Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh....
Dalam 2 minggu ini media di negara ini jadi tidak menentu.Jika kita lihat Tv3,hampir 40 minit waktu siaran buletin utamanya dipenuhi dengan dengan berita keburukan Dato seri Anwar Ibrahim dan PKR yang dalam keadaan pincang.Modal paling besar bagi mereka ialah isu "sumpah laknat" sepol bukhari alan yang sengaja mengambil kesempatan di waktu DSAI sedang sibuk.
BN menggunakan pelbagai cara untuk mematikan sokongan rakyat tempatan terhadap Anwar.Semua individu yang tidak berkenaan bagi menyatakan sesuatu yang benar menjadi tidak benar.Situasi politik negara begitu meruncing dan retak dengan pelbagai helah dan hegemoni setiap orang bagi mendapatkan kemenangan.Di pihak media,semua sokong BN tiada langsung berita tentang PKR.Inilah demokrasi ala Malaysia media kita tidak bebas dan dikekang dengan ketat oleh kerajaan sehingga wujud akta dalam undang2 kita mengenai media.
Dimanakah keadilan di dalam demokrasi yang sebenar?Menyentuh pula isu exco-exco Perak yang direman kerana tuduhan rasuah,inipun hegemoni yang sengaja dari satu pihak kerana sengaja ditahan mereka ketika pilihanraya kecil ini sibuk berlangsung.Ini serangan moral kepada Pembangkang dan kepada rakyat untuk mengubah pendirian lama mereka.
Hari mengundi hari penentuan,nak tulis banyak pun tak guna,dorg memang pandai menipu dan mangampu,kepada penduduk permatang pauh pandai2la buat pilihan yang terbaik....Anwar vs Arif syah..
No comments:
Post a Comment