Saturday, February 28, 2009

sedikit ra'y tentang tutorial minggu lepas....etika peperangan......

assalamualaikumwarahmatullah.....

Tutorial minggu lepas ada kumpulan muslimat yang membentangkan mengenai kaedah atau etika peperangan dalam islam.....

selepas pembentangan,ada soalan daripada seorang muslimin yang berbunyi "bagaimana dalam perang kontemporari ini,penggunaan senjata-senjata canggih dan moden seperti peluru berpandu dan roket yang mempunyai jarak tembakan yang tepat secara tidak langsung boleh mengenai kanak-kanak,wanita dan warga tua?jadi,mcmmana kedudukan hukum bagi masalah ini.....

merujuk kepada kitab fiqh kifayatul muhtadi ada menyatakan di dalam bab peperangan bahawa didalam sesuatu peperangan islam menganjurkan bahawa penggunaan senjata mestilah mestila sama dan setaraf dengan senjata yang digunakan oleh pihak musuh.Dengan ini secara tidak langsung islam membenarkan perkara itu,ini kerana di zaman kontemporari ini,musuh islam sering memulakan serangan kepada dunia islam,jarang sekali islam memulakannya...penggunaan senjata moden dan canggih oleh pihak musuh islam,oleh itu penerangan dalam kitab kifayatul muhtadi menjadi jawapan serta rujukannya...

mengenai hukum haram membunuh wanita,kanak-kanak,dan orang tua yang menjadi etika peperangan dalam islam.Dalam persoalan di atas,merujuk kepada kaedah fiqh iaitu "dharurat tabiihul makhturrat" yang bermaksud "darurat menghapuskan perkara yang terlarang".Dengan itu para ulama usul fiqh mengatakan boleh menjadikannya sebagai hujah untuk membenarkan perkaara diatas.

Di dalam ilmu usul fiqh juga iaitu dalam bab sebab-sebab rukhsah terdapat satu sebab yang dipanggil dengan "almasyaqqah wa umum al-balwa" yang bermaksud kesukaran umum yang tidak dapat dielakkan.Kita melihat konteks diatas,jika kawasan yang ditarget oleh tentera islam itu terdapat musuh-musuh islam juga terdapat disitu wanita,kanak-kanak dan orang tua,mka kaedah ini mnjadi rujukan utama untuk melakukan serang seperti itu.

Menurut Imam Alghazali di dalm kitab masyhurnya iaitu almustasyfa mengatakan bahawa dibenarkan membunuh benteg kanank-kanak dan wanita ketika perang jika perkara itu tidak dapat dielakkan adn sukar.fiqh perang ini sentiasa berubah mengikut masa dan teknologi perang mengikut para mujtahid setipa masa.Kaedah fiqh juga ada menyatakan "sesuatu hukum itu berubah mengikut masa dan zaman".........sekadar pandangan dari seorang dhua'fa....wallahua'lam...

No comments: