Saturday, June 14, 2008

ujian hidup dari Allah..........

ujian hidup tanda Allah sayang pada kita..... merungkai maksud ayat Alquran yang membawa erti bahawa Allah akan menguji kehidupan kita dengan berbagai bentuk dugaan antaranya peperangan,ketakutan,kegagalan,kematian,penyakit kronik dan banyak lagi.Sesungguhnya ia tanda orang beriman dan bertaqwa,bagi yang sabar dan tabah menghadapi dugaan itu ia menambah kekuatan hidup serta mengukuhkan kualiti hidup yang sedia ada.Bagi yang mengeluh sehingga ada yang mengambil jalan singkat akan musnah dengan sendiri dan dia telah gagal menghadapi ujian daripada yang maha pencipta itu.kita lihat didalam ayat Alquran itu objektif atau maqasid syariah yang ingin disampaikan oleh Allah ialah ia sebenarnya bagi menguji sejauh mana ketaqwaan dan keimanan seorang hamba kepadanya.Buktinya kita dapat lihat bagaimana insan-insan hebat seperti junjungan besar rasulullah s.a.w begitu hebat diuji sejak dari kecil lagi.bagaimana pula dengan nasib-nasib para mujaddid,mujahid dan ulama-ulama yang disekat peranan mereka,ada yang dibunuh.tidak lupa juga ada yang dipenjarakan dan dilayan seperti binatang semasa menjalani hukuman yang kesalahannya samar sama sekali.Kita ambil contoh terdekat,seperti apa yang terjadi kepada Assyahid Hassan Al-bana,Syed Qutb dan ramai lagi.berdasarkan contoh diatas bagaimana pula kedudukan kita didepan Allah s.w.t.Hadirkanlah maghfirah dan keredhaan Allah di dalam diri kita.

generasi belia utuh agama,mulia akhlak...

Generasi belia pada hari ini adalah generasi yang hilang nilai dan jauh dari agama.Akal dan hati yang dipinjamkan oleh Allah tidak digunakan untuk memanfaatkan dan melindungi diri daripada sebarang pengaruh sesat dan buruk.
Islam memandang tinggi kepada generasi belia sebagai aset penting ummah bagi melahirkan insan yang bersemangat tinggi dan bersedia berjuang untuk agama tidak kira dari aspek fizikal,mental,menuntut ilmu dan lain-lain lagi.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud "aku berwasiat kepadamu supaya menanggapi pemuda itu sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka mempunyai jiwa yang mudah dibentuk (lembut & unik),sesungguhnya Allah telah mengutusiku dengan agama yang lurus lagi toleransi lalu aku diperkukuhkan oeh golongan muda sedangakn golongan tua memerangiku".Dari sini kita dapat lihat Rasulullah sendiri menegaskan generasi belia ini amat diperlukan oleh agama,oleh itu mereka harus dibentuk dengan disiplin yang kuat bukannya dilalaikan dengan hiburan dan budaya hidup hedonisme yang tiada berkesudahan.Modul yang menitikberatkan agama,akhlak dan disiplin harus diperbanyakkan dengan harapan mereka mampu membentuk diri dengan baik dan tahan pengaruh buruk.

jika kita mengamati sirah semula ternyata ramai sekali golongan muda dan belia terlibat dalam perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Sebut saja nama saidina Ali bin Abi talib yang melakukan pengobanan yang cukup besar pada Rasulullah khususnyanya dan islam amnya iaitu dengan menggantikan tempat tidur Rasulullah pada malam hijrah,sedangkan beliau mengetahui bahaya menantinya.Tidak lupa nama-nama seperti khalid ibn walid,Salman Alfarisi dan ramai lagi yang membantu perjuangan Rasulullah.Dan ini diakui seorang ulama kontemporari iaitu Dr Aidh Abdullah Alqarni,beliau menyatakan ramai sebenarnya golongan belia yang terlibat dan membantu perjuangan dakwah Rasulullah.

Dalam konteks sekarang ternyata ia telah terbalik sama sekali,runtuhnya moral,nisbinya nilai,hilangnya malu,rendahnya akhlak,semuanya ini melanda generasi belia pada masa kini.Dari budaya kecil seperti skinhead,punk,ghotik sehinggalah penyalahgunaan dadah,seks rambang semuanya sudah biasa bagi belia pada hari ini.Persoalannya adakah satu hari nanti kita mempunyai pemimpin yang bersikap negatif ataupun seorang penagih dadah ataupun seorang pegamal seks bebas?namun kita masih boleh bersyukur dengan adanya golongan belia prihatin dan mengambil berat masalah ini contohnya golongan belia yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi,dan mungkin ada golongan belia yang prihatin terhadap masalah ini,terima kasih dan setinggi penghargaan diucapkan pada kalian semua.

Sabda Rasulullah lagi "sesungguhnya Allah mengagumi belia atau pemuda yang tiada baginya sebarang keruntuhan moral".(riwayat Ahmad dan Abu Yu'la).Kita mengharapka para belia sudah boleh mempersiapkan diri dengan ilmu .akhlak dan agama agar generasi pewaris yang sihat dan bersih dapat dilahirkan untuk pembangunan ummah dan kepimpinan agama serta negara.

Wednesday, June 11, 2008

syumulnya islam....

islam sebagai cara hidup yang sesuai bagi siapa yang mahukan kebahagiaan di dunia dan akhirat.Syumulnya islam merangkumi semua aspek kehidupan,ini bermakna di dalam islam semuanya berperaturan dan mempunyai panduan yang dinamakan Alquran.Dengan itu,perlunya fungsi para nabi dan rasul sebagai "penerang" atau "guru" apa yang terkandung dalam Alquran itu.Islam mahukan umatnya bahagia dan berjaya di dunia dan di akhirat bagi menjamin kualiti hidup yang sempurna bagi menangksi pandangan sesat orientalis barat.Islam tidak kejam tetapi bermatlamat mahu mencegah keburukan dan kemudhratan.Oleh itu berbanggalah menjadi seorang muslim biarpun kita merangkak mahu menjadi mukhlis dan mukmin.Bukannya megah pada nama tapi buku amalan kosong dan hati dijangkiti "wahan".......ALLAHUAKBAR..