Generasi belia pada hari ini adalah generasi yang hilang nilai dan jauh dari agama.Akal dan hati yang dipinjamkan oleh Allah tidak digunakan untuk memanfaatkan dan melindungi diri daripada sebarang pengaruh sesat dan buruk.
Islam memandang tinggi kepada generasi belia sebagai aset penting ummah bagi melahirkan insan yang bersemangat tinggi dan bersedia berjuang untuk agama tidak kira dari aspek fizikal,mental,menuntut ilmu dan lain-lain lagi.
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud "aku berwasiat kepadamu supaya menanggapi pemuda itu sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka mempunyai jiwa yang mudah dibentuk (lembut & unik),sesungguhnya Allah telah mengutusiku dengan agama yang lurus lagi toleransi lalu aku diperkukuhkan oeh golongan muda sedangakn golongan tua memerangiku".Dari sini kita dapat lihat Rasulullah sendiri menegaskan generasi belia ini amat diperlukan oleh agama,oleh itu mereka harus dibentuk dengan disiplin yang kuat bukannya dilalaikan dengan hiburan dan budaya hidup hedonisme yang tiada berkesudahan.Modul yang menitikberatkan agama,akhlak dan disiplin harus diperbanyakkan dengan harapan mereka mampu membentuk diri dengan baik dan tahan pengaruh buruk.
jika kita mengamati sirah semula ternyata ramai sekali golongan muda dan belia terlibat dalam perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Sebut saja nama saidina Ali bin Abi talib yang melakukan pengobanan yang cukup besar pada Rasulullah khususnyanya dan islam amnya iaitu dengan menggantikan tempat tidur Rasulullah pada malam hijrah,sedangkan beliau mengetahui bahaya menantinya.Tidak lupa nama-nama seperti khalid ibn walid,Salman Alfarisi dan ramai lagi yang membantu perjuangan Rasulullah.Dan ini diakui seorang ulama kontemporari iaitu Dr Aidh Abdullah Alqarni,beliau menyatakan ramai sebenarnya golongan belia yang terlibat dan membantu perjuangan dakwah Rasulullah.
Dalam konteks sekarang ternyata ia telah terbalik sama sekali,runtuhnya moral,nisbinya nilai,hilangnya malu,rendahnya akhlak,semuanya ini melanda generasi belia pada masa kini.Dari budaya kecil seperti skinhead,punk,ghotik sehinggalah penyalahgunaan dadah,seks rambang semuanya sudah biasa bagi belia pada hari ini.Persoalannya adakah satu hari nanti kita mempunyai pemimpin yang bersikap negatif ataupun seorang penagih dadah ataupun seorang pegamal seks bebas?namun kita masih boleh bersyukur dengan adanya golongan belia prihatin dan mengambil berat masalah ini contohnya golongan belia yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi,dan mungkin ada golongan belia yang prihatin terhadap masalah ini,terima kasih dan setinggi penghargaan diucapkan pada kalian semua.
Sabda Rasulullah lagi "sesungguhnya Allah mengagumi belia atau pemuda yang tiada baginya sebarang keruntuhan moral".(riwayat Ahmad dan Abu Yu'la).Kita mengharapka para belia sudah boleh mempersiapkan diri dengan ilmu .akhlak dan agama agar generasi pewaris yang sihat dan bersih dapat dilahirkan untuk pembangunan ummah dan kepimpinan agama serta negara.
No comments:
Post a Comment