pentingnya Mata Hati itu......
Sebagai muslim dan mukmin yang paling penting adalah mata hati,kerana dengan mata hati itu terpancarlah cahaya kebenaran dan tenggelamnya kebatilan di dalam diri seseorang.Dari situ hadirnya hidayah Allah dan ilham suci yang membantu ,manusia mencari kebenaran.Tetapi hari ini banyak sekali manusia hatinya dicemari dosa dan maksiat,yang mengakibatkan ia dicemari dengan titik-titik dosa yang hitam dan memerlukan taubat nasuha untuk menjernihkannya.Firman Allah di dalam surah Attahrim ayat 8 "wahai orang-orang yang beriman,bertaubatlah kamu kepada Allah,dengan taubat nasuha (semurni-murninya)".Berkata Imam Malik kepada muridnya iaitu Imam Assyafie "Sesungguhnya aku dapat lihat Allah telah mencampakkan cahaya di dalam hati kamu maka janganlah kamu padamkannya dengan kegelapan maksiat".
Apabila dibincang mengenai ilmu,ia memang ada kaitan dengan mata hati.Tidak dinafikan wujud golongan-golongan yang mudah menerima ilmu kerana mata hati yang dipelihara daripada maksiat dan dosa-dosa.Kita hari ini sibuk tidak faham apa yang telah diajar,kadang-kadang kita menyalahkan guru sedangakan diri dan hati kita dicemari dengan zulumat atau kegelapan yang disebabkan oleh dosa dan maksiat.hati yang gelap dan hitam mudah mengikut hawa nafsu dan fizikal mudah melakukan kejahatan dengan rapuhnya ketahanan iman.
Sabda Rasululah di dalam satu hadis bermaksud "sesungguhnya penghuni kubur itu,penuh dengan kegelapan.seseungguhnya Allah akan meneranginya dengan berselawat ke atasku".Jelas di atas selawat bukan sahaja tanda cinta dan sayang kepada Rasulullah tetapi juga ia berfungsi penerang di dalam kubur.Selain itu juga selawat menjadi senjata bagi mengelakkan lupa dan memperbanyakannnya di dalam doa adalah satu kelebihan untuk dimakbulkan oleh Allah,rujuk maksud hadis Rasulullah.
Selain itu juga terdapat maksud hadis yang mengatakan bahawa orang-orang yang banyak melakukan maksiat di duani ini akan dibangkitkan dari kubur dengan keadaan muka yang panjang dan hitam seperti kayu arang.Nauzubillah....semoga kita dapat menjaga diri kita daripada maksiat dan dosa.Samala kita mengambil iktibar sebagai manusia yang diberi oleh Allah nikmat penglihatan.....semoga kita juga mendapat maghfirah daripadanya.....
No comments:
Post a Comment