Monday, February 8, 2010

isu kontemporari islam...disisi tuhan segalanya...

aslmkum....apa khbar semua...semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada di bawah lindungan rahmat dan lindungan Allah hendaknya....agak terlalu lama SM membiarkan laman blog ini tanpa sebarang isu dan idea masa kini.....SM bukanlah sesibuk mana,bukan dai'e yg sibukn mad'u nya malah bukan pemimpin setia yang sayangkan anak-anak buahnya..mungkin sikap malas dan tidak mahu cakna dengan isu baru menjadi kelemahan penulis.....mohon pada Allah agar dikikis sikap ini dari dalam hati yang telah sedia lalai akan akhirat...dan telah lama menangguh amal kebajikan...

Melayu ISlam Selatan Thai...

isu ini telah terlalu lama berlaku..namun tiada usaha konkrit dari dua perdana menteri Thai yang melihat secara dekat isu ini baik thaksin mahupun abhisit...pada awal pembentukan ASEAN perkara utama yang diwartakan ialah mengenai negara-negara anggota tidak boleh masuk campur dalam hal ehwal dalaman sesebuah negara.Namun begitu sampai bila wilayah yang didiami majoriti oleh umat islam ini harus dibanjiri darah setiap hari,nyawa bagaikan barang mainan dan senapang pistol bagaikan ikan dipasar....majoritinya yang mati diserang atau ditembak adalah melayu islam..yang sadisnya adalah golongan agamawan..tidak tahu sebab apa dibunuh..bagi yg waras jauh sekali mereka ini terlibat dengan rangkaian terroris..wilayah yang dikolaborasi oleh 3 daerah lain ini iaitu Yala,Narathiwat dan pattani,pada pandangan mata kasar tidak wujud masalah perbalahan yang disebabkan agama,kerana buddha dan islam bebas bergaul dan berjual beli..keadaannya sama pada pembentukan negara madinah yahudi dan islam bebas bergaul dan bermuamalah dalam perniagaan......

Keamanan yang semakin pincang dan menghilang ini memberi impak yang cukup besar kepada melayu islam di wilayah ini.kegiatan ekonomi yang semakin ditindas,dan hak pendidikan yang terlampau kurang diberi perhatian oleh kerajaan pusat.parlimen Thai gagal membahaskan isu ini,dan jika kerajaan pusat pun buntu untuk menyelesaikan isu mereka ini.siapa lagi yang boleh diharapkan,adakah melayu islam selatan Thai mengharapkan "sentuhan ajaib" negara serantau lain yang boleh mengubah pendirian kerajaan Thai...pada awalnya selepas penggulingan Thaksin mungkin terdapat sedikit sinar daripada kepimpinan baru abhisit dengan kerjasama kabinetnya,namun abhisit gagal menjadikan isu ini sebagai modal perjuangan politiknya,selepas hampir tiga tahun memegang tampuk kepimpinan,tiada kesan mendalam yang dilakukan oleh abhisit terhadap melayu islam diselatan Thai.....

Peristiwa thak bai cukup menyayat hati,pemuda-pemuda yang tegar berjuang demi hak mereka sebagai warganegara ditindih di dalam trak pick-up.disebabkan sesak nafas mereka meninggal dunia begitu saja.SM melihat berita itu sambil mengetap gigi.geram.dan marah dengan tentera Thai yang seperti bodoh dalm melakukan kerja mereka...tatkala imam masjid furqan mengalunkan bacaan alfatihah ketika solat isya' berjemaah bertalu m16 memuntahkan pelurunya,entah dari mana picu itu dilepaskan dan dari pasukan bersenjata mana...sehingga ke hari ini persoalan itu gagal dijawab oleh unit risikan tentera Thai....Allah nyata menerangkan ayatnya di dalm Alquran mengenai larangan menumpahkan darah di dlam masjid......

SM enggan mengulas lanjut mengenai kedatangan PM kita ke sana baru2 ini,khabarnya ada berita gembira untuk melayu islam selatan negara gajah putih itu,lawatan ini mendapat liputan khas dan meluas oleh media Malaysia,,nmum ianya hanya omong kosong...modal PM hanya satu iaitu berikan wilayah autonomi...sedangkan kerajaan Thai awal2 lagi menolak usul pemberian wilayah autonomi ini kepada selatan Thai.....

bagi SM ianya ada keraguan dan penyelesaian mengenai isu ini::::::.......///////:

1)Isu ini telah berlangsung dengan begitu lama,tetapi bagaimana pihak keselamatan Thai masih gagal menjejaki dalang sebenar di sebalik semua ini.Semuanya terdapat keraguan.masjid furqan diserang oleh tentera mana,sedangkan awal2 lagi kita telah melihat tidak wujud perbalahan agama di wilayah itu.....apa risikan yang telah dilakukan oleh tentera Thai...atau ada motif tersirat yang cuba disembunyikan...

2)Jika kerajaan Thai memehami dengan mendalam dan sebenarnya2 tentang keadaan islam secara amnya dan melayu islam di selatan Thai itu secara khususnya,semestinya kerajaan Thai telah mampun melaksanakan wilayah autonomi di situ,biarpun dengan kawalan ketat oleh mereka sendiri......

3)Abhisit harus sedar yang penyokong Thaksin masih ramai...dan semestinya agak sukar untuk memperoleh undi dari mereka di pilihanraya umum yang akan datang..jika Abhisit bersungguh-sungguh untuk mengatasi dan mencari penyelesaian mengenai isu selatan Thai..ia telah menjadi modal politik yang cukp besar untuk beliau memperolehi undi..pemimpin bila diulit kekayaan lupe segala-galanya.......

4)kepentingan ekonomi,sosial,pendidikan dan nilai keamanan yang sudah lama hilang dari penduduk2 selatan Thai sudah boleh diambil tindakan oleh badan hak asasi dunia yang bernaung di bawah PBB......jika langkah ini diamabil sedikit sebanyak ia sedikit menggentarkan kerajaan Thai untuk menyelesaikan segera isu ini......

apa2 pun usaha telah dilakukan cuma memerlukan kesungguhan yang jitu....kepada melayu Selatan Thai perjuangkan lah hak anda dilandasan dan platform yang benar,moga usaha anda diberkati Allah...aminnnnnn...

No comments: