Program penjajahan minda dan budaya adalah satu proses yang telah lama dilaksanakan oleh barat terhadap umat islam di seluruh dunia.Oleh itu,tidak hairanlah umat islam pada hari ini begitu terpesong daripada landasan ketimuran dan budaya sopan santun yang sekian lama kita miliki.Semuanya bermula dengan penjajahan pemikiran daripada barat melalui gerakan mansonry mereka selain dibantu dan disokong kuat oleh gerakan kristianisasi.Semuanya bermula apabila raja philips bertitah dengan membawa maksud umat islam pada hari ini adalah umat yang tidak boleh ditewaskan dengan senjata,tetapi boleh ditewaskan dengan menjajah pemikiran mereka dengan anasir barat yang jahat dan terpesong dari budaya ketimuran.
program2 pemikiran seperti kapitalisme,humanisme,sosialisme dan ideologi2 isme yang lain adalah satu program yang mempunyai strategi yang tepat dan ampuh untuk mempengaruhi umat islam diseluruh dunia.Nampaknya isme kapitalisme begitu mandapat tempat apabila sistem ini lebih menjurus kepada persoalan ekonomi dan sistem ini telah sebati dan diterimapakai diseluruh dunia sekalipun ia bersifat menindas.Gerakan orientalisme juga semakin rancak melancarkan serangan pemikiran melalui faktor agama yang boleh mengelirukan umat islam yang kurang pengetahuan agama.
Di Malaysia,ghuzwatul fikr cukup meluas dan dasyat.Berbagai-bagai fahaman sesat lagi menyesatkan.Apa yang lebih parah fenomena ini telah mampu menggoncang akidah umat islam yang ada dinegara ini.fahaman2 seperti liberalisme,pluralisme,sekularisme,dualisme dan berbagai-bagai lagi.Apa yang peliknya fahaman2 seperti ini,dipelopori sendiri oleh orang islam.Nau'uzubillah.....Fahaman2 ini yang mempromosikan fahaman bebas,semua agama sama iaitu membawa kebaikan,persamaan hak antara lelaki dan perempuan semuanya itu adalah yang bertentangan dengan islam,secara automatiknya ia tertolak kerana,islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya.Kita melihat fahaman sister in islam,yang nyata sesat dan tolol,tetapi kita lihat begitu ramai pengikutnya,ada juga terdiri daripada yang bijak pandai.Tetapi mengapa ini berlaku.ini kerana mereka ini adalah golongan yang tuli agama dan mengikut sesuatu itu tanpa hujah dan semborono sahaja.....
p/s SM;sepatutnya fahaman yang bermotifkan ghuzwatul fikr ini harus disekat dan ditentang habis-habisan kerana ia boleh mnyesatkan umat islam di negara ini.Serangan mereka menuju kpd akidah dan kepercayaaan,sedangkan nilai akidah pada pandangan islam begitu tinggi dan tidak boleh diganggu gugat.
teringat pesanan samuel hutington dalam satu bukunya yg ditulis pada 1997,"pada era zaman abad ke-21 ini,tamadun barat akan tewas kepada kebangkitan tamadun islam,dan seharusnya satu strategi ampuh perlu dibuat daripada sekarang bagi menghalang semua ini"
buktinya;afghanistan yang mempunyai jemaah taliban yang kuat dihapussifarkan' oleh pakatan barat,iraq yang mempunyai kekuatan sunni dan arwah saddam diserang sehingga musnah.dan palestin yang sehingga entry ini ditulis masih lagi berperang menentang yahudi israel.......
dan pesanan terakhir samuel ialah hari ini kita menyerang dengan menggunakan wasilah dengan apa yg disebut sebagai "GLOBALISASI'......RENUNG2 KAN..FIKIR2 KAN.....
No comments:
Post a Comment