Saturday, February 28, 2009

sedikit ra'y tentang tutorial minggu lepas....etika peperangan......

assalamualaikumwarahmatullah.....

Tutorial minggu lepas ada kumpulan muslimat yang membentangkan mengenai kaedah atau etika peperangan dalam islam.....

selepas pembentangan,ada soalan daripada seorang muslimin yang berbunyi "bagaimana dalam perang kontemporari ini,penggunaan senjata-senjata canggih dan moden seperti peluru berpandu dan roket yang mempunyai jarak tembakan yang tepat secara tidak langsung boleh mengenai kanak-kanak,wanita dan warga tua?jadi,mcmmana kedudukan hukum bagi masalah ini.....

merujuk kepada kitab fiqh kifayatul muhtadi ada menyatakan di dalam bab peperangan bahawa didalam sesuatu peperangan islam menganjurkan bahawa penggunaan senjata mestilah mestila sama dan setaraf dengan senjata yang digunakan oleh pihak musuh.Dengan ini secara tidak langsung islam membenarkan perkara itu,ini kerana di zaman kontemporari ini,musuh islam sering memulakan serangan kepada dunia islam,jarang sekali islam memulakannya...penggunaan senjata moden dan canggih oleh pihak musuh islam,oleh itu penerangan dalam kitab kifayatul muhtadi menjadi jawapan serta rujukannya...

mengenai hukum haram membunuh wanita,kanak-kanak,dan orang tua yang menjadi etika peperangan dalam islam.Dalam persoalan di atas,merujuk kepada kaedah fiqh iaitu "dharurat tabiihul makhturrat" yang bermaksud "darurat menghapuskan perkara yang terlarang".Dengan itu para ulama usul fiqh mengatakan boleh menjadikannya sebagai hujah untuk membenarkan perkaara diatas.

Di dalam ilmu usul fiqh juga iaitu dalam bab sebab-sebab rukhsah terdapat satu sebab yang dipanggil dengan "almasyaqqah wa umum al-balwa" yang bermaksud kesukaran umum yang tidak dapat dielakkan.Kita melihat konteks diatas,jika kawasan yang ditarget oleh tentera islam itu terdapat musuh-musuh islam juga terdapat disitu wanita,kanak-kanak dan orang tua,mka kaedah ini mnjadi rujukan utama untuk melakukan serang seperti itu.

Menurut Imam Alghazali di dalm kitab masyhurnya iaitu almustasyfa mengatakan bahawa dibenarkan membunuh benteg kanank-kanak dan wanita ketika perang jika perkara itu tidak dapat dielakkan adn sukar.fiqh perang ini sentiasa berubah mengikut masa dan teknologi perang mengikut para mujtahid setipa masa.Kaedah fiqh juga ada menyatakan "sesuatu hukum itu berubah mengikut masa dan zaman".........sekadar pandangan dari seorang dhua'fa....wallahua'lam...

Tuesday, February 10, 2009

Perak:Siapa sebenarnya yang tiada maruah??

assalamulaikum....

Seminggu selepas demonstrasi kebenaran oleh rakyat di hadapan istana kinta macam2 spekulasi timbul,kuasa sultan jadi persoalan dan dipertikai ramai pihak,kredibiliti MB baru zamri ni diragui dan kemarahan rakyat yang semakin membuak2.Persoalan pemimpin kita yang langsung tiada maruah dan malu,rakyat dah buktikan masa PRU dulu bahawa buat masa ni rakyat x perlukan mereka,mereka akui benda ni semua tapi mungkin wujud kepentingan lain di perak sepertimana yang berlaku di kelantan....(mana pergi awang adek ha,lama xdgr cerita).......maruah tercalar kot...apa2 pun doakn kebaikan untuknya.....

Mengenai bekas dua adun n exco perak ni (behrang dan cangkat jering) apa kelas mereka sebagai pemimpin rakyat,sehingga perjuangan yang langsung tidak tetap,sehingga seolah2 tiada maruah mudah dipergunakan orang2 besar dalam (tuttttttttttttttttttttttttt) lidah kelu tuk sebut geng2 ni.Sebagai bekas peneraju kebenaran sepatutnya hati dan kalbu mereka tetap berada di jaan yang benar sekalipun di depan ad BMW,CAMRY dan duit berjuta2,Sepatutnya iman tidak goyah jka motif perjuangan dan kebajikan rakyat diletakkan sebagai autoriti bagi mereka.

Dato Seri Nizar dan saf2 kepimpinannya yang masih setia memegang panji2 kebenaran (lawan dato jgn x lwn,kami sentiasa bersama dato seri),tenang hadapi segalanya,ia ujian kepadannya daripada Allah,mereka rampas kerajaan kita dengan taktik kotor,jijik dan meloyakan dengan tangan-tangan yang bakal jadi bahan bakar di neraka itu,tiada alasan keburukan pentadiran pakatan rakyat yang diwar2 kan,selebihnya kita tahu bahawa ada motif lain yang begitu menguntungkan mereka yang wujud di perak.

Politik mereka sentiasa kotor dan menjijikan,dengan itu istilah "maruah" langsung tiada dalam diri mereka,hanya tahu cari kekayaan,kemewahan dan lain2.Sepatutnya kekeruhan dalam umno menjadi agenda utama mereka bukannya menambah kemarahan rakyat,memangla mereka ini buat sesuatu x pernah nk guna otak untuk pikir dulu apa implikasinya.Politik wang makin berleluasa dalm umno tu pun mereka x nampak,media2 dah naik meluat tulis tentang politik wang yang wujud dlam kumpulan dorang ni,letih pun ad,sebab xsudah2,masing-masing ssibuk melobi2 xsedar mereka juga main rasuah,last2 SPRM kena overtime plak kerana mereka.

Kesudahannya,memang tiada kesudahan taktik dan strategi politik akan berkampung dalam pemikiran mereka,apa saja jalan yang boleh untugkan mereka,mereka akan laksanakan,mereka ni apa pedulik dosa pahala,asalkan dapat,cukup da.Sepatutnya Allah bagi sesuatu yang boleh sedarkan mereka ini.Kenapa semua ini berlaku,sebab mereka tiada maruah atau malu,jika ada tidak sepatutnya mereka melakukan semua ini,mereka nafiakn kuasa rakyat,mereka pengaruhi institusi sultan dan raja2 melayu...apa2 pun sama2 kita doakan kesejahteraan tanah air yag tercinta ini...sekian jumpa lagi..assalamualaikumwarahmatullah....

Sunday, February 8, 2009

lama dah x bersua.......

aslmkumwarahmatullah......

apa khabar rakan2 sekalian...harap semua dalam keadaan sihat dan sentiasa di bawah lindungan rahmat dan keberkatan Allah taala.Setelah ahmpir sebulan sibuk dengan projek Operasi Khidmat Masyarakat 09 Persatuan Mahasiswa N9 (PErmanis) dan alhamdulilah program itu selesai dengan jayanya.InsyAllah Kem MOtivasi Anak Wawasan (kemas 09) PERMANIS akan mengambil tempat selepas OPKIM ini.

Lepas cuti seminggu sekali dengan tahun baru cina,azam dihati nak tumpu pada asingment,alhamdulilah ada yang dah siap.Siap satu, laptop pulak buat masalah tak boleh buka,kenala simpan dulu dalam beg,duduk dalam almari diam2,sebab kalau nak betulkan pinjaman sem ni dah kena tolak wpp dulu 1500.

Pandangan seluruh rakyat Malaysia seminggu ini beralih ke Negeri Perak yang penuh dengan kontroversi.bermula dengan lompat parti,pembubaran DUN,perlantikkan menteri besar yang baru,sehinggalah demonstrasi menegakkan kebenaran di luar istana kinta,diwaktu DR zambri ngah cover macho nak angkat sumpah jadi MB baru Perak sekejap lagi.

kenapa x nk buat pilihanraya kalau betul DUN sudah dibubarkan,itukan prosedurnya?????sebab ,mereka takut kalau dibuat pilihanraya konfirm mereka akan kalah lagi teruk sebenarnya.Kontroversi mereka yang timbulkan mereka main kotor nak rampas balik perak,rakyat kita bijak buat penilaian siapa sebenarnya petualang disebalik semua ini.

Rakyat kita di perak khususnya begitu marah sekali sehingga sanggup berperang dengan geng2 topi merah (bukan bomba la) fru!!!!!,kon melayang kerusi melayang.Mereka berani blok kereta rasmi tuanku muda sultan nak masuk ke istana,dulu ada sultan pukul orang sampai mati,xde pun yang seberani cmni....sebenarnya mereka marah,sebab mereka yang pilih pemimpin sebelum ini,kenapa kuasa mereka dinafikan,rakyat terasa sangat mereka macam bodoh x pandai pilih pemimpin,tapi itu pilihan mereka,awak apa pedulik,orang xsuka bla la jauh2,dok nyibuk wat pe kat sini.

Hati pernah terdetik kenapa x dibuat referendum atau pungutan suara di kalangan rakyat????mcm kita pernah buat sebelum merdeka dulu,Tapi terdetik hati sekali lagi,kalau buatpun ada unsur rasuah,korupsi,ugut-mengugut,lebih baik x payah buat,sebab buatla apa cara sekalipun yang namapak pada mata rakyat "adil" tetapi ia tetap khianat dan menimbulkan perasaan benci yang begitu menebal di kalangan rakyat....moga ada sinar kebenaran di sebaliknya,,jaa'ul haqq wa zahaqa batil...

sekian jumpa lagi di lain lembaran......lu pikirla sendiri...aslmkumwarahmatullah....