aslmkum....alhamdulilah sama2 kita rafa'kan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana masih lagi menikmati nikmat iman dan islam yang masih Allah kekalkan lagi dalam hati gelap kita..amatlah rugi jika kedua-dua nikmat ini dipersiakan dan ditarik nikmatnya oleh pemilik sekalian alam.
hari ini jumaat,26 febuari 2010,kita menyambut kedatangan maulid dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah.kembali kita mengenangkan perjuangan Rasulullah yang telahpun berlangsung hampir 1400 tahun ini dan alhamdulilah ia bersambung dari satu generasi ke satu generasi....
diutusnya Rasulullah oleh Allah untuk membawa mesej tauhid yakni mengesakan Allah,meyakini bahawa Allah pemilik sekalian alam dan mengetahui tiada kuasa yang lebih besar daripadanya.Dan mesej inilah yang menjadi intipati kepada penentangan golongan kafir terhadap Rasulullah pada ketika itu.Kita masih ingat bagaimana tabahnya keluarga ammar dalam menghadapi seksaan yang amat dasyat dan pedih dan pada imaginasi kita sebagai manusia biasa memang kita tidak tertanggung,namun yasir,ammar dan sumayyah masih percaya apapun yang terjadi "pemilik tauhid" masih bersama mereka.Sekalipun diseksa teruk di dunia ini,namun janji Allah untuk janji syahid masih berbuku teguh dlam diri mereka.
Kita soroti pula kisah muazzin pertama dalam islam yakni Bilal bin Rabah.SM tahu kisah keberanian dan kekuatan akidah Bilal menjadi kisah masyhur yang menjadi pilihan para ibu bapa untuk menceritakan kisah Bilal ini kepada anaknya dewasa ini.Bilal seorang yang berbangsa habsyi,dan kita tau bahawa bangsa habsyi ini adalah bangsa yang diberi oleh Allah sebagai bangsa yang berkulit hitam,namun islam tidak memandang warna kulit,miskin atau kaya dlam berakidah....Bilal dijemur di tengah panas,diletakkan batu di atas perutnya oleh tuannya sendiri...moga ada generasi begini ketika hari ini.
Selepas itu dikalangan khulafa' arrasyidin juga pernah menghadapi seksaan ketika mula2 menerima mesej tauhid dan akidah yang dibawa oleh Rasulullah.Kita ingat lagi kepada khalifah ketiga iaitu khalifah uthman ibn Affan....ketika pengislaman awalnya,berita ini diketahui oleh bapa saudaranya, lalu beliau ditangkap dan dibungkus dengan pelepah tamar dan dinyalakan api dibawahnya.mereka tidak puas hati dengan tindakan uthman kerana uthman memalukan keluarganya kerana uthman berasal daripada keluarga yang kaya raya...
Kisah mempertahankan akidah ini kita teruskan lagi dengan kisah seorang sahabat ialah khabbab al-Aratt...kisah pengislaman khabbab ini diketahui oleh orang kafir,lalu beliau ditangkap diseksa dengan pedih sekali,tidak kurang seksaanya dengan seksaan yang dihadapi oleh bilal,tetapi ap yang lebih menyakitkan ialah rambutya dirangkul dan direntap dengan sekuat-kuat hati,tidak terbayang terperi sakitnya khabbab ketika itu....wallahu'alam...
-kisah yang SM ceritakan semua ini adalah bagaimana kukuhnya akidah yang disemai oleh Rasulullah dalam benak para sahabat.tidak mudah sekali mereka yang diseksa kerana akidah tauhid untuk kembali kepada jahiliyyah.Apa modul yang Rasulullah pakai?apa formula yang Rasulullah guna?..akidah penting kepada semua perkara yang kita buat...lesen untuk diterima ganjaran pahala dan dosa disisi oleh Allah......
-Namun setelah 1400 tahun ini,keadaannya nyata berbeza dengan kisah yang saya ceritakan di atas.Jika dahulu para sahabat diseksa oleh kafir kerana meninggalkan agama nenek moyang,namun pada hari ini lagi dasyat berlaku apabila muslim membunh saudara muslimnya sendiri,bagaimana kedudukan akidah pada hari apabila sanggup buang bayi yang dikandung,bakar bayi yang dikandung.....astagfirullah......
-SM sengaja memperingati maulidurrasul pada hari ini dengan menyentuh isu akidah dengan membangkitkan semula semangat mempertahankan akidah dikalangan sahabat pada masa itu.Namun apakah pada hari ini kita mempunyai akidah seperti ini,benar,kemungkinan taraf imannya tidak sama,tetapi ini persoalan akidah yang sama-sama perlu kita jaga untuk kemaslahatan sepanjang masa.
-moga maulid kali ini dapat kita memperkukuhkan lagi akidah kita dan sama kita memperingati sirah perjuangan menyebarkan islam ketika hayat baginda...sama2 kita menghidupkan sunnah Rasulullah.......
No comments:
Post a Comment