KUALA LUMPUR 15 Okt -- Perhimpunan Agung Khas Umno hari ini mengubah kaedah pemilihan bagi jawatan parti supaya terbuka dan tanpa kuota dalam usaha membanteras politik wang dan menjadikan Umno parti Melayu yang mampu menjuarai nasib seluruh rakyat.
Perhimpunan agung khas, yang bermula sejak pukul 12.20 tengah hari berakhir sejam kemudian, dengan meluluskan sebulat suara tujuh pindaan Perlembagaan parti yang dibentangkan Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Hanya empat perwakilan bangun untuk membahaskan pindaan mengenai cadangan yuran keahlian seumur sebanyak RM2.
Pindaan perlembagaan itu berlaku enam bulan selepas Datuk Seri Najib Tun Razak memimpin Umno dengan azam menjadikan parti itu lebih telus, inklusif dan demokratik.
Pindaan pertama diluluskan ialah meningkatkan bilangan perwakilan yang akan memilih pucuk pimpinan tertinggi parti dan di peringkat bahagian daripada 2,500 perwakilan sekarang kepada 146,500 perwakilan.
Ini mengambil kira purata 500 perwakilan bagi setiap 191 bahagian iaitu 95,500 ditambah dengan 51,000 perwakilan, meliputi tiga ketua sayap di 17,000 cawangan di seluruh negara, kata Hishammuddin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Umno.
"Langkah ini akan memberi pengiktirafan kepada suara dan peranan ketua pergerakan sayap-sayap cawangan dan perwakilan di peringkat bahagian untuk terlibat dalam pemilihan pemimpin tertinggi," kata Naib Presiden Umno itu.
Pindaan kedua melibatkan penghapusan sistem kuota bagi menjadikan Umno lebih demokratik dan membuka ruang seluas-luasnya kepada ahli bertanding, kata Hishammuddin.
Syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan MT ialah perlu mendaftarkan diri dan pernah memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi atau AJK Bahagian selama satu penggal.
Bagi anggota Umno yang ingin bertanding untuk AJK bahagian perlu menjadi ahli selama tiga tahun.
Komentar SM:
-Perlembagaan umno yang lama dan telahpun bertahan sekian lama tahunnya sememangnya sudah tidak relevan,lebih-lebih lagi dengan sistem kuota yang lebih menguntungkan seseorang daripada keuntungan parti,sedangkan UMNO adalah milik bersama dan setiap ahli bertanggungjawab terhadapnya.Sebagai Parti yang dominan di Malaysia,semestinya umno lebih berada dalam keadaan kondusif dan selesa serta jauh daripada masalah dalaman & luaran parti kerana masalah umno sering menjadi perhatian rakyat.
-Menyentuh pula mengenai masalah politik wang dan rasuah di dalam umno.Sememangnya ia merupakan barah yang begitu lama di dalam parti.Mustahil ia boleh dibenteras dengan serta merta.Perlembagaan yang baru dilihat agak kurang "keras" di dalam masalah ini.Mentaliti orang-orang penting dalam umno seharusnya lebih terbuka dan tidak terlalu sempit dengan hanya dengan duit dan korup kita akan memperolehi kuasa.Melihat perhimpunan agung umno yang baru-baru ini,menurut Pengerusi lembaga disiplin umno iaitu tengku mohd Rithauddin,sebenarnya banyak lagi kes-kes yang berkaitan masalah politik wang dan sukar untuk dikemukakan kehadapan.Pemimpin2 umno seharusnya lebih mengutamakan sikap diri yang baik serta membantuk rekod yag baik dan cemerlang,dan mereka menang dalam parti dengan faktor ini.
-Dalam perlembagaan yang baru juga,dilihat wakil perwakilan dalm perhimpunan agung umno juga ditambah.SM memuji tindakan ini,namaknya umno telah memerlukan langkah dengan turun ke peringkat akar umbi,bagi melihat pendapat dan kemahuan mereka tentan parti.Pemimpin umno harus sedar mereka berkuasa dan bertakhta dengan undi mereka di peringkat akar umbi.kepercayaan mereka harus dijaga dan dibela agar kesetiaan mereka terhadap parti terus malar,tapi kalau da meluat tu,jom ramai2 join PAS..kembali ke quran dan sunnah....
No comments:
Post a Comment