Friday, July 31, 2009

intisari "bidayatul hidayah"......

"Bidayatul hidayah" adalah sebuah kitab yang dikarang oleh hujjatulislam imam alghazali yg lebih banyak membicarakan mengenai persoalan adab di dalam kitab ini.Kitab ini telah diterjemahkan oleh seorang ulama terkenal di nusantara iaitu oleh syeikh Abd Samad Al-falimbani,dan sekarang ia dipermudahkan terjemahannya di dalam bahasa kita oleh Syeikh Fahmi Zamzam Almakki iaitu seorang ulama muda yang berasal dari kedah yang juga seperguruan dengan syeikh Nuruddin Marbu Albanjari Almakki.....Alhamdulilah ia adalah satu usaha yang baik lg murni dalam memberi mudah faham kepada golongan2 awam seperti kita ini..

SM tertarik dengan intisari awal kitab ini yang banyak mensyarahkan mengenai ilmu.Hujjatulislam telah mengkategorikan golongan yang menuntut ilmu kepada 3 kategori iaitu:....

1)Golongan yang menuntut ilmu.tidak lain dalam hatinya hanyalah untuk memohon keredhaan Allah.Ilmu yang diperolehi akan terus dijadikan amalan seharian,dimana dengan ilmu ini ia akan menghasilkan buah-buah iman dan taqwa serta menjadi semaian dan bekalan di dunia ketika dalam proses di "isra'kan oleh Allah negeri Asbab (dunia) menuju ke negeri akhirat

2)Golongan yang kedua ialah golongan yang mencari ilmu,akan tetapi seribu kali sayang ilmu yang dicari hanya untuk mencari kekayaan didunia ini.ilmu yang bertimbun2 meraka ada hanyalah digunakan oleh mencari kekayaan didunia serta mencari pujian juga mencari pangkat gelaran daripada manusia lain.Golongan ini banyak sekali di malaysia seperti separuh2 ulama di sini,"kalau ad 2000 smpi,xde mtak maap,golongan ini bukan golongan ulama tetapi golongan "ular tamak"",ayat ini SM pinjam daripada seorang pemandu teksi di tampin,SM pernah tumpang teksi pk cik ni mse zaman sekolah2 dulu.....Tetapi golongan seperti ini masih lagi diberi pintu hidayah oleh Allah,masih lg diberi oleh Allah kesempatan untuk sedar diri dan bertaubat di atas kesalahan dan penyelewengan yang telah dilakukan...

3)Golongan yang ketiga ialah golongan yang sama situasinya dengan golongan yang kedua tetapi golongan ini tidak diberi kesempatan oleh Allah untuk bertaubat.wa nauzubillah....golongan ketiga ini iaitu golongan ulama su'.....dalam satu hadis nabi,nabi bersabda "ada satu golongan yang merisaukan aku diakhir zaman ini selain dajjal.Para sahabat bertanya siapa ya Rasulullah,jawab Rasulullah iaitu golongan Ulama Su'....."hadis riwayat bukhari dan muslim....

semoga kita berada di golongan yang pertama serta sentiasa berada di dalam lindungan rahmat juga inayahnya....sekian di waktu ini....

No comments: