kejamnya manusia.........
Teruk hidup kita bila nafsu mengatasi akal sihat kita.Nafsu yang tidak dididik dengan mutmaiinah yang baik akhirnya akan tewas dengan peranan jahat nafsu yang didorongi oleh "duty" syaitan yang sentiasa menyesatkan dan membatilkan hidup manusia.Kes terbaru pembunuhan ngeri di kelantan,di mana sepasang suami isteri yang sedang menoreh getah di bunuh secara kejam sebelum mayat kedua-duanya dicampakkan bagi menghilangkan kesan jenayah,tapi Allah maha berkuasa dan maha mengetahui dengan memberi ilham lalu jumpanya mayat pasangan tersebut.....alhmdulilah.Kalau nak dikatakan merompak apala yang ada pada penoreh getah waktu menoreh,pisau toreh,jemput2 keras adala......
Bagaimana boleh hilang pertimbangan sehingga sanggup melakukan perbuatan sebegitu.Alquran jelas menghalang membunuh nyawa orang lain kecuali dengan hak,kalau dendam adakah takde kaedah lain yang boleh dibawa berbincang seterusnya kecelakaan dapat dielak dan siri pembunuhan ngeri sebegini tidak berlaku.Mahu tidak mahu Alquran dan Assunnah perlu rdiperkasakan semula dalam hidup insan,bukan hanya menjadi hiasan dalam almari kayu jati dirumah.Jika mahu bicara pasal pendidikan,memang UNESCO iktiraf sistem pendidikan kita,tapi faktor pendidikan di negara ini gagal sebenarnya dengan kadar jenayah yang semakin meningkat.remaja kita teruk hanya tahu berfoya-foya,terlebih berfoya-foya bayi pun dibalut sejadah dibuang dalam masjid di terangganu.......sama-sama kita berdoa agar ditingkatkan iman dan takwa agar ia menjadi benteng daripada tipu daya dunia.....
No comments:
Post a Comment