Wednesday, August 6, 2008

Strategi politik......

Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Perletakan Dato Seri Wan Azizah bukanlah satu permainan politik yang merugikannya,sebaliknya ia adalah satu reformasi di dalam arena politik negara.Beliau bukan sengaja mahu memperjudikan kepercayaan penyokong serta rakyatnya tetapi beliau mahukan kedudukan rakyatnya lebih baik jika suaminya mengambilalih tugas itu.perlu diingat reformasi dalam politik ia adalah satu perubahan dan menuju kearah yang lebih baik.

Kredibiliti Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin sukar untuk dipertikaikan,sejak di zaman mahasiswanya lagi beliau begitu berani di dalam kepimpinan sehingga ke hari ini,sehingga ada yang terpaksa memfitnahnya kerana mereka tahu individu seperti ini merbahaya dan boleh mengugat.Jika sebelumnya wujud individu yang mudah dibuang selaku timbalan Perdana Menteri,tetapi beliau agak sukar untuk dijatuhkan sehingga fitnah terpaksa dilemparkan kepadanya.Hari ini tidak lupa juga muncul episod ke-2 dengan fitnah yang sama,bila dilihat skuad fitnah kali ini agak lemah dari segenap aspek,hampir-hampir terbaongkar pun ad,mungkin ketuanya juga lemah.

Rakyat mahukan perubahan yang jelas dan nyata daripada seseorang pemimpin,jika konsep demokrasi tulen digunapakai tanpa ada ubahsuai dengan ala-ala malaysia,sememangnya rakyat mahukan perubahan bukannya wakil rakyat yang hanya tahu syok sendiri.Hanya tahu menonjolkan diri,tapi lupa amanah besar daripada Allah swt.P 44 adalah bekas kawasan Parlimen DSAI,sebelum fitnah episod 1 muncul pada 1998.Rakyat tempatan sudah kenal dengannya,khabarnya bekas orang kanannya dalam PKR mahu menawarkan diri melawan beliau,marilah kita rujuk balik Riyadus solihin,Imam Nawawi,beliau melarang pemimpin yang meminta jawatan.Ia tiada bezanya dengan apa yang berlaku sekarang.

Sebagai pengamal demokrasi,rakyat yang bertindak sebagai pemilih harus bersikap positif jika mahukan perubahan.Tidak perlu terpedaya dengan hegemoni-hegemoni sesetengah pihak yang cuba mengaburi mata mereka.Selamat mengundi dan berkempen kepada rakyat Permatang Pauh,undilah dmi kesejahteraan anda.

1 comment:

infogue said...

artikel anda :

http://politik.infogue.com/
http://politik.infogue.com/strategi_politik_

promosikan artikel anda di www.infogue.com dan jadikan artikel anda yang terbaik dan terpopuler menurut pembaca.salam blogger!!!