adakah Ustaz Rasul dibicarakan atau tidak.Kita lihat keautoritian Dr. Asri sebagai pendakwah hebat dinegara ini,agak memarnjatkan,seperti yang pernah terjadi kepada Allarhyarham Dato ishak baharom.ustaz ismail kamus dan ramai lagi yg senasib dengan mereka.Penangkapan ini akan memperlihatkan bercelarunya umat islam di malaysia di pandangan mata nonmuslim di malaysia ini.Mereka melihat ulama pun senang2 ditangkap..agak lagi merbahaya bagi mereka yang mula hendak berjinak dengan islam...ia akan memberi kesan kerasnya islam,jumudnya islam...
Pandangan Dr. Asri xsalah,malah bertepatan dengan maksud ayat al-Quran dlam surah an-nisa ayat ke 59 yang bermaksud "jika kamu menghadapi masalah terhadap sesuatu,maka hendaklah kamu kembali kepada Allah dan Rasul"...tetapi Dr.Asri perlu memandang Fiqh Waqi di malaysia,walhal Dr. Yusuf Al-qaradhawi pun banyan menggunakan pendekatan fiqh al-waqi dan fiqh almuwazanat serta fiqh alawlawiyyat dalam memberikan pandangan dan hujah mengenai sesuatu perkara...moga keharmonian islam terus mekar di Malaysia.......
Sunday, November 1, 2009
dr. MAZA ditangkap JAIS....
Akta 559-560-561 yang digunapakai di seluruh ngara atas nama sultan sebagi ketua agama negeri memperuntukkan Kesalahan Mengajar Agama Tanpa Tauliah adalah satu kesalahan. Jika disabitkan kesalah boleh dikenakan dengan RM5000 @ 2 tahun penjara @ kedua-duanya sekali. Anda boleh bayar @ berada dipenjara seketika. Tetapi penangkapan ini memberi petunjuk bahawa anda seorang ustaz yang melanggar undang2 pihak autoriti agama.
Banyakkan bersabar, ada hikmahnya tu.
KRONOLOGI TANGKAPAN
Kira kira jam 10mlm tadi saya diberitahu seseorang bahawa pihak JAIS sedang mengawasi satu ceramah yang diadakan di rumah persendirian no: 2, lorong 2C, Tmn Sri Ukay. Ceramah yang disampaikan oleh Dr Mohd Asri Zainal Abidin @ Abdul Talib itu dibuat atas permintaan pengikut-pengikutnya yang berasaskan kepada metodologi kaum muda atau golongan salafi. Ceramah ini dibuat dirumah persendirian memandangkan Dr Asri tidak lagi dibenarkan menyampaikan ceramah di surau al-Mujahirin ekoran ceramahnya yang kontroversi dan dibantah AJK Masjid serta sebahagian penduduk. Lalu aktiviti ceramah berkenaan dibuat di dalam rumah pengikut beliau yang loaded dengan bilangan hadirin melebihi 50 orang. Lazimnya, penganjur perlu mendapatkan permit polis. Tetapi tidak berbuat demikian. Dan Dr asri pula memang dikenali dengan penceramah yang tidak memiliki tauliah di sekitar Selangor dan Wilayah. Justeru, tindakan JAIS mempunyai justifikasi yang jelas.
Sumber terdekat memberitahu tuan blog bahawa pihak penguatkuasa JAIS telah dimaklumkan lebih awal tentang kuliah Dr Asri. Kelibat para pegawai penguatkuasa JAIS mula kelihatan sejak jam 8 malam lagi. Namun sebahagiannya berada diluar luar lokasi serbuan. Dan sebahagian pula masuk untuk mengikuti ceramah al-Fadhil Dr Asri. Lalu beliau berceramah panjang lebar dengan penuh bersemangat tanpa menyedari kehadiran penguatkuasa berkenaan. Memandangkan ramai audien yang hadir dan dikhuatiri menganggu operasi, maka pihak JAIS menunggu sehingga tamat sesi ceramah. Serta memohon bantuan balai polis Ampang untuk tampil membantu mengawal keadaan. Akhirnya, tibalah sepasukan polis dengan 11 buah kenderaan rasmi ke lokasi ceramah berkenaan.
Setelah tamat sesi ceramah, salah seorang pegawai JAIS tampil memperkenalkan diri dan meminta Dr Asri menunjukkan tauliah atau permit ceramahnya. Beliau kelihatan pucat.. terkejut dan gagal menunjukkan sebarang dokumen. Keadaan menjadi gawat seketika dengan campurtangan pengikutnya. Tetapi dapat ditenangkan dengan kehadiran pegawai polis. Akhirnya, Dr asri didapati bersalah kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah. Apabila beliau hendak dibawa keluar dari lokasi ceramah, maka para pengikutnya mula bersikap agresif seakan-akan mahu menahan penjawat awam dari menjalankan tugas. Hasilnya, berlaku perbincangan yang panjang lebar antara pegawai penguatkuasa, Dr Asri, Pegawai polis, tuan rumah, seorang YB PKR dan individu yang dikatakan peguam syar'ie. Sehingga jam 12mlm tadi, barulah Dr Asri dapat di bawa keluar dengan van JAIS dan diiringi kereta peronda polis menuju ke balai Ampang untuk diambil keterangan selanjutnya. Wajah tuan doktor kelihatan merah padam. Sewaktu beliau dibawa keluar, terdengar suara anak didiknya (anak tuan rumah) memekik kepada penduduk tempatan : "Haa..baru puas hati korang ya..." - tanda wujudnya murid fanatik hasil didikan sang guru.
Bagi saya, JAIS telah bertindak tepat dalam hal ini berdasarkan peruntukan undang2 yang sedia ada. Sesiapapun patut ditahan dan didakwa jika mengajar agama tanpa tauliah walaupun individu berkenaan bertaraf profesor mahupun Doktor Phd. Hal ini penting bagi menjamin keharmonian fahaman dan amalan agama di Malaysia. Jangan biarkan urusan agama kita mudah diperkotak-katikkan oleh mana-mana individu atau kumpulan tertentu. Apatah lagi, jika kumpulan berkenaan kerapkali menghuru-harakan fahaman dan pegangan umat Islam dengan fahaman wahhabi, syiah, liberal atau fahaman sesat di negara ini. Kumpulan ini perlu diajar. Dan tindakan undang2 adalah ajaran terbaik kepada mereka.
Suka diingatkan bahawa sesiapa sahaja yang bersikap ekstrem daan melampaui batas memang wajar di hukum. Jangan ingat urusan agama di negara kita ini tidak bertuan. Jangan ingat anda bebas memanipulasi agama secukup rasa dan mencetuskan ketegangan agama di negara ini. Penangkapan ini membuktikan kepada kita bahawa pemikiran Dr asri adalah banyak mencetuskan kerancuan kepada ummat ini. Mudah-mudahan apa yang berlaku benar2 menjadi pengajaran kepada beliau untuk menjadi seorang yang beradab. Membolehkan beliau lebih berhati-hati menulis, menyampaikan ceramah dan adil dalam mengkritik golongan yang tak sependapat dengannya. Insaflah wahai mereka yang cuba menghuru-hara agama. Kembalilah ke pangkal jalan. Marilah kita berjalan menuju Allah SWT.
Saturday, October 24, 2009
akon yg jakun........

aslmkum...smg semuanya berada di dalam limpahan rahmat dan keberkatannya...
terlebih dahulu salam imtihan kepada rakan siswa dan siswi di penghujung semester ini........
alhamdulilah diri ini masih lagi diberi nikmat iman dan islam dan masih lagi kekal nimat hidup ini...
apa sebenarnya erti pembangunan modal insan disisi pemimpin2 negara kita???adakah modal insan itu adalah tadika permata negara? @ membangunkan insan yg berjiwa mat rempit????atau lain2 lagi yg bersifat negatif dan merosakkan anak bangsa.......
malam tadi berlangsungnya konsert akon di ibu negara......yg SM tahu dia ni yg nyanyi lagu smack that tu...yg botak n bajet nsome.....dalam konsert itu akon didapati telah membuka bajunya ketika terkinja2 di atas pentas....dan yang menyaksikan itu ialah anak2 muda 1malaysia yang dihasilkan melalui modul pembangunan modal insan 1malaysia......jadi xkan ni hasilnya.....SM x menyalahkan akon sepenuhnya dalam hal ini,kerana dia sendiri bukanlah seorang yg memahami islam dan budaya serta nilai baik ketimuran itu sendiri...yang patut disalahkan ialah kerajaan yang boleh membenarkan konsert2 merosakkan seperti ini.Mengapa begitu rendah standard kerajaan malaysia sehingga membenarkan artis yang langsung tiada pengajaran dan manfaat yang kita perolehi daripadanya?....yg untg penganjur bukannya kita,apa yang kita dapat hanyalah kerosakkan anak muda belia kita yang da stanby rosak da....
terdahulu kita menyaksikan sendiri bagaimana aksi penyanyi lelaki kita bukak baju di atas pentas......yg ni lg truk,dia ni tau bnda 2 salah dlm agama dan budaya kita,tapi buat jugak.....jadi batalkan sajala pgram konsert2 artis luar ni..laburkan jela duit tu untuk kebaikan anak2 bangsa kita....bnda ni semua bawa pengaruh yang x baik lagi merosakkan anah bangsa kita.........
Monday, October 19, 2009
ghuzwatul fikr....
program2 pemikiran seperti kapitalisme,humanisme,sosialisme dan ideologi2 isme yang lain adalah satu program yang mempunyai strategi yang tepat dan ampuh untuk mempengaruhi umat islam diseluruh dunia.Nampaknya isme kapitalisme begitu mandapat tempat apabila sistem ini lebih menjurus kepada persoalan ekonomi dan sistem ini telah sebati dan diterimapakai diseluruh dunia sekalipun ia bersifat menindas.Gerakan orientalisme juga semakin rancak melancarkan serangan pemikiran melalui faktor agama yang boleh mengelirukan umat islam yang kurang pengetahuan agama.
Di Malaysia,ghuzwatul fikr cukup meluas dan dasyat.Berbagai-bagai fahaman sesat lagi menyesatkan.Apa yang lebih parah fenomena ini telah mampu menggoncang akidah umat islam yang ada dinegara ini.fahaman2 seperti liberalisme,pluralisme,sekularisme,dualisme dan berbagai-bagai lagi.Apa yang peliknya fahaman2 seperti ini,dipelopori sendiri oleh orang islam.Nau'uzubillah.....Fahaman2 ini yang mempromosikan fahaman bebas,semua agama sama iaitu membawa kebaikan,persamaan hak antara lelaki dan perempuan semuanya itu adalah yang bertentangan dengan islam,secara automatiknya ia tertolak kerana,islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya.Kita melihat fahaman sister in islam,yang nyata sesat dan tolol,tetapi kita lihat begitu ramai pengikutnya,ada juga terdiri daripada yang bijak pandai.Tetapi mengapa ini berlaku.ini kerana mereka ini adalah golongan yang tuli agama dan mengikut sesuatu itu tanpa hujah dan semborono sahaja.....
p/s SM;sepatutnya fahaman yang bermotifkan ghuzwatul fikr ini harus disekat dan ditentang habis-habisan kerana ia boleh mnyesatkan umat islam di negara ini.Serangan mereka menuju kpd akidah dan kepercayaaan,sedangkan nilai akidah pada pandangan islam begitu tinggi dan tidak boleh diganggu gugat.
teringat pesanan samuel hutington dalam satu bukunya yg ditulis pada 1997,"pada era zaman abad ke-21 ini,tamadun barat akan tewas kepada kebangkitan tamadun islam,dan seharusnya satu strategi ampuh perlu dibuat daripada sekarang bagi menghalang semua ini"
buktinya;afghanistan yang mempunyai jemaah taliban yang kuat dihapussifarkan' oleh pakatan barat,iraq yang mempunyai kekuatan sunni dan arwah saddam diserang sehingga musnah.dan palestin yang sehingga entry ini ditulis masih lagi berperang menentang yahudi israel.......
dan pesanan terakhir samuel ialah hari ini kita menyerang dengan menggunakan wasilah dengan apa yg disebut sebagai "GLOBALISASI'......RENUNG2 KAN..FIKIR2 KAN.....
Thursday, October 15, 2009
perlembagaan baru UMNO....


KUALA LUMPUR 15 Okt -- Perhimpunan Agung Khas Umno hari ini mengubah kaedah pemilihan bagi jawatan parti supaya terbuka dan tanpa kuota dalam usaha membanteras politik wang dan menjadikan Umno parti Melayu yang mampu menjuarai nasib seluruh rakyat.
Perhimpunan agung khas, yang bermula sejak pukul 12.20 tengah hari berakhir sejam kemudian, dengan meluluskan sebulat suara tujuh pindaan Perlembagaan parti yang dibentangkan Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Hanya empat perwakilan bangun untuk membahaskan pindaan mengenai cadangan yuran keahlian seumur sebanyak RM2.
Pindaan perlembagaan itu berlaku enam bulan selepas Datuk Seri Najib Tun Razak memimpin Umno dengan azam menjadikan parti itu lebih telus, inklusif dan demokratik.
Pindaan pertama diluluskan ialah meningkatkan bilangan perwakilan yang akan memilih pucuk pimpinan tertinggi parti dan di peringkat bahagian daripada 2,500 perwakilan sekarang kepada 146,500 perwakilan.
Ini mengambil kira purata 500 perwakilan bagi setiap 191 bahagian iaitu 95,500 ditambah dengan 51,000 perwakilan, meliputi tiga ketua sayap di 17,000 cawangan di seluruh negara, kata Hishammuddin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Umno.
"Langkah ini akan memberi pengiktirafan kepada suara dan peranan ketua pergerakan sayap-sayap cawangan dan perwakilan di peringkat bahagian untuk terlibat dalam pemilihan pemimpin tertinggi," kata Naib Presiden Umno itu.
Pindaan kedua melibatkan penghapusan sistem kuota bagi menjadikan Umno lebih demokratik dan membuka ruang seluas-luasnya kepada ahli bertanding, kata Hishammuddin.
Syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan MT ialah perlu mendaftarkan diri dan pernah memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi atau AJK Bahagian selama satu penggal.
Bagi anggota Umno yang ingin bertanding untuk AJK bahagian perlu menjadi ahli selama tiga tahun.
Komentar SM:
-Perlembagaan umno yang lama dan telahpun bertahan sekian lama tahunnya sememangnya sudah tidak relevan,lebih-lebih lagi dengan sistem kuota yang lebih menguntungkan seseorang daripada keuntungan parti,sedangkan UMNO adalah milik bersama dan setiap ahli bertanggungjawab terhadapnya.Sebagai Parti yang dominan di Malaysia,semestinya umno lebih berada dalam keadaan kondusif dan selesa serta jauh daripada masalah dalaman & luaran parti kerana masalah umno sering menjadi perhatian rakyat.
-Menyentuh pula mengenai masalah politik wang dan rasuah di dalam umno.Sememangnya ia merupakan barah yang begitu lama di dalam parti.Mustahil ia boleh dibenteras dengan serta merta.Perlembagaan yang baru dilihat agak kurang "keras" di dalam masalah ini.Mentaliti orang-orang penting dalam umno seharusnya lebih terbuka dan tidak terlalu sempit dengan hanya dengan duit dan korup kita akan memperolehi kuasa.Melihat perhimpunan agung umno yang baru-baru ini,menurut Pengerusi lembaga disiplin umno iaitu tengku mohd Rithauddin,sebenarnya banyak lagi kes-kes yang berkaitan masalah politik wang dan sukar untuk dikemukakan kehadapan.Pemimpin2 umno seharusnya lebih mengutamakan sikap diri yang baik serta membantuk rekod yag baik dan cemerlang,dan mereka menang dalam parti dengan faktor ini.
-Dalam perlembagaan yang baru juga,dilihat wakil perwakilan dalm perhimpunan agung umno juga ditambah.SM memuji tindakan ini,namaknya umno telah memerlukan langkah dengan turun ke peringkat akar umbi,bagi melihat pendapat dan kemahuan mereka tentan parti.Pemimpin umno harus sedar mereka berkuasa dan bertakhta dengan undi mereka di peringkat akar umbi.kepercayaan mereka harus dijaga dan dibela agar kesetiaan mereka terhadap parti terus malar,tapi kalau da meluat tu,jom ramai2 join PAS..kembali ke quran dan sunnah....
