demokrasi ala Malaysia...apa saja boleh kalau kena dengan matlamat politik haram mereka...
Thursday, August 27, 2009
Dato Seri Idris Jala naik menteri....
satu perkembangan dalam kuasa eksekutif negara berlaku semalam dengan harapan ia menjadi harapan perubahan kepada rakyat......
CEO malaysia airlines system (MAS) iaitu Dato Seri Idris Jala dilantik oleh perdana menteri Dato Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai menteri yang tanpa portfolio di jabatan perdana menteri.Dato seri akan akan menjadi ketua eksekutif unit penyampaian dan pengurusan prestasi (pemandu).Ia adalah satu badan yang baru bagi mengawal selia konsep indeks prestasi utama (kpi) dan indeks keberhasilan utama (nkra) yabg menjadi fokus utama kuasa eksekutif negara ketika ini.
Dato seri terkenal dengan kepimpinan bisnesnya dengan membawa MAS yang diambang kerugian kepada lonjakan keuntungan dengan hanya beberapa tahun.Oleh sebab itu,kontraknya dengan MAS disambung kepada 3 tahun, dan selama itulah MAS berjaya dibawah pimpinan beliau.Beliau juga adalah bekas graduan Universiti Sains Malaysia dan Warwick Universiti.
Dengan memegang badan ini Dato Seri akan membantu Tan Sri Dr Koh Tsu kun sebagai Menteri Utama yang berfungsi sebagai kabinet yang mengawal KPI dan NKRA ini.
Diharap dengan kehadiran Dato Seri prestasi badan eksekuti negara daripada peringkat menteri sehinggalah kepada peringkat staff sokongan akan dapat menunjukkan prestasi yang baik meningkatkan prestasi dan kecermalangan dan bekerja dengan ikhlas dan amanah untuk bangsa,agama dan negara.....
SM mengucapkan tahniah kepada dato seri Idris Jala dan diharapkan Dato Seri menggunakan segala pegalamannya ketika berada di dlam shell dan MAS untuk membantu pentadbiran negara.........
rujukan daripada berita harian...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment