Wednesday, December 31, 2008

menuntun jiwa-ke arah memartabatkan ilmu..

assalamualaikumwarahmatullah.......

alhmdulilah kita bertemu lagi di ruangan blog mahasiswa N9 sekali lgi....ap khabar rakan2 agknya,semoga berada di dalam lindungan rahmat dan inayahnya....

terlebih dahulu sya ingin mengucapkan selamat kembali ke kampus bagi memulakan sesi semester baru yang menuntutkan banyak pengorbanan dalam menuntun diri,jiwa serta hati ke arah menyukai ilmu dan menyemainya dalam kehidupan seharian.Kata HUjjatulislam Imam Alghazali ilmu itu adalah suatu neraca yang dapat membezakan atau memisahkan antara yang hak dan batil.oleh itu dalam suasana dan senario kehidupan pada hari ini,amat menuntut kita mempersiapkan diri dengan kekuatan ilmu yang secara tidak langsung dapat memberi kekuatan kepada rohani dan akhirnya ia dapat membentengi diri daripada segala bentuk kejahatan serta kemurkaan Allah SWT..

Kegemilangan tamadun islam menjadi bukti benarnya amat penting ilmu untu dituntut di dlam kehidupan.Tanpa menafikan bahawa kedua-dua tamadun iaitu tamadun islam dan barat masing-masing mempunyai sumbangan tersendiri ke atas semua penduduk pada hari ini,walaupun pada dasarnya barat banyak "ciplak" daripada islam.gemilangnya tamadun yang dibajai dengan ilmu dan faktor-faktor lain,akan tetapi kita tidak boleh nafikan faktor ilmu menjadi faktor perdana.melihatnya megahnya "baitulhikmah" berdiri sebagai "maktabah" yang banyak mengumpulkan karya-karya dan buku-buku karangan ulama' islam yang menjadi rujukan kepada khalifah pada masa itu dalam menjalankan pemerintahan yang adil dan sejahtera.

Teringat kita dengan kerajaan saba',bumi subur dan cukup bernilai pada masa itu.mereka mempunyai kekuatan ilmu di situ,dengan itu mereka dpat menciptakan banyak ciptaan dengan ilhamnya hadir daripada yang maha esa.Namun tauhid mereka gagal untuk mengesakan Allah dan akhirnya berkubur kerajaan ini dengan bala daripada Allah.

Mga khdiran 143o hijrah ini memberi banyak kecemerlangan kepda kita dan seluruh umat islam khususny.Kita juga mengharapkan jiwa kita sentiasa kuat dlm mnuntut ilmu dan hatu diberi kekuatan dalm menempuh halangan yang sedia menanti di hadapan..

No comments: