Friday, February 17, 2012

nama islam akan buruk selagi kita bersekongkol dengannya

masyarakat moderate politik di Malaysia percaya bahawa Islam dan melayu mesti bergerak seiring ke arah mengekalkan apa yang disebut sebagai "legasi politik" yang sekian lama untuk dipertahankan. Kita memang berbilang kaum di bernegara sejak sekian lama, tetapi mana mungkin tidak ada privasi tersirat untuk kepentingan kaum yang mesti dijaga utuh, sekalipun bunyi dan rasanya berbaur rasisme....

kita melihat di eropah yang dahulunya begitu rasis dengan membezakan bangsa pendatang dan warna kulit. tetapi peranan pemimpin dan ikon tertentu berjaya menghakis fahaman ini sedikit demi sedikit, jika tidak eropah mungkin tidak maju seperti sekarang kerana tidak kira warna kulit, bangsa asli atau pendatang semuanya mempunyai peranan yang sama dalam memberi sumbangan untuk negara.

penulis cuba melihat sesuatu yang jauh ke depan, menongkah arus semasa dan mencuba sesuatu gagasan baru bahawa gerakan islam di malaysia harus bergerak sendiri. Penulis tahu apa reaksi para pendokong harakah islamaih di negara ini jika gagasan sebegini cuba diketengahkan...mengapa tidak ahli mereka menyedari bahawa sekian lama parti dominan islam di malaysia sering kali terpalit "tahi" walaupun "tahi" itu jauh dan bukan sama sekali disebabkan oleh mereka.

jadi berapa lama "senario" begini harus berlangsung, sampai bila tokoh2 ikon islamis dan tkoh ank muda dalam gerakan itu harus bertahan dan hujah apa lagi yang harus mereka berikan dek setiap kali pandangan bercelaru dan menghina bangsa seagama sendiri diluahkan oleh individu "sepakatan"....seperti mahu menegakkan benang yang basah, memutarbelit fakta yang salah...adakah mereka sanggup menggadaikan prinsip,walaupun secara jelas kita lihat sudahpun tergadai...lama2 mereka pun makin berani memijak2 islam, membenam2 prinsip kita dilautan..

sekadar pandangan..ayuh sama2 kita fikirkan...wassalam..

1 comment:

muhammad fakhar muhammad nur said...

Salam,

Saya sedang menjalankan survey mengenai masjid bagi tujuan kajian penyelidikan master saya. Harap dapat meluangkan sedikit masa menjawab soalan yang di berikan.
Klik link di bawah untuk terus ke soalan. Kerjasama anda saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGhMa19JeDlpZ04xajZTVnROYVl2cWc6MQ