demokrasi ala Malaysia...apa saja boleh kalau kena dengan matlamat politik haram mereka...
Sunday, October 11, 2009
manhaj hidup...
assalamualaikumwarahmatullah......selamat hari raya maaf segala salah silap daripada SM......
Merungkai satu peribahasa arab yang berbunyi "dalam jasad manusia terdapat satu hati,dan hati itu sifatnya suka berbolak-balik"..jadi tidak hairanlah,jika manusia itu sifatnya dan fitrahnya "susah nk tetap pendirian",,kejap suka yang itu,kejap suka yang ini.....iman dan taqwa neracanya...akal pemandunya samada baik atau jahat......
Para sahabat dan ulama-ulama yang terlebih dahulu pada kita sering mempersoalkan manhaj hidup yang harus diikuti bagi memastikan hdup yang hanya pinjaman daripada yang maha esa ini sentiasa terdidik ke arah kebaikan dan menuju redha Allah....Kita tahu para rasul dan sahabat mempunyai ujian dan kepayahan hidup yang begitu mencabar ketika di zaman awal islam mula disebarkan...mengingati jerih payah dan sakit bilal ketika dijemur dan diseksa ditengah padang pasir,menginsafi keutuhan akidah sumayyah dan keluarganya..hati begitu mendapat suntikan motivasi yang baru bagi membentuk manhaj hidup yang baik dan sempurna serta sentiasa berada di dalam redha Allah...
Semestinya manhaj hidup kita berbeza pada hari,bukanlah bermakna kita ada risalah baru yang perlu diikut,pedomannya masih sama iaitu al-quran dan assunnah,cuma diri ini perlu membentuk satu sistem hidup ataupun yang SM sebut sebagai manhaj ketika ini perlu dibentuk.Mukmin yang baik dan berjaya adalah mukmin yang mampu membentuk kehidupannya menjadi menjadi lebih teratur dan sentiasa menyeimbangkan neraca dunia dan akhiratnya.Dengan melihat kehidupan pada hari ini yang begitu takut sekali untuk ditempuh,manhaj yang dibentuk dan ditanam dalam diri harus kuat menghadapi semua ini,barulah selamat di dunia dan di akhirat.Suasananya berbeza,keadaan yang sungguh lain pada zaman Rasulullah,tetapi kecekalan Rasulullah itu mampun membentuk produk akidah yang baik,kita lihat abu bakar assiddiq,mus'ab umair,abdullah rawahah,handzalah,bilal bin rabah dan ramai lagi yang cukup memeningkan pembesar quraisy pada masa itu..padahal memang mereka ini dungu..
Marilah sama2 kita membentuk manhaj hidup yang sempurna dan ditunjangi oleh akidah yang haq..bagi membentuk kekuatan diri dengan menempuh segala rintangan yang ada....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment