Friday, July 31, 2009

intisari "bidayatul hidayah"......

"Bidayatul hidayah" adalah sebuah kitab yang dikarang oleh hujjatulislam imam alghazali yg lebih banyak membicarakan mengenai persoalan adab di dalam kitab ini.Kitab ini telah diterjemahkan oleh seorang ulama terkenal di nusantara iaitu oleh syeikh Abd Samad Al-falimbani,dan sekarang ia dipermudahkan terjemahannya di dalam bahasa kita oleh Syeikh Fahmi Zamzam Almakki iaitu seorang ulama muda yang berasal dari kedah yang juga seperguruan dengan syeikh Nuruddin Marbu Albanjari Almakki.....Alhamdulilah ia adalah satu usaha yang baik lg murni dalam memberi mudah faham kepada golongan2 awam seperti kita ini..

SM tertarik dengan intisari awal kitab ini yang banyak mensyarahkan mengenai ilmu.Hujjatulislam telah mengkategorikan golongan yang menuntut ilmu kepada 3 kategori iaitu:....

1)Golongan yang menuntut ilmu.tidak lain dalam hatinya hanyalah untuk memohon keredhaan Allah.Ilmu yang diperolehi akan terus dijadikan amalan seharian,dimana dengan ilmu ini ia akan menghasilkan buah-buah iman dan taqwa serta menjadi semaian dan bekalan di dunia ketika dalam proses di "isra'kan oleh Allah negeri Asbab (dunia) menuju ke negeri akhirat

2)Golongan yang kedua ialah golongan yang mencari ilmu,akan tetapi seribu kali sayang ilmu yang dicari hanya untuk mencari kekayaan didunia ini.ilmu yang bertimbun2 meraka ada hanyalah digunakan oleh mencari kekayaan didunia serta mencari pujian juga mencari pangkat gelaran daripada manusia lain.Golongan ini banyak sekali di malaysia seperti separuh2 ulama di sini,"kalau ad 2000 smpi,xde mtak maap,golongan ini bukan golongan ulama tetapi golongan "ular tamak"",ayat ini SM pinjam daripada seorang pemandu teksi di tampin,SM pernah tumpang teksi pk cik ni mse zaman sekolah2 dulu.....Tetapi golongan seperti ini masih lagi diberi pintu hidayah oleh Allah,masih lg diberi oleh Allah kesempatan untuk sedar diri dan bertaubat di atas kesalahan dan penyelewengan yang telah dilakukan...

3)Golongan yang ketiga ialah golongan yang sama situasinya dengan golongan yang kedua tetapi golongan ini tidak diberi kesempatan oleh Allah untuk bertaubat.wa nauzubillah....golongan ketiga ini iaitu golongan ulama su'.....dalam satu hadis nabi,nabi bersabda "ada satu golongan yang merisaukan aku diakhir zaman ini selain dajjal.Para sahabat bertanya siapa ya Rasulullah,jawab Rasulullah iaitu golongan Ulama Su'....."hadis riwayat bukhari dan muslim....

semoga kita berada di golongan yang pertama serta sentiasa berada di dalam lindungan rahmat juga inayahnya....sekian di waktu ini....

Friday, July 17, 2009

kerjasama "keselamatan" rantau ASEAN belum cukup kuat...

Asasnya penubuhan Asean adalah mahu berkerjasama di dalam menjaga keselamatan rantau ini,pembangunan ekonomi,perkongsian budaya dan perkembangan sosiobudaya...kisah di JW marriot Bali menjadi bukti pertama..ramai yang terkorban dalam serangan bom itu..

Semalam merungkai segala-galanya hotel yang sama iaitu jw marriot,tetapi berpengkalan di jakarta,serta sebuah lagi hotel mewah iaitu Ritz-Charlton yg juga bersebelahan dgn jw marriot...ritz-charlton meletup hanya selanh 2 minit selepas jw meletup....pihak berkuasa indonesia berpendapat bom telah dibuat di dalam hotel itu juga serta penyerang juga menginap di hotel itu....Ritz-Charlton juga dikhabarkan bakal menerima pasukan manchester united yang menginap di hotel dlm "tour the asia" selepas menentang dengan pasukan kebangsaan malaysia petang ini dlm siri perlawanan persahabata...united membatalkan kunjungan mereka serta merta ke indonesia....

dalam serangan itu 9 org terkorban manakal 50 yg lain cedera.seramai 18 org rakyat asing maut dalam serangan itu.Dipercayai,kedua-dua hotel itu adalah milik rangkaian hotel amerika syarikat iaitu marriot international dan meletup kira-kira jam 7.45 pagi waktu tempatan.

Persoalannya mengapa dalam hampir seabad penubuhan asean kerjasama keselamatan masih tidak mencapai tahap yg membanggakan.Yg paling penting bukanla pencapaian,tetapi ialah keselamatan rakyat serta pelancong asing terjamin,dalam persoalan ini sy ketepikan dahulu persoalan "umat islam diserang di serata dunia dan dalanngya amerika syarikat"...Asean berkerjasama erat dalam kerjasama mengawal sempadan sesama mereka,namun apa pula usaha mereka untuk berkerjasam dalam memerangi keganasan di rantau ini.Asean tidak memerlukan amerika syarikat dalm memerangi keganasan di rantau ini.kerana dengan keanggotaan hampir 10 buah negara ia sdh ckup kuat jika dikira dri segi ketenteraan untuk keselamatan....

Sejak 2003,ketika jw marriot Bali diserang,ramai yang terkorban,itu belum diambil kira serangan2 di filipina dan negara lain seperti serangan bas di britain dan keratapi di sepanyol...

Selain memfokuskan ekonomi dan hubungan sosial yang erat.aspek keselamatan harus diterjemahkan jalinan kerjasamanya dalam bentuk tindakan demi jaminan keselamatan dan kesejahteraan serantau...

P/s:apa kata Malaysia yang padukan usaha yang sudah sedia ada ini???????

Thursday, July 16, 2009

kadang-kadang kita perlu berada ditempat orang yang susah.......

aslmkum....apa kaba semua,semoga berada dibawah lindungan inayahnya...

Memangnya kita semua tahu bahawa sahabat-sahabat radhiyallahuanhum mempunyai satu episod hidup yang susah,khususnya selepas mengangkat kalimah syahadatain sebagai mengakui keesaan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.....nama-nama unggul seperti mus'ab umair,Abdullah Ibnu mas'ud,bilal bin rabah dan sebagainya...namun ia bukan penghalang bg mereka berjuang bersama junjungan besar nabi Muhammad,...ironinya ia adalah hasil tarbiyah akidah serta akhlak terus daripada Rasulullah.........

Realitinya hanya tinggal dalam lipatan sirah Rasulullah sekarang,ianya hanya jd pengajaran untuk yang sedar akan kematian dan kenikmatan "asbab' yang hanya bersifat sementara.Kita menerima kemajuan dan pemodenan dalam masa yang sama syariat tetap membatasinya,begitu juga dengan kekayaan yang kita miliki pada hari ini.....

jika hari ini kita senang sekali menempah menu-menu yang membangkitkan selera wlaupun pada masa itu,perut dah kenyang....sebabnya kita ada kesenangan pada waktu itu,keesokannya pada perkara yang sama,tiba-tiba musibah datang,sesekali ia datang menguji hambanya....duit xde dlm dompet nk byr.....sakit lidah xboleh makan...atau kesempitan hidup yang mengatasi segala-galanya...

pada saat ini baru kita akan tersedar dan bermonolog sendiri "Ya Allah susahnya hidup ini,kau mudahkanlah jalanku Ya Allah"....ini ftrah manusia da susah bru nak terhegeh2...hakikatnya ini yag erjadi kepada manusia...kita meniti kisah umar alkhattab yang sanggup menyamar mnjadi rakyat biasa dan keluar pada waktu malam kerana ingin tgok sendiri keadaan rakyat dan keprihatinannya tersrlah apabila melihat si anak menangis kerana kelaparan dam si ibu yang menggoreng batu bg memperdaya anak agar terlelap dengan bunyi batu yang dimasak itu....begitu juga sultan muhammad alfateh yang berjalan malam bagi melihat keadaan rakyat yang susah dan miskin,sultan muhammad juga menggunakan taktik yang sma seperti umar tadi....kesimpulannya cuma satu iaitu kita perlu berada ditempat dan keadaan seseorang itu bagi merasai jerih payahnya hidup dan sukarnya perjalanan kehidupan jika satu hari musibah melanda dan nikmat kesenangan ditarik......

Sabda Rasulullah "sesungguhnya Allah tidak melihat harta dan rupa paras kamu,tetapi dia melihat hati-hati kamu dan amalan-amalan kamu"...hadis riwayat Muslim...