Saturday, November 7, 2009

NS monang Malaysia cup...hobin jang hobin...


semalam mengubah segala-galanya di stadium keramat bukit jalil....penantian selama 61 tahun berakhir malam tadi dengan 3 jaringan berbalas 1........SM begitu berbangga dengan kemenangan itu,sekalipun hanya mengharapkan ramai pemain2 muda dalam skuad hobin jang hobin,seperti aidil dan zaquan,syahurain,alif kunanlan adalah sebaya ngan SM...mekasih juga keringat otai2 dalam skuad jang seperti syukor adan,rezal zambri (kapten),idris karim,apek (ching ong aik) dan ramai lagi yang masih feet2....apa yg penting kecekapan goalkeeper skuad jang malam tadi,iaitu farizal haron (org kampung SM ni,org palong 2,huhuhuhuhu)...

bermula dengan reputasi baik tanpa kalah sejak kempen piala malaysia bermula,NS terus menuju kemuncak apabila membuka tirai jaringan menerusi syahurain abu samah,hasil kesilapan defender kelantan iaitu farisyam ismail.gol kedua menyusul beberapa minit selepas rehat apabila through pass lambung zaquan disudahkan dengan kemas menerusi tandukan hairuddin omar (buat surat siap2,hantar kat T-TEAM,musim dpn nk pndh N9,huhuhuhuhu).....gol ketiga membuatkan moral pemain2 kelantan trs down,apabila kesilapan farisyam sekali lagi membentes syahurain dalam kotak penalti,dan zaquan tenang menyempurnakan penalti itu..kelantan dapat gol 1 hasil freekick inderaputra yang cntik...memang indera pandai freekick...apa2 pun tahniah buat semua pemain dan pengurusan skuad n9 atas kejayaan yang cemerlang ini,usaha lagi thun depan dan dapat liga super pulak....

p/s SM:kecewo Sm ngan kwn SM yang xbolikn tiket...apo punyo kwnla..

Thursday, November 5, 2009

menampakkan kecelaruan islam di Malaysia.....

aslmkum...pekaba semua?? harap semua sihat wal afiat dibwh naungan nikmat dan inayahnya...
SM msih lg di dlam mood exam...dan minggu depan berlaku perang "tanpa henti" selama tiga hari kerana SM menghadapi exam 3 hari berturut-turut (isnin.selasa,rabu)selasa dan rabu 4 paper sekali gus....Allahuakbar..moga dipermudahkan.SM tertarik dengan isu penangkapan DR.Asri bekas mufti perlis itu dan juga bekas pensyarah USM ini.Masa zaman sekolah dlu,SM selalu beli kaset ceramah DR.Asri (ketika dia masih lgi pensyarah USM),masa tu suka dengar pandangan beliau,yelah ustaz muda n bg ceramah cam semangat ckit..

baru 2 3 hari ini,Dr Asri ditangkap oleh pegawai JAIS ketika sedang memberi kuliah disebuah banglo di damansara.Beliau ditangkap atas sebab tidak ada tauliah mengaja,menurut undang-undang syariah yang diamalkan semua negeri iaitu Akta 559-560-561 yang digunapakai di seluruh ngara atas nama sultan sebagi ketua agama negeri memperuntukkan Kesalahan Mengajar Agama Tanpa Tauliah adalah satu kesalahan. Jika disabitkan kesalah boleh dikenakan dengan RM5000 @ 2 tahun penjara @ kedua-duanya sekali.Tapi isunya disini agak menjelikkan kerana setahu SM dr. Asri ada kelayakan yang sah dengan degree dan phd yang dimiliki beliau.Sm berlapang dada dengan fahaman wahabi salafi yang diketengahkan oleh Dr Asri,tetapi masalahnya pendekatanya iti tidak sesuai dengan keadaan masyarakat malaysia pada hari ini.Beliau mengatakan banyak bid'ah dilakukan oleh umat islam di Malaysia seperti berdoa lepas solat,bacaan talkin di atas kubur,tahlil untuk org yang dah meninggal.Dr. Asri hanya menilai dari sudut sunnah semata-mata,cba dr. Asri dengar pandangan ustaz2 yang mahir dalam usul fiqh ni,apa hujah mereka,apa maslahah disebalik sesuatu perkara yang diamalkan oleh imam mazahib yang empat itu.Dr. Asri tidak perlu cepat nk melatah,jika orang agak kurang bersetuju dengan Dr. Asri,tetapi cuba dengar hujah mereka dahulu,perhati betul,guna muwazanat yang ada dalam hati dan di "filter" dengan ilmu yang ada.

Apa2 pun Jais bertindak di atas lunas undg2 yang ada,ni ikutkn pun,Ustaz Rasul Dahri antara ustaz wahabi salafi di malaysia ini pernah ditangkap di sebuah madrasah di kuala pilah atas sebab tiada tauliah mengajar.SM xtahu apa yang berlaku selepas itu,adakah Ustaz Rasul dibicarakan atau tidak.Kita lihat keautoritian Dr. Asri sebagai pendakwah hebat dinegara ini,agak memarnjatkan,seperti yang pernah terjadi kepada Allarhyarham Dato ishak baharom.ustaz ismail kamus dan ramai lagi yg senasib dengan mereka.Penangkapan ini akan memperlihatkan bercelarunya umat islam di malaysia di pandangan mata nonmuslim di malaysia ini.Mereka melihat ulama pun senang2 ditangkap..agak lagi merbahaya bagi mereka yang mula hendak berjinak dengan islam...ia akan memberi kesan kerasnya islam,jumudnya islam...

Pandangan Dr. Asri xsalah,malah bertepatan dengan maksud ayat al-Quran dlam surah an-nisa ayat ke 59 yang bermaksud "jika kamu menghadapi masalah terhadap sesuatu,maka hendaklah kamu kembali kepada Allah dan Rasul"...tetapi Dr.Asri perlu memandang Fiqh Waqi di malaysia,walhal Dr. Yusuf Al-qaradhawi pun banyan menggunakan pendekatan fiqh al-waqi dan fiqh almuwazanat serta fiqh alawlawiyyat dalam memberikan pandangan dan hujah mengenai sesuatu perkara...moga keharmonian islam terus mekar di Malaysia.......

Sunday, November 1, 2009

dr. MAZA ditangkap JAIS....

dipetik daripada http://al-ghari.blogspot.com

Akta 559-560-561 yang digunapakai di seluruh ngara atas nama sultan sebagi ketua agama negeri memperuntukkan Kesalahan Mengajar Agama Tanpa Tauliah adalah satu kesalahan. Jika disabitkan kesalah boleh dikenakan dengan RM5000 @ 2 tahun penjara @ kedua-duanya sekali. Anda boleh bayar @ berada dipenjara seketika. Tetapi penangkapan ini memberi petunjuk bahawa anda seorang ustaz yang melanggar undang2 pihak autoriti agama.
Banyakkan bersabar, ada hikmahnya tu.
KRONOLOGI TANGKAPAN
Kira kira jam 10mlm tadi saya diberitahu seseorang bahawa pihak JAIS sedang mengawasi satu ceramah yang diadakan di rumah persendirian no: 2, lorong 2C, Tmn Sri Ukay. Ceramah yang disampaikan oleh Dr Mohd Asri Zainal Abidin @ Abdul Talib itu dibuat atas permintaan pengikut-pengikutnya yang berasaskan kepada metodologi kaum muda atau golongan salafi. Ceramah ini dibuat dirumah persendirian memandangkan Dr Asri tidak lagi dibenarkan menyampaikan ceramah di surau al-Mujahirin ekoran ceramahnya yang kontroversi dan dibantah AJK Masjid serta sebahagian penduduk. Lalu aktiviti ceramah berkenaan dibuat di dalam rumah pengikut beliau yang loaded dengan bilangan hadirin melebihi 50 orang. Lazimnya, penganjur perlu mendapatkan permit polis. Tetapi tidak berbuat demikian. Dan Dr asri pula memang dikenali dengan penceramah yang tidak memiliki tauliah di sekitar Selangor dan Wilayah. Justeru, tindakan JAIS mempunyai justifikasi yang jelas.
Sumber terdekat memberitahu tuan blog bahawa pihak penguatkuasa JAIS telah dimaklumkan lebih awal tentang kuliah Dr Asri. Kelibat para pegawai penguatkuasa JAIS mula kelihatan sejak jam 8 malam lagi. Namun sebahagiannya berada diluar luar lokasi serbuan. Dan sebahagian pula masuk untuk mengikuti ceramah al-Fadhil Dr Asri. Lalu beliau berceramah panjang lebar dengan penuh bersemangat tanpa menyedari kehadiran penguatkuasa berkenaan. Memandangkan ramai audien yang hadir dan dikhuatiri menganggu operasi, maka pihak JAIS menunggu sehingga tamat sesi ceramah. Serta memohon bantuan balai polis Ampang untuk tampil membantu mengawal keadaan. Akhirnya, tibalah sepasukan polis dengan 11 buah kenderaan rasmi ke lokasi ceramah berkenaan.
Setelah tamat sesi ceramah, salah seorang pegawai JAIS tampil memperkenalkan diri dan meminta Dr Asri menunjukkan tauliah atau permit ceramahnya. Beliau kelihatan pucat.. terkejut dan gagal menunjukkan sebarang dokumen. Keadaan menjadi gawat seketika dengan campurtangan pengikutnya. Tetapi dapat ditenangkan dengan kehadiran pegawai polis. Akhirnya, Dr asri didapati bersalah kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah. Apabila beliau hendak dibawa keluar dari lokasi ceramah, maka para pengikutnya mula bersikap agresif seakan-akan mahu menahan penjawat awam dari menjalankan tugas. Hasilnya, berlaku perbincangan yang panjang lebar antara pegawai penguatkuasa, Dr Asri, Pegawai polis, tuan rumah, seorang YB PKR dan individu yang dikatakan peguam syar'ie. Sehingga jam 12mlm tadi, barulah Dr Asri dapat di bawa keluar dengan van JAIS dan diiringi kereta peronda polis menuju ke balai Ampang untuk diambil keterangan selanjutnya. Wajah tuan doktor kelihatan merah padam. Sewaktu beliau dibawa keluar, terdengar suara anak didiknya (anak tuan rumah) memekik kepada penduduk tempatan : "Haa..baru puas hati korang ya..." - tanda wujudnya murid fanatik hasil didikan sang guru.
Bagi saya, JAIS telah bertindak tepat dalam hal ini berdasarkan peruntukan undang2 yang sedia ada. Sesiapapun patut ditahan dan didakwa jika mengajar agama tanpa tauliah walaupun individu berkenaan bertaraf profesor mahupun Doktor Phd. Hal ini penting bagi menjamin keharmonian fahaman dan amalan agama di Malaysia. Jangan biarkan urusan agama kita mudah diperkotak-katikkan oleh mana-mana individu atau kumpulan tertentu. Apatah lagi, jika kumpulan berkenaan kerapkali menghuru-harakan fahaman dan pegangan umat Islam dengan fahaman wahhabi, syiah, liberal atau fahaman sesat di negara ini. Kumpulan ini perlu diajar. Dan tindakan undang2 adalah ajaran terbaik kepada mereka.
Suka diingatkan bahawa sesiapa sahaja yang bersikap ekstrem daan melampaui batas memang wajar di hukum. Jangan ingat urusan agama di negara kita ini tidak bertuan. Jangan ingat anda bebas memanipulasi agama secukup rasa dan mencetuskan ketegangan agama di negara ini. Penangkapan ini membuktikan kepada kita bahawa pemikiran Dr asri adalah banyak mencetuskan kerancuan kepada ummat ini. Mudah-mudahan apa yang berlaku benar2 menjadi pengajaran kepada beliau untuk menjadi seorang yang beradab. Membolehkan beliau lebih berhati-hati menulis, menyampaikan ceramah dan adil dalam mengkritik golongan yang tak sependapat dengannya. Insaflah wahai mereka yang cuba menghuru-hara agama. Kembalilah ke pangkal jalan. Marilah kita berjalan menuju Allah SWT.

Saturday, October 24, 2009

akon yg jakun........




aslmkum...smg semuanya berada di dalam limpahan rahmat dan keberkatannya...
terlebih dahulu salam imtihan kepada rakan siswa dan siswi di penghujung semester ini........

alhamdulilah diri ini masih lagi diberi nikmat iman dan islam dan masih lagi kekal nimat hidup ini...

apa sebenarnya erti pembangunan modal insan disisi pemimpin2 negara kita???adakah modal insan itu adalah tadika permata negara? @ membangunkan insan yg berjiwa mat rempit????atau lain2 lagi yg bersifat negatif dan merosakkan anak bangsa.......

malam tadi berlangsungnya konsert akon di ibu negara......yg SM tahu dia ni yg nyanyi lagu smack that tu...yg botak n bajet nsome.....dalam konsert itu akon didapati telah membuka bajunya ketika terkinja2 di atas pentas....dan yang menyaksikan itu ialah anak2 muda 1malaysia yang dihasilkan melalui modul pembangunan modal insan 1malaysia......jadi xkan ni hasilnya.....SM x menyalahkan akon sepenuhnya dalam hal ini,kerana dia sendiri bukanlah seorang yg memahami islam dan budaya serta nilai baik ketimuran itu sendiri...yang patut disalahkan ialah kerajaan yang boleh membenarkan konsert2 merosakkan seperti ini.Mengapa begitu rendah standard kerajaan malaysia sehingga membenarkan artis yang langsung tiada pengajaran dan manfaat yang kita perolehi daripadanya?....yg untg penganjur bukannya kita,apa yang kita dapat hanyalah kerosakkan anak muda belia kita yang da stanby rosak da....

terdahulu kita menyaksikan sendiri bagaimana aksi penyanyi lelaki kita bukak baju di atas pentas......yg ni lg truk,dia ni tau bnda 2 salah dlm agama dan budaya kita,tapi buat jugak.....jadi batalkan sajala pgram konsert2 artis luar ni..laburkan jela duit tu untuk kebaikan anak2 bangsa kita....bnda ni semua bawa pengaruh yang x baik lagi merosakkan anah bangsa kita.........

Monday, October 19, 2009

ghuzwatul fikr....

Program penjajahan minda dan budaya adalah satu proses yang telah lama dilaksanakan oleh barat terhadap umat islam di seluruh dunia.Oleh itu,tidak hairanlah umat islam pada hari ini begitu terpesong daripada landasan ketimuran dan budaya sopan santun yang sekian lama kita miliki.Semuanya bermula dengan penjajahan pemikiran daripada barat melalui gerakan mansonry mereka selain dibantu dan disokong kuat oleh gerakan kristianisasi.Semuanya bermula apabila raja philips bertitah dengan membawa maksud umat islam pada hari ini adalah umat yang tidak boleh ditewaskan dengan senjata,tetapi boleh ditewaskan dengan menjajah pemikiran mereka dengan anasir barat yang jahat dan terpesong dari budaya ketimuran.
program2 pemikiran seperti kapitalisme,humanisme,sosialisme dan ideologi2 isme yang lain adalah satu program yang mempunyai strategi yang tepat dan ampuh untuk mempengaruhi umat islam diseluruh dunia.Nampaknya isme kapitalisme begitu mandapat tempat apabila sistem ini lebih menjurus kepada persoalan ekonomi dan sistem ini telah sebati dan diterimapakai diseluruh dunia sekalipun ia bersifat menindas.Gerakan orientalisme juga semakin rancak melancarkan serangan pemikiran melalui faktor agama yang boleh mengelirukan umat islam yang kurang pengetahuan agama.
Di Malaysia,ghuzwatul fikr cukup meluas dan dasyat.Berbagai-bagai fahaman sesat lagi menyesatkan.Apa yang lebih parah fenomena ini telah mampu menggoncang akidah umat islam yang ada dinegara ini.fahaman2 seperti liberalisme,pluralisme,sekularisme,dualisme dan berbagai-bagai lagi.Apa yang peliknya fahaman2 seperti ini,dipelopori sendiri oleh orang islam.Nau'uzubillah.....Fahaman2 ini yang mempromosikan fahaman bebas,semua agama sama iaitu membawa kebaikan,persamaan hak antara lelaki dan perempuan semuanya itu adalah yang bertentangan dengan islam,secara automatiknya ia tertolak kerana,islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya.Kita melihat fahaman sister in islam,yang nyata sesat dan tolol,tetapi kita lihat begitu ramai pengikutnya,ada juga terdiri daripada yang bijak pandai.Tetapi mengapa ini berlaku.ini kerana mereka ini adalah golongan yang tuli agama dan mengikut sesuatu itu tanpa hujah dan semborono sahaja.....

p/s SM;sepatutnya fahaman yang bermotifkan ghuzwatul fikr ini harus disekat dan ditentang habis-habisan kerana ia boleh mnyesatkan umat islam di negara ini.Serangan mereka menuju kpd akidah dan kepercayaaan,sedangkan nilai akidah pada pandangan islam begitu tinggi dan tidak boleh diganggu gugat.

teringat pesanan samuel hutington dalam satu bukunya yg ditulis pada 1997,"pada era zaman abad ke-21 ini,tamadun barat akan tewas kepada kebangkitan tamadun islam,dan seharusnya satu strategi ampuh perlu dibuat daripada sekarang bagi menghalang semua ini"
buktinya;afghanistan yang mempunyai jemaah taliban yang kuat dihapussifarkan' oleh pakatan barat,iraq yang mempunyai kekuatan sunni dan arwah saddam diserang sehingga musnah.dan palestin yang sehingga entry ini ditulis masih lagi berperang menentang yahudi israel.......
dan pesanan terakhir samuel ialah hari ini kita menyerang dengan menggunakan wasilah dengan apa yg disebut sebagai "GLOBALISASI'......RENUNG2 KAN..FIKIR2 KAN.....

Thursday, October 15, 2009

perlembagaan baru UMNO....



KUALA LUMPUR 15 Okt -- Perhimpunan Agung Khas Umno hari ini mengubah kaedah pemilihan bagi jawatan parti supaya terbuka dan tanpa kuota dalam usaha membanteras politik wang dan menjadikan Umno parti Melayu yang mampu menjuarai nasib seluruh rakyat.

Perhimpunan agung khas, yang bermula sejak pukul 12.20 tengah hari berakhir sejam kemudian, dengan meluluskan sebulat suara tujuh pindaan Perlembagaan parti yang dibentangkan Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hanya empat perwakilan bangun untuk membahaskan pindaan mengenai cadangan yuran keahlian seumur sebanyak RM2.

Pindaan perlembagaan itu berlaku enam bulan selepas Datuk Seri Najib Tun Razak memimpin Umno dengan azam menjadikan parti itu lebih telus, inklusif dan demokratik.

Pindaan pertama diluluskan ialah meningkatkan bilangan perwakilan yang akan memilih pucuk pimpinan tertinggi parti dan di peringkat bahagian daripada 2,500 perwakilan sekarang kepada 146,500 perwakilan.

Ini mengambil kira purata 500 perwakilan bagi setiap 191 bahagian iaitu 95,500 ditambah dengan 51,000 perwakilan, meliputi tiga ketua sayap di 17,000 cawangan di seluruh negara, kata Hishammuddin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Umno.

"Langkah ini akan memberi pengiktirafan kepada suara dan peranan ketua pergerakan sayap-sayap cawangan dan perwakilan di peringkat bahagian untuk terlibat dalam pemilihan pemimpin tertinggi," kata Naib Presiden Umno itu.

Pindaan kedua melibatkan penghapusan sistem kuota bagi menjadikan Umno lebih demokratik dan membuka ruang seluas-luasnya kepada ahli bertanding, kata Hishammuddin.

Syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan MT ialah perlu mendaftarkan diri dan pernah memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi atau AJK Bahagian selama satu penggal.

Bagi anggota Umno yang ingin bertanding untuk AJK bahagian perlu menjadi ahli selama tiga tahun.

Komentar SM:

-Perlembagaan umno yang lama dan telahpun bertahan sekian lama tahunnya sememangnya sudah tidak relevan,lebih-lebih lagi dengan sistem kuota yang lebih menguntungkan seseorang daripada keuntungan parti,sedangkan UMNO adalah milik bersama dan setiap ahli bertanggungjawab terhadapnya.Sebagai Parti yang dominan di Malaysia,semestinya umno lebih berada dalam keadaan kondusif dan selesa serta jauh daripada masalah dalaman & luaran parti kerana masalah umno sering menjadi perhatian rakyat.

-Menyentuh pula mengenai masalah politik wang dan rasuah di dalam umno.Sememangnya ia merupakan barah yang begitu lama di dalam parti.Mustahil ia boleh dibenteras dengan serta merta.Perlembagaan yang baru dilihat agak kurang "keras" di dalam masalah ini.Mentaliti orang-orang penting dalam umno seharusnya lebih terbuka dan tidak terlalu sempit dengan hanya dengan duit dan korup kita akan memperolehi kuasa.Melihat perhimpunan agung umno yang baru-baru ini,menurut Pengerusi lembaga disiplin umno iaitu tengku mohd Rithauddin,sebenarnya banyak lagi kes-kes yang berkaitan masalah politik wang dan sukar untuk dikemukakan kehadapan.Pemimpin2 umno seharusnya lebih mengutamakan sikap diri yang baik serta membantuk rekod yag baik dan cemerlang,dan mereka menang dalam parti dengan faktor ini.

-Dalam perlembagaan yang baru juga,dilihat wakil perwakilan dalm perhimpunan agung umno juga ditambah.SM memuji tindakan ini,namaknya umno telah memerlukan langkah dengan turun ke peringkat akar umbi,bagi melihat pendapat dan kemahuan mereka tentan parti.Pemimpin umno harus sedar mereka berkuasa dan bertakhta dengan undi mereka di peringkat akar umbi.kepercayaan mereka harus dijaga dan dibela agar kesetiaan mereka terhadap parti terus malar,tapi kalau da meluat tu,jom ramai2 join PAS..kembali ke quran dan sunnah....

Sunday, October 11, 2009

manhaj hidup...


assalamualaikumwarahmatullah......selamat hari raya maaf segala salah silap daripada SM......

Merungkai satu peribahasa arab yang berbunyi "dalam jasad manusia terdapat satu hati,dan hati itu sifatnya suka berbolak-balik"..jadi tidak hairanlah,jika manusia itu sifatnya dan fitrahnya "susah nk tetap pendirian",,kejap suka yang itu,kejap suka yang ini.....iman dan taqwa neracanya...akal pemandunya samada baik atau jahat......

Para sahabat dan ulama-ulama yang terlebih dahulu pada kita sering mempersoalkan manhaj hidup yang harus diikuti bagi memastikan hdup yang hanya pinjaman daripada yang maha esa ini sentiasa terdidik ke arah kebaikan dan menuju redha Allah....Kita tahu para rasul dan sahabat mempunyai ujian dan kepayahan hidup yang begitu mencabar ketika di zaman awal islam mula disebarkan...mengingati jerih payah dan sakit bilal ketika dijemur dan diseksa ditengah padang pasir,menginsafi keutuhan akidah sumayyah dan keluarganya..hati begitu mendapat suntikan motivasi yang baru bagi membentuk manhaj hidup yang baik dan sempurna serta sentiasa berada di dalam redha Allah...

Semestinya manhaj hidup kita berbeza pada hari,bukanlah bermakna kita ada risalah baru yang perlu diikut,pedomannya masih sama iaitu al-quran dan assunnah,cuma diri ini perlu membentuk satu sistem hidup ataupun yang SM sebut sebagai manhaj ketika ini perlu dibentuk.Mukmin yang baik dan berjaya adalah mukmin yang mampu membentuk kehidupannya menjadi menjadi lebih teratur dan sentiasa menyeimbangkan neraca dunia dan akhiratnya.Dengan melihat kehidupan pada hari ini yang begitu takut sekali untuk ditempuh,manhaj yang dibentuk dan ditanam dalam diri harus kuat menghadapi semua ini,barulah selamat di dunia dan di akhirat.Suasananya berbeza,keadaan yang sungguh lain pada zaman Rasulullah,tetapi kecekalan Rasulullah itu mampun membentuk produk akidah yang baik,kita lihat abu bakar assiddiq,mus'ab umair,abdullah rawahah,handzalah,bilal bin rabah dan ramai lagi yang cukup memeningkan pembesar quraisy pada masa itu..padahal memang mereka ini dungu..

Marilah sama2 kita membentuk manhaj hidup yang sempurna dan ditunjangi oleh akidah yang haq..bagi membentuk kekuatan diri dengan menempuh segala rintangan yang ada....

Friday, September 4, 2009

"retak menanti belah"...

GANU OH GANU.....

aslmkum...pekaba semua??...ramadhan kareem....

Menyoroti kisah hangat minggu ini adalah mengenai krisis politik umno terengganu yang berlanjutan nmpaknya........Kes ini adalah serius bagi umno kerana terdapat ancaman lompat parti daripada adun dan exco kerajaan negeri yang sedia ada.Hisyamuddin dab muhyiddin mula turun padang bagi "menegakkan apa yang nk rebah"......Inilah dlm umno kurangnya aplikasi wala' dan kesetiaan kepada pemimpin,semua yang tidak diingini akan berlaku....mengapa mereka yang memberontak tidak menyokong kepimpinan Mb yang sediada...sedangkan mereka yang memberontak juga adalah yang dilantik oleh MB sebagai exco kerajaan negeri...

kecelaruan di dalam perlantikan MB baru sejak PRU 12 yang lalu,dimana sultan tidak memperkenankan MB lama meneruskan tampuk kuasa,lalu melantik MB baru yang ada sekarang sebagai calon pilihan baginda.Namun susah jika tiada pengaruh dalam politik,kerana kebanyakkan adun yang dikekalkan adalah muka2 lama pda zaman MB lama.Selepas senyap seketika,timbul lagi masalah dimana adun2 daripada BN dilaporkan menerima sms ugutan lalu menyebabkan mereka gagal hadir ke sidang dun yang berlangsung.kes ini menyebabkan polis terpaksa masuk campur dengan adegan budak2 dan gila kuasa politik di terengganu...mengharukan....tidak cukup dengan itu,timbul lagi masalah baru,apabila 9 orang adun daripada BN mengancam mahu keluar dari BN dan menyertai PKR...Dengarnya DSAi da jumpa 9 dun ni bg membincangkan sesuatu...

Dalam satu pertemuan di Hulu Terengganu,dimana timbalan presiden UMNO iaitu muhyiddin yasin yang juga timbalan perdana menteri ramai dikalangan adun2 BN tidak hadir ke majlis itu termasuk adun yang tinggal di hulu terenggani sendiri,rasol wahid dan zawawi ismail..ini menambahkan lagi kekusutan yang sediaada...hishamuddin dan muhyiddin dipaksa bertindak segera bagi menyelesaikan masalah ini oleh PM,jika tidak kes yg lebih teruk daripada apa yang dialami di perak akan berlaku..

Itulah dalam UMNO yang tak pernah aman dari sebarang spekulasi yang merugikan semangat kepartian mereka sendiri.orang2 mereka banyak ditarbiah dengan wang ringgit,jnji projek,dan pelbagai tender lain lagi,yang akhirnya memusnahkan mereka sendiri..jika mereka memahami alquran dan sunnah xkan berlaku begini.....

p/s SiakMudo=lagi cepat lompatlagi senang ceritala....xpyh bazir air liur dan masa.....

Saturday, August 29, 2009

antiwahabi di n9-hanya berselindung



Aslmkum....harap semua berada dibawah lindungan rahmat dan maghfirahnya khususnya di bulan yang mulia ini.....

SM cuba menyoroti kecelaruan ulama' addin yang berada ni negeri sembilan.SM kesal dengan sikap separuh pihak yang menghalang usaha2 ulama2 ini dalam menyambung tugas Rasulullah s.a.w.....mengapa terjadi begini,sedangkan segala ilmu yang dipelajari tunjangnya sama iaitu Al-quran dan hadith itu sendiri....puncanya hanya satu,masalah hati yang sentiasa didorongi nafsu kejahatan untuk dengki-mendengki kepada orang lain....

diberitakan ramai ulama2 dan ustaz2 di negeri sembilan dinafikan hak mereka untuk mengajar di masjid dan surau sekitar negeri yang dikatakan penuh dengan adat tradisi ini.Tidak cukup dengan itu,ramai diantara mereka digelar pendokong wahabi yang berselindung dengan nama salafi.SM rasa tertarik dengan permasalahan ini,kerana ini bidang yang SM pelajari di universiti....

Penterjemah kitab hikam edisi baru yang juga merupakan pensyarah syariah usim juga diberitakan tidak diberi kebenaran mengaja di beberapa surau2 dan masjid2 di n9,apa yg lebih teruk lg ialah dilarang mengajar di masjid negeri.Setahu SM dlu pensyarah ni bebas mengaja dimana2 masjid,seingat SM pernah mengikuti beberapa siri kuliahnya di masjid paroi jaya dengan dengan stadium tu........apa yg disampaikan oleh ustaz ni semuanya mutiara-mutiara ilmu dan hikmah yang cukup bernilai untuk diamalkan..beliau juga ahli jawatankuasa fatwa n9 dan terengganu...besar juga jasanya kpd n9,tpi bak kata pepatah susu yang diberi,tuba yang di balas......

SM tertanya dlm hati,betolke golongan ini antiwahabi atau hanya berselindung disebalik "tagline" itu bagi mengagalkan usaha dakwah daripada ustaz2,ulama2 muda yang tidak "ngam' dengan dia.....Sepatutnya sebagai pendokong addin di negeri ini,sepatutnya mereka sama-sama menyampaikan mesej islam supaya rakyat di negeri sembilan tau keindahan islam dan sentiasa di dalam lindungan rahmatnya....

HEntikanla dengi-mendengki ni,xde faedah tuk kita semua,mrh merugikan kita lg.....igtla musuh2 islam menunggu saat perpecahan diantara kita,bibit2 nya kian terserlah,mereka mula merangka strategi yang terbaik untuk terus menyerang dan menghancurkan..

sekian dri SM......jumpe lagi di lain lembaran...salam ukhuwwah..

Thursday, August 27, 2009

Dato Seri Idris Jala naik menteri....


satu perkembangan dalam kuasa eksekutif negara berlaku semalam dengan harapan ia menjadi harapan perubahan kepada rakyat......

CEO malaysia airlines system (MAS) iaitu Dato Seri Idris Jala dilantik oleh perdana menteri Dato Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai menteri yang tanpa portfolio di jabatan perdana menteri.Dato seri akan akan menjadi ketua eksekutif unit penyampaian dan pengurusan prestasi (pemandu).Ia adalah satu badan yang baru bagi mengawal selia konsep indeks prestasi utama (kpi) dan indeks keberhasilan utama (nkra) yabg menjadi fokus utama kuasa eksekutif negara ketika ini.

Dato seri terkenal dengan kepimpinan bisnesnya dengan membawa MAS yang diambang kerugian kepada lonjakan keuntungan dengan hanya beberapa tahun.Oleh sebab itu,kontraknya dengan MAS disambung kepada 3 tahun, dan selama itulah MAS berjaya dibawah pimpinan beliau.Beliau juga adalah bekas graduan Universiti Sains Malaysia dan Warwick Universiti.

Dengan memegang badan ini Dato Seri akan membantu Tan Sri Dr Koh Tsu kun sebagai Menteri Utama yang berfungsi sebagai kabinet yang mengawal KPI dan NKRA ini.

Diharap dengan kehadiran Dato Seri prestasi badan eksekuti negara daripada peringkat menteri sehinggalah kepada peringkat staff sokongan akan dapat menunjukkan prestasi yang baik meningkatkan prestasi dan kecermalangan dan bekerja dengan ikhlas dan amanah untuk bangsa,agama dan negara.....

SM mengucapkan tahniah kepada dato seri Idris Jala dan diharapkan Dato Seri menggunakan segala pegalamannya ketika berada di dlam shell dan MAS untuk membantu pentadbiran negara.........

rujukan daripada berita harian...

Wednesday, August 26, 2009

kaitan kemuliaan ramadhan dan tabungan diakhirat...

aslmkum semua...pekaba sume?...semoga sentiasa berada di bawah maghfirah serta keberkatan.lebih-lebih lagi kita berada di bulan ramadhan almubarak......

SM terlebih dahulu bersyukur kerana masalh yg membelenggu SM semua sudah selesai dengan berkat kesabaran yang diperolehi....SM dlm proses menyelesaikan masalah kecil keluarga yg masih membelenggu..harap sahabat2 berdoa sma mga SM dipermudahkan urusannya....

dlm satu tazkirah yang pernah di sampaikn oleh SM ketika diambang ramadhan....SM menyentuh tajuk ini,bagi melahirkan lagi semangat ubudiah dikalangan ibu2 bapak2 yg hadir....sekalipun SM tahu ustaz2 dan alim ulama yang lain telah banyak menyentuh tajuk ini tetapi "fazakkir fa inna zikraa tanfa'ul mukminin".......

"sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah tuhan sekalian alam"...di dalm satu ayat quran Allah menyebut....didalam ayat ini para mufassirin banyak menafsirkan bahawa ayat ini menerangkan bahawa ia adalah satu konsep yang merupakan sebagai persediaan umat manusia untuk menghadapi akhirat yakni kehidupan yang kekal abadi selama-lamanya.Ia sebagai tabungan amalan manusia didunia sebelum menempuh kematian sementara menunggu saat tiupan sangkakala israfil sebagai tanda dan alamat kiamat dan kelangsungan hidup menuju ke akhirat bakal bermula.......

Oleh itu,ramadhan yang menjanjikan beribu-ribu rahmat serta keampunan oleh Allah merupakan bulan dimana Allah menghendaki umat manusia memperbanyakan amalan di bulan ini.Tetapi golongan yang bersifat liberal pula memberi tafsiran dholal dengan memutarbelitkan fakta quran dan sunnah dengan mengatakan bulan lain itu bolehla membuat dosa dan maksiat kerana bulan lain Allah tidak sebut ia mempunyai keberkatan dan keampunan...ini salah lagi menyesatkan...dan SM tidak berpendirian dan bermaksud begitu.....

Dalam satu hadis sahih yang biasa disebut oleh alim ulama dan ustaz2 di bulan ramadhan iaitu hadis "barangsiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimanan dan kesungguhan maka Allah ampunkan dosanya yang telah lalu"....dengan berpandukan quran dan hadis diatas ia jelas kepada kita dan menjadi satu motivasi diri dan suntikan semangat kepada kita semua untuk lebih bersemangat melakukan ibadah dan amalan kebajikan di bulan almubarak ini...

amalan2 seperti memperbanyakan bacaan alquran,bersedekah,byr zakat fitrah,zikrullah,qiamulail semuanya dijanjikan beribu2 pahaln khususnya di bulan ini.pahala2 kebajikan ini semua merupakan tabungan serta persediaan kita menghadapi kematian dan menuju keakhirat......mungkin ini ramadhan yang terakhir bagi kita,ditahun hadapn kita tidak dapat bertemu dengan ramadhan ini,kemungkinanya adalah dua samada kita sendiri menemui ajal ataupun berlakunya apa yang dikatakan yaumul waqiah..

bersama-samalah kita bermuhasabah diri di bulan ramadhan ini...wallahua'lam....

Monday, August 3, 2009

doa keselamatan daripada penyakit dan waba'....

aslmkum...pekaba sume?....bersua kite lagi dlm blog SIAKMUDO......
SM nk berkongsi sedikit mengenai doa keselamatan daripada penyakit dan waba'..insyAllah boleh digunakan untuk mohon perlindungan Allah daripada selsema babi yg mengganas sekarang ni kat negara ni....sdh 6 org mati sebab virus yang dibawa binatang pengotor ni......

Doa diambil daripada laman blog mantan mufti negeri sembilan iaitu dato Syeikh murtadza Ahmad...http://hjmohdmurtadza.blogspot.com


تحصّنا بذى العزّة والجبروت,واعتصمنا بربّ الملكوت,وتوكلنا على الحيّ الّذى لا يموت,
اللهمّ اشرف عناّ هذا الوباء,وفّنا شرّ الرّدى,ونجّنا من الطّعن و الطّاعون و البلاء,
بلطفك يا لطيف,يا خبير,
انّك على كلّ شيء قدير,
وصلّى الله على سيّدنا محمد,وعلى آله وصحبه وسلّم,
والحمدالله ربّ العلمين

semoga segala amalan kita mendapat balasan baik daripada Allah....YA Allah MAkbulkanlah doa-doa kami........

Friday, July 31, 2009

intisari "bidayatul hidayah"......

"Bidayatul hidayah" adalah sebuah kitab yang dikarang oleh hujjatulislam imam alghazali yg lebih banyak membicarakan mengenai persoalan adab di dalam kitab ini.Kitab ini telah diterjemahkan oleh seorang ulama terkenal di nusantara iaitu oleh syeikh Abd Samad Al-falimbani,dan sekarang ia dipermudahkan terjemahannya di dalam bahasa kita oleh Syeikh Fahmi Zamzam Almakki iaitu seorang ulama muda yang berasal dari kedah yang juga seperguruan dengan syeikh Nuruddin Marbu Albanjari Almakki.....Alhamdulilah ia adalah satu usaha yang baik lg murni dalam memberi mudah faham kepada golongan2 awam seperti kita ini..

SM tertarik dengan intisari awal kitab ini yang banyak mensyarahkan mengenai ilmu.Hujjatulislam telah mengkategorikan golongan yang menuntut ilmu kepada 3 kategori iaitu:....

1)Golongan yang menuntut ilmu.tidak lain dalam hatinya hanyalah untuk memohon keredhaan Allah.Ilmu yang diperolehi akan terus dijadikan amalan seharian,dimana dengan ilmu ini ia akan menghasilkan buah-buah iman dan taqwa serta menjadi semaian dan bekalan di dunia ketika dalam proses di "isra'kan oleh Allah negeri Asbab (dunia) menuju ke negeri akhirat

2)Golongan yang kedua ialah golongan yang mencari ilmu,akan tetapi seribu kali sayang ilmu yang dicari hanya untuk mencari kekayaan didunia ini.ilmu yang bertimbun2 meraka ada hanyalah digunakan oleh mencari kekayaan didunia serta mencari pujian juga mencari pangkat gelaran daripada manusia lain.Golongan ini banyak sekali di malaysia seperti separuh2 ulama di sini,"kalau ad 2000 smpi,xde mtak maap,golongan ini bukan golongan ulama tetapi golongan "ular tamak"",ayat ini SM pinjam daripada seorang pemandu teksi di tampin,SM pernah tumpang teksi pk cik ni mse zaman sekolah2 dulu.....Tetapi golongan seperti ini masih lagi diberi pintu hidayah oleh Allah,masih lg diberi oleh Allah kesempatan untuk sedar diri dan bertaubat di atas kesalahan dan penyelewengan yang telah dilakukan...

3)Golongan yang ketiga ialah golongan yang sama situasinya dengan golongan yang kedua tetapi golongan ini tidak diberi kesempatan oleh Allah untuk bertaubat.wa nauzubillah....golongan ketiga ini iaitu golongan ulama su'.....dalam satu hadis nabi,nabi bersabda "ada satu golongan yang merisaukan aku diakhir zaman ini selain dajjal.Para sahabat bertanya siapa ya Rasulullah,jawab Rasulullah iaitu golongan Ulama Su'....."hadis riwayat bukhari dan muslim....

semoga kita berada di golongan yang pertama serta sentiasa berada di dalam lindungan rahmat juga inayahnya....sekian di waktu ini....

Friday, July 17, 2009

kerjasama "keselamatan" rantau ASEAN belum cukup kuat...

Asasnya penubuhan Asean adalah mahu berkerjasama di dalam menjaga keselamatan rantau ini,pembangunan ekonomi,perkongsian budaya dan perkembangan sosiobudaya...kisah di JW marriot Bali menjadi bukti pertama..ramai yang terkorban dalam serangan bom itu..

Semalam merungkai segala-galanya hotel yang sama iaitu jw marriot,tetapi berpengkalan di jakarta,serta sebuah lagi hotel mewah iaitu Ritz-Charlton yg juga bersebelahan dgn jw marriot...ritz-charlton meletup hanya selanh 2 minit selepas jw meletup....pihak berkuasa indonesia berpendapat bom telah dibuat di dalam hotel itu juga serta penyerang juga menginap di hotel itu....Ritz-Charlton juga dikhabarkan bakal menerima pasukan manchester united yang menginap di hotel dlm "tour the asia" selepas menentang dengan pasukan kebangsaan malaysia petang ini dlm siri perlawanan persahabata...united membatalkan kunjungan mereka serta merta ke indonesia....

dalam serangan itu 9 org terkorban manakal 50 yg lain cedera.seramai 18 org rakyat asing maut dalam serangan itu.Dipercayai,kedua-dua hotel itu adalah milik rangkaian hotel amerika syarikat iaitu marriot international dan meletup kira-kira jam 7.45 pagi waktu tempatan.

Persoalannya mengapa dalam hampir seabad penubuhan asean kerjasama keselamatan masih tidak mencapai tahap yg membanggakan.Yg paling penting bukanla pencapaian,tetapi ialah keselamatan rakyat serta pelancong asing terjamin,dalam persoalan ini sy ketepikan dahulu persoalan "umat islam diserang di serata dunia dan dalanngya amerika syarikat"...Asean berkerjasama erat dalam kerjasama mengawal sempadan sesama mereka,namun apa pula usaha mereka untuk berkerjasam dalam memerangi keganasan di rantau ini.Asean tidak memerlukan amerika syarikat dalm memerangi keganasan di rantau ini.kerana dengan keanggotaan hampir 10 buah negara ia sdh ckup kuat jika dikira dri segi ketenteraan untuk keselamatan....

Sejak 2003,ketika jw marriot Bali diserang,ramai yang terkorban,itu belum diambil kira serangan2 di filipina dan negara lain seperti serangan bas di britain dan keratapi di sepanyol...

Selain memfokuskan ekonomi dan hubungan sosial yang erat.aspek keselamatan harus diterjemahkan jalinan kerjasamanya dalam bentuk tindakan demi jaminan keselamatan dan kesejahteraan serantau...

P/s:apa kata Malaysia yang padukan usaha yang sudah sedia ada ini???????

Thursday, July 16, 2009

kadang-kadang kita perlu berada ditempat orang yang susah.......

aslmkum....apa kaba semua,semoga berada dibawah lindungan inayahnya...

Memangnya kita semua tahu bahawa sahabat-sahabat radhiyallahuanhum mempunyai satu episod hidup yang susah,khususnya selepas mengangkat kalimah syahadatain sebagai mengakui keesaan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.....nama-nama unggul seperti mus'ab umair,Abdullah Ibnu mas'ud,bilal bin rabah dan sebagainya...namun ia bukan penghalang bg mereka berjuang bersama junjungan besar nabi Muhammad,...ironinya ia adalah hasil tarbiyah akidah serta akhlak terus daripada Rasulullah.........

Realitinya hanya tinggal dalam lipatan sirah Rasulullah sekarang,ianya hanya jd pengajaran untuk yang sedar akan kematian dan kenikmatan "asbab' yang hanya bersifat sementara.Kita menerima kemajuan dan pemodenan dalam masa yang sama syariat tetap membatasinya,begitu juga dengan kekayaan yang kita miliki pada hari ini.....

jika hari ini kita senang sekali menempah menu-menu yang membangkitkan selera wlaupun pada masa itu,perut dah kenyang....sebabnya kita ada kesenangan pada waktu itu,keesokannya pada perkara yang sama,tiba-tiba musibah datang,sesekali ia datang menguji hambanya....duit xde dlm dompet nk byr.....sakit lidah xboleh makan...atau kesempitan hidup yang mengatasi segala-galanya...

pada saat ini baru kita akan tersedar dan bermonolog sendiri "Ya Allah susahnya hidup ini,kau mudahkanlah jalanku Ya Allah"....ini ftrah manusia da susah bru nak terhegeh2...hakikatnya ini yag erjadi kepada manusia...kita meniti kisah umar alkhattab yang sanggup menyamar mnjadi rakyat biasa dan keluar pada waktu malam kerana ingin tgok sendiri keadaan rakyat dan keprihatinannya tersrlah apabila melihat si anak menangis kerana kelaparan dam si ibu yang menggoreng batu bg memperdaya anak agar terlelap dengan bunyi batu yang dimasak itu....begitu juga sultan muhammad alfateh yang berjalan malam bagi melihat keadaan rakyat yang susah dan miskin,sultan muhammad juga menggunakan taktik yang sma seperti umar tadi....kesimpulannya cuma satu iaitu kita perlu berada ditempat dan keadaan seseorang itu bagi merasai jerih payahnya hidup dan sukarnya perjalanan kehidupan jika satu hari musibah melanda dan nikmat kesenangan ditarik......

Sabda Rasulullah "sesungguhnya Allah tidak melihat harta dan rupa paras kamu,tetapi dia melihat hati-hati kamu dan amalan-amalan kamu"...hadis riwayat Muslim...

Thursday, June 4, 2009

Iran boleh tiru keberanian Korea Utara............

assalamualaikumwarahmatullah.............

2 3 hari ni hati SM tergerak mengikuti perkembangan persidangan negara ASEAN dan Korea Selatan yang diadakan di sebuah pulau peranginan terkenal di Korea Selatan iaitu Pulau Jeju..pulau yang cantik dan indah..panorama memikat hati...saujana mata memandang.Ingat SM Korea ni hanya ada Filem n Dramanya yang popular....teringat member2 um yang syok dengan filem dan drama korea ni.....

Alhamdulilah PM kita banyak membuat perbincangan dua hala dengan negara-negara lain bagi membincangkan peluang pelaburan dan aspek2 yang boleh dijalinkan kerjasama diantara 2 negara.Hasil daripada perbincangan ASEAN+ Korea Selatan di pulau jeju ni,terciptalah "peryataan Korea" yang menitikberatkan hubungan kerjasama mengenai aspek keselamatan,,kestabilan politik,ekonomi,kebudayaan dan perjanjian perdagangan bebas FTA.

Sm bukanla mahu bercerita mengenai ASEAN+KOrea ni,tapi mahu menceritakan keberanian Korea Utara.Negara komunis ni yang berkeras dengan AS dan Korea Selatan mengenai pembangunan senjata nuklearnya.Ketika persidangan berlangsung di korea,korea utara dengan beraninya melancarkan ujian senjata nuklear bawah tanahnya yang dirasai oleh delegasi2 persidangan.Namun begitu,persidangan terkawal dengan dipantau oleh pegawai2 keselamatan korea juga dibantu oleh 200 komando korea.Selain itu,korea turut melancarkan ujian peluru berpandu darat jarak dekat ke arah utara,sedangkan persidangan berlangsung di arah selatan..mungkin korea utara mengambil risiko yang paling rendah dengan tidak mengala ujian itu kearah selatan..

SM berpendapat kita ada negara islam yang mempunyai kekuatan seperti korea utara iaitu iran.Presiden Mahmuod amat berani dan tetap dengan pendiriannya,sehingga memberi pernyataan iran akan serang israel jika perlu.Iran harus berani menunjukkan kekuatan mereka seperti yang dilakukan korea utara,sekurang2 nya bagi peringatan kepada israel mengenai kekuatan yang mereka ada.Serangan mulut dan psikologi sahaja tidak cukup untuk bangsa jahat durjana seperti mereka.Iran akan lagi kuat jika mendapat sokongan negara islam dan arab yang lain,dimana kekuatan itu boleh dijana dengan baik untuk menghapuskan israel..

p/s SM:Korea utara memang keras kepala,presiden mereka boleh tipu pemimpin dunia yang lain untuk tidak hadir perbincangan mengenai pembangunan nuklear mereka dengan alasan,presiden itu sakit.......kuang3x....

Saturday, April 11, 2009

aslmkum.....tenaga menteri muda di kerah.......


Melihat senario peralihan kuasa dalam pucuk pimpinan negara dan UMNO sememangnya ia dramatik dan macam filem hindustanlah pulakkan...mcm2 hal berlaku yang rasuah2,yg tak puas hati pun ramai...namun ia aman daripada kelam-kabut ketika situasi peralihan berlaku.Ramai yang mengatakan teori RAHMAN sudak terbukti dan lepas ini ke mana arah tuju DAto Seri nak bawa negara ini,adakah lnih tertumpu kepada EKONOMI semata-mata.@ bawa kembali sinar islam ke dalam acuan pemerintahannya.Permulaan yang baik dengan membebaskan 13 tahanan dari "neraka dunia" di Kamunting dan penarikan balik penggantungan akhbar harakah.Apa kata lepas ini Dato Seri ambil pendekatan yang lagi berani dengan meminda akta penerbitan dan media cetak 1984 supaya ia lebih adil dan tidak bias kepada sesuatu pihak dan mengapa tidak akta keselamatan dalam negeri dipinda supaya lebih adil kalau betul ia masih diperlukan negara dan mengapa tidak ia dikuburkan kalau ia tidak mempunyai apa2 kepentingan?????apa2 pun tahniah kepada Dato seri...

Negara agak terkejut dengan kabinet baru acuan Dato seri dengan membawa masuk ramai menteri-menteri muda yang lebih kurang seangkatan umurnya dengan menteri keselamatan dlam negeri yang baru iaitu Dato seri Hisyamuddin Tun Hussein...yang begitu lama di dlam kabinet pada umur yang masih muda...ini bermakna tenaga mereka akan dikerah semahu-mahunya oleh Dato Seri supaya bekerja lebih efektif demi menjamin kelangsungan kecemerlangan negara.

Tidak lupa Dato Mukhriz Tun Dr Mahathir,anak mantan perdana menteri ini mendapat tempat dalam kabinet baru dengan memegang portfolio kementerian perdagangan dan industri sebagai timbalan menteri.Fokus beliau akan mengkaji semula permit AP yang menjadi kontroversi ketika di bawah Menteri yang lama.

Ahli parlimen Batu Pahat,Dr Puad Zarkasyi dilantik sebagai timbalan Menteri Pelajaran.Bagi saya dari segi positifnya,pemiihan DR Puad sebagai pemilihan yang tepat kerana Mp seorang ni tidak perah kering idea ketika bersidang,ada saja cadangan yang diberikan oleh beliau.Semoga sistem pelajaran di negara ini melakukan transformasi yang lebih drastik dengan mendapat sentuhan DR....DR Puad mintak tolong kaji balik perlaksanaan PPSMI...hehheh..boleh x?..tunggu......

Tidak lupa juga ahli parlimen Muar (org johor lagi)...Datuk Razali Ibrahim...dengar beliau ckap mesti terpegun,ada gayalah orang ckap...memegang portfolio kementerian Belia dan Sukan sebagai timbalan menteri bersama Dato Syabery sebagai menteri....moga ada program yang lebih bermanfaat dan ilmiah untk para remaja dan belia di negara ini pada masa akan datang...

Tahniah juga kepada Mej Jen (B) Jamil Khir Baharom dilantik sebagai menteri di jabatan perdana menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama islam.Seorang pegawai kagat yang begitu lama dalam tentera dan pengalamannya diperlukan di dalam kabinet Dato Seri..........semoga diri lebih tawaddu' dan rendah diri ketika menjawat jawatan ini..aminnnnn

apa2 pun tahniah kepada yang dilantik,semoga memikul amanah ini dengan lebih baik dan jujur...dan kepada yang tersinkir ADOLA YANG TAK KONO TU...LU PIKIRLAH SENDIRI..jgn slhkan orang lain.....

p/s anak nogori:sajo nak bg penghargaan kek dorg ni,jgn slah paham plak...hehehheheh

Saturday, February 28, 2009

sedikit ra'y tentang tutorial minggu lepas....etika peperangan......

assalamualaikumwarahmatullah.....

Tutorial minggu lepas ada kumpulan muslimat yang membentangkan mengenai kaedah atau etika peperangan dalam islam.....

selepas pembentangan,ada soalan daripada seorang muslimin yang berbunyi "bagaimana dalam perang kontemporari ini,penggunaan senjata-senjata canggih dan moden seperti peluru berpandu dan roket yang mempunyai jarak tembakan yang tepat secara tidak langsung boleh mengenai kanak-kanak,wanita dan warga tua?jadi,mcmmana kedudukan hukum bagi masalah ini.....

merujuk kepada kitab fiqh kifayatul muhtadi ada menyatakan di dalam bab peperangan bahawa didalam sesuatu peperangan islam menganjurkan bahawa penggunaan senjata mestilah mestila sama dan setaraf dengan senjata yang digunakan oleh pihak musuh.Dengan ini secara tidak langsung islam membenarkan perkara itu,ini kerana di zaman kontemporari ini,musuh islam sering memulakan serangan kepada dunia islam,jarang sekali islam memulakannya...penggunaan senjata moden dan canggih oleh pihak musuh islam,oleh itu penerangan dalam kitab kifayatul muhtadi menjadi jawapan serta rujukannya...

mengenai hukum haram membunuh wanita,kanak-kanak,dan orang tua yang menjadi etika peperangan dalam islam.Dalam persoalan di atas,merujuk kepada kaedah fiqh iaitu "dharurat tabiihul makhturrat" yang bermaksud "darurat menghapuskan perkara yang terlarang".Dengan itu para ulama usul fiqh mengatakan boleh menjadikannya sebagai hujah untuk membenarkan perkaara diatas.

Di dalam ilmu usul fiqh juga iaitu dalam bab sebab-sebab rukhsah terdapat satu sebab yang dipanggil dengan "almasyaqqah wa umum al-balwa" yang bermaksud kesukaran umum yang tidak dapat dielakkan.Kita melihat konteks diatas,jika kawasan yang ditarget oleh tentera islam itu terdapat musuh-musuh islam juga terdapat disitu wanita,kanak-kanak dan orang tua,mka kaedah ini mnjadi rujukan utama untuk melakukan serang seperti itu.

Menurut Imam Alghazali di dalm kitab masyhurnya iaitu almustasyfa mengatakan bahawa dibenarkan membunuh benteg kanank-kanak dan wanita ketika perang jika perkara itu tidak dapat dielakkan adn sukar.fiqh perang ini sentiasa berubah mengikut masa dan teknologi perang mengikut para mujtahid setipa masa.Kaedah fiqh juga ada menyatakan "sesuatu hukum itu berubah mengikut masa dan zaman".........sekadar pandangan dari seorang dhua'fa....wallahua'lam...

Tuesday, February 10, 2009

Perak:Siapa sebenarnya yang tiada maruah??

assalamulaikum....

Seminggu selepas demonstrasi kebenaran oleh rakyat di hadapan istana kinta macam2 spekulasi timbul,kuasa sultan jadi persoalan dan dipertikai ramai pihak,kredibiliti MB baru zamri ni diragui dan kemarahan rakyat yang semakin membuak2.Persoalan pemimpin kita yang langsung tiada maruah dan malu,rakyat dah buktikan masa PRU dulu bahawa buat masa ni rakyat x perlukan mereka,mereka akui benda ni semua tapi mungkin wujud kepentingan lain di perak sepertimana yang berlaku di kelantan....(mana pergi awang adek ha,lama xdgr cerita).......maruah tercalar kot...apa2 pun doakn kebaikan untuknya.....

Mengenai bekas dua adun n exco perak ni (behrang dan cangkat jering) apa kelas mereka sebagai pemimpin rakyat,sehingga perjuangan yang langsung tidak tetap,sehingga seolah2 tiada maruah mudah dipergunakan orang2 besar dalam (tuttttttttttttttttttttttttt) lidah kelu tuk sebut geng2 ni.Sebagai bekas peneraju kebenaran sepatutnya hati dan kalbu mereka tetap berada di jaan yang benar sekalipun di depan ad BMW,CAMRY dan duit berjuta2,Sepatutnya iman tidak goyah jka motif perjuangan dan kebajikan rakyat diletakkan sebagai autoriti bagi mereka.

Dato Seri Nizar dan saf2 kepimpinannya yang masih setia memegang panji2 kebenaran (lawan dato jgn x lwn,kami sentiasa bersama dato seri),tenang hadapi segalanya,ia ujian kepadannya daripada Allah,mereka rampas kerajaan kita dengan taktik kotor,jijik dan meloyakan dengan tangan-tangan yang bakal jadi bahan bakar di neraka itu,tiada alasan keburukan pentadiran pakatan rakyat yang diwar2 kan,selebihnya kita tahu bahawa ada motif lain yang begitu menguntungkan mereka yang wujud di perak.

Politik mereka sentiasa kotor dan menjijikan,dengan itu istilah "maruah" langsung tiada dalam diri mereka,hanya tahu cari kekayaan,kemewahan dan lain2.Sepatutnya kekeruhan dalam umno menjadi agenda utama mereka bukannya menambah kemarahan rakyat,memangla mereka ini buat sesuatu x pernah nk guna otak untuk pikir dulu apa implikasinya.Politik wang makin berleluasa dalm umno tu pun mereka x nampak,media2 dah naik meluat tulis tentang politik wang yang wujud dlam kumpulan dorang ni,letih pun ad,sebab xsudah2,masing-masing ssibuk melobi2 xsedar mereka juga main rasuah,last2 SPRM kena overtime plak kerana mereka.

Kesudahannya,memang tiada kesudahan taktik dan strategi politik akan berkampung dalam pemikiran mereka,apa saja jalan yang boleh untugkan mereka,mereka akan laksanakan,mereka ni apa pedulik dosa pahala,asalkan dapat,cukup da.Sepatutnya Allah bagi sesuatu yang boleh sedarkan mereka ini.Kenapa semua ini berlaku,sebab mereka tiada maruah atau malu,jika ada tidak sepatutnya mereka melakukan semua ini,mereka nafiakn kuasa rakyat,mereka pengaruhi institusi sultan dan raja2 melayu...apa2 pun sama2 kita doakan kesejahteraan tanah air yag tercinta ini...sekian jumpa lagi..assalamualaikumwarahmatullah....

Sunday, February 8, 2009

lama dah x bersua.......

aslmkumwarahmatullah......

apa khabar rakan2 sekalian...harap semua dalam keadaan sihat dan sentiasa di bawah lindungan rahmat dan keberkatan Allah taala.Setelah ahmpir sebulan sibuk dengan projek Operasi Khidmat Masyarakat 09 Persatuan Mahasiswa N9 (PErmanis) dan alhamdulilah program itu selesai dengan jayanya.InsyAllah Kem MOtivasi Anak Wawasan (kemas 09) PERMANIS akan mengambil tempat selepas OPKIM ini.

Lepas cuti seminggu sekali dengan tahun baru cina,azam dihati nak tumpu pada asingment,alhamdulilah ada yang dah siap.Siap satu, laptop pulak buat masalah tak boleh buka,kenala simpan dulu dalam beg,duduk dalam almari diam2,sebab kalau nak betulkan pinjaman sem ni dah kena tolak wpp dulu 1500.

Pandangan seluruh rakyat Malaysia seminggu ini beralih ke Negeri Perak yang penuh dengan kontroversi.bermula dengan lompat parti,pembubaran DUN,perlantikkan menteri besar yang baru,sehinggalah demonstrasi menegakkan kebenaran di luar istana kinta,diwaktu DR zambri ngah cover macho nak angkat sumpah jadi MB baru Perak sekejap lagi.

kenapa x nk buat pilihanraya kalau betul DUN sudah dibubarkan,itukan prosedurnya?????sebab ,mereka takut kalau dibuat pilihanraya konfirm mereka akan kalah lagi teruk sebenarnya.Kontroversi mereka yang timbulkan mereka main kotor nak rampas balik perak,rakyat kita bijak buat penilaian siapa sebenarnya petualang disebalik semua ini.

Rakyat kita di perak khususnya begitu marah sekali sehingga sanggup berperang dengan geng2 topi merah (bukan bomba la) fru!!!!!,kon melayang kerusi melayang.Mereka berani blok kereta rasmi tuanku muda sultan nak masuk ke istana,dulu ada sultan pukul orang sampai mati,xde pun yang seberani cmni....sebenarnya mereka marah,sebab mereka yang pilih pemimpin sebelum ini,kenapa kuasa mereka dinafikan,rakyat terasa sangat mereka macam bodoh x pandai pilih pemimpin,tapi itu pilihan mereka,awak apa pedulik,orang xsuka bla la jauh2,dok nyibuk wat pe kat sini.

Hati pernah terdetik kenapa x dibuat referendum atau pungutan suara di kalangan rakyat????mcm kita pernah buat sebelum merdeka dulu,Tapi terdetik hati sekali lagi,kalau buatpun ada unsur rasuah,korupsi,ugut-mengugut,lebih baik x payah buat,sebab buatla apa cara sekalipun yang namapak pada mata rakyat "adil" tetapi ia tetap khianat dan menimbulkan perasaan benci yang begitu menebal di kalangan rakyat....moga ada sinar kebenaran di sebaliknya,,jaa'ul haqq wa zahaqa batil...

sekian jumpa lagi di lain lembaran......lu pikirla sendiri...aslmkumwarahmatullah....

Friday, January 2, 2009

satu pembongkaran.........

assalamualaikumwarahmatullah....harap semua sihat serta sentiasa berada di bawah limbungan rahmatnya..insyAllah..

semalam seperti biasa,saya dan beberapa rakan yg lain menghadiri kuliah ilmu selepas maghrib di masjid Arrahman.penceramah malam tadi megikut jadual adalah ustaz azhar yaakub.di fahamkan beliau akan akan memberi kuliah tentang syarah hadis,tetapi beliau malam tdi memilih tajuk isu palestin sebagai tajuk kuliah.beliau mengingatkan para jemaah beliau akan tamat kuliah ini pada jam 8.15 malam kerana beliau ada jemputan sebagai pemidato oleh kerajaan negeri selangor dalam program mengumpulkan dana untuk saudara islam kita di palestin di shah alam .selain beliau ad 2 pemidato lain iaitu MP shah alam Sdr khalid samad dan Dr hafizi.

beliau menyatakan palestin dikelilingi oleh negara2 arab yang kaya raya dan difahamkan di timur tengah hampir menempatkan 200 juta umat islam di sana.kitajangan sering bercakap yahudi zionis jahat,itu standard perkara biasa kerana tiada dalam rekod bangsa lahanat ini baik.kita tengok nabi yunus,nabi zakaria dibunuh olah bangsa yahudi ini,dan jugamengikut aqidah orang kristian nabi isa juga dibunh oleh bangsa yahudi,oleh itu tidak pernah tercatat dalam sejarah bangsa ini menjadi baik...bertambah bangsat adala...(yg ni sy tambah)

sebenarnya dalam isu palestin ini terdapat lagi satu golongan yang lebih kejam dam zalim daripada yahudi.kalian tahu siapa.tak lain tak bukan pemimpin2 arab yg sengaja membisukan mulut,memekakan telinga dan melumpuhkan akal mereka mengenai isu bumat islam di palestin ini.mereka hanya tahu mengadakan sidang media mengutuk serangan israel itu,padahal kutuk mengutuk ini adalah kaedah yang digunakan oleh rakyat biasa yang sensitif tentang isu ini,sedangkan pemimpin2 arab mempunyai kekutan ketenteraan,kuasa,kekayaan ,ekonomi,tetapi bacul pengecut penakut dengan AS dan israel Laknatullah....

mengambil satu contoh waris kerajaan arab saudi iaitu putera alwalid dimana ketika beliau menutup akaun akhir tahunnya beliau mendapati mempuyai defisit sebnyak 7 bilion usd amerika.apabila ditanya oleh wartawan the times beliau dengan selamber kambing menjawab saya tidak hairan dengan krugian 7 bilion sedangkan dalm simpanan peribadi saya ada 60 bilion usd amerika..jeng...jeng..jeng....tpi x sikitpun terdetik dihati mengenai keadaan umat islam di
palestin....Allahuakbar..dikhabarkan putera alwalid telah membeli kapal terbang airbus 360 dengan bahagian bawah dan atas telah diubahsuai menjadi istana.

lain pula ceritanya di mesir dimana umat islam palestin dtg ke sempadan mesir bukan untuk minta suaka politik,bukan minta untuk buat penempatan tetapi hanya untuk mengambl beberapa keping roti bagi memberi mereka tenaga bagi menghidupkan sedikit kekuatan kepada mereka menetang yahudi zionis dalam kedaaan mereka dipotong bekalan elektrik,dipotong bekalan ait,tiada makanan untuk dimakan...tetapi apa tindakan hosni mubarak PM mesir ini beliau memberi arahan kepda tentera mesir jangan bantu walau seorang pun orang islam palestin..Allahuakbar...bangsa apakah pemimpin ini,dari buluh betung manakah timbulnya...

semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada pemimpin2 liga arab inibagi membuka hati mereka bersatu membantu umat islam di palestin dan kami mhon ya allah kau tolong istiqamahkan saudara2 kami disana dalam meneruskan jihad mereka dan kau tolonglah mereka ya Allah dalam perjuangan jihadmereka ini ya Allah...amin ya rabbal a'lamin...

seelum mengakhiri kuliahya ustaz azhar memebrikan 3 kaedah bagaimana kita boleh membantu saudara islam kita disana...
1-meniru indonesia yang membuka kaunter jihad ke palestin dan pemergian mereka kesana disupport oleh kerajaan.kalau malaysia hariini daftar..petang diisytihar terrorist,,,malam...berhijrah ke kamunting...kna ISA...
2-infak kewangan kita kepada mereka......
3-kirimkan sekuntum doa kemenangan islam kepada mereka.....

sekian...wallahua'lam.....