Sunday, February 21, 2010

Apa lagi kekuatan ummah yang ada......

SM mengajak semua pembaca mengamati semula kekuatan ummah yg pernah kita miliki dan adakah ia masih lgi kita miliki.....

1-kekuatan bersenjata dan merangka strategi peperangan...banyak tercatit dalam sirah nabawi dan sejarah islam.
2-kebijakan dalam berniaga dan berdagang sehingga menjadi saudagar yang beriman dan kaya..
3-memiliki kerajaan yang kuat dari segenap aspek.....abbasiah,umayyah.turki uthmaniyyah.fatimiyyah....
4-pemimpin2 yang berkaliber dan bertaqwa memimpin kerajaan yang kuat...
5-UMmah memiliki sarjana-sarjana ilmiah dari pelbagai bidang dengan mempunyai "penemuan" yg tersendiri dan terbitnya "karya-karya" agung mereka sendiri.
6-negara2 yang kaya dan mempunyai sumber mineral yang banyak..
7-kerjasama ulama dan umara yang berjaya menjana kecemerlangan kerajaan..
8-kegemilangan apabila al-Quran dan as-Sunnah dijunjung tinggi....
9-lahirnya golongan ulama2 akhirat yang berjaya memimpin masyarakat dengan kekuatan ilmu mereka....
10-zaman harakah islamiah yang begitu bersinar sebelum ditentang oleh saudara muslim sendiri..
11-khalifah-khalifah agung dengan karisma yang tersendiri..

ini adalah terlalu sedikit dengan kegemilangan ummah yang pernah kita rasa dan miliki.Namun apa yang tinggal pada hari ini,sedih melihat baitulmaqdis dicemari setipa hari...israel merancang mahu melenyapkannya pada mac ini khususnya masjid aqsa....dr.Aidh Abdullah Alqarni menerangkan didalam kitabnya bahawa masjid aqsa harus dihapuskan kerana ia adalah punca kekuatan islam selain quran dan sunnah serta tanah haram mekah dan madinah.....ini kenyataan daripada sarjana kafir dalam konvensyen sesama mereka...

Kita tidak boleh menyalahkan seratus-peratus serangan golongan kufur sebagai pemusnah kepada kegemilangan semua ini,tetapi kelemahan kita dalm mempertahankannya adalah faktor terbesar.Ummah gagal menyediakan generasi pelapis yang mampu menggalas dan mewarisi kesemua ini,kita tidak nafikan ramai cerdik pandai islam yang kita lahirkan pada hari ini,tetapi cerdik pandai sahaja tidak cukup.akhlaq dan sahsiah islami serta fikrah islami harus seiring dengan cerdik pandai mereka,hakikatnya banyak mana individu ini dapat kita lihat..

Kita tidak boleh hanya berbangga dengan sejarah lampau.tetapi hakikat hari ini yang ingin kita lihat,jika hanya mengimbau sejarah orang tidak lagi pandang.Ummah hari ini perlu mempunyai platform yang lebih kuat untuk bersatu semula mencapai kegemilangan ini,OIC sebagi organisasi yang telah lama bertapak,bagi SM sebagai satu entiti yang gagal menjalankn fungsi dengan baik dan berkesan.......

pada pandangan SM bidang pendidikan menjadi titik permulaan kepada semua ini.Jika bidang ini diperkasakan dengan sokongan negara-negara islam yang ada pada hari ini.Pendidikan dari semua aspek seperti tauhid,feqah,syariah,sains dan teknologi dan lain-lain lagi.Tempatnya sudah ada sebagai contoh universiti al-Azhar mesir yang perlu sedikit pembaharuan agar ia seiring dengan keperluan semasa,Jordan science & technology university (JUST) dan yang terbaru KIng Abdullah science & technology university yang begitu canggih dan cantik prasarananya boleh mengumpulkan para siswa siswi dari seluruh dunia islam demi bermatlamat mengembalikan kegemilangan ummah yang sudah lam hilang.Selain itu.aspek lain seperti budaya dan ekonomi boleh diperkasakan dengan pemecahan organisasi kepada organisasi khas yang tertumpu kepada satu-satu bidang tadi agar ia lebih berfungsi dan bermatlamat dengan jelas........wallahua'lam.......

No comments: