Saturday, October 24, 2009

akon yg jakun........




aslmkum...smg semuanya berada di dalam limpahan rahmat dan keberkatannya...
terlebih dahulu salam imtihan kepada rakan siswa dan siswi di penghujung semester ini........

alhamdulilah diri ini masih lagi diberi nikmat iman dan islam dan masih lagi kekal nimat hidup ini...

apa sebenarnya erti pembangunan modal insan disisi pemimpin2 negara kita???adakah modal insan itu adalah tadika permata negara? @ membangunkan insan yg berjiwa mat rempit????atau lain2 lagi yg bersifat negatif dan merosakkan anak bangsa.......

malam tadi berlangsungnya konsert akon di ibu negara......yg SM tahu dia ni yg nyanyi lagu smack that tu...yg botak n bajet nsome.....dalam konsert itu akon didapati telah membuka bajunya ketika terkinja2 di atas pentas....dan yang menyaksikan itu ialah anak2 muda 1malaysia yang dihasilkan melalui modul pembangunan modal insan 1malaysia......jadi xkan ni hasilnya.....SM x menyalahkan akon sepenuhnya dalam hal ini,kerana dia sendiri bukanlah seorang yg memahami islam dan budaya serta nilai baik ketimuran itu sendiri...yang patut disalahkan ialah kerajaan yang boleh membenarkan konsert2 merosakkan seperti ini.Mengapa begitu rendah standard kerajaan malaysia sehingga membenarkan artis yang langsung tiada pengajaran dan manfaat yang kita perolehi daripadanya?....yg untg penganjur bukannya kita,apa yang kita dapat hanyalah kerosakkan anak muda belia kita yang da stanby rosak da....

terdahulu kita menyaksikan sendiri bagaimana aksi penyanyi lelaki kita bukak baju di atas pentas......yg ni lg truk,dia ni tau bnda 2 salah dlm agama dan budaya kita,tapi buat jugak.....jadi batalkan sajala pgram konsert2 artis luar ni..laburkan jela duit tu untuk kebaikan anak2 bangsa kita....bnda ni semua bawa pengaruh yang x baik lagi merosakkan anah bangsa kita.........

Monday, October 19, 2009

ghuzwatul fikr....

Program penjajahan minda dan budaya adalah satu proses yang telah lama dilaksanakan oleh barat terhadap umat islam di seluruh dunia.Oleh itu,tidak hairanlah umat islam pada hari ini begitu terpesong daripada landasan ketimuran dan budaya sopan santun yang sekian lama kita miliki.Semuanya bermula dengan penjajahan pemikiran daripada barat melalui gerakan mansonry mereka selain dibantu dan disokong kuat oleh gerakan kristianisasi.Semuanya bermula apabila raja philips bertitah dengan membawa maksud umat islam pada hari ini adalah umat yang tidak boleh ditewaskan dengan senjata,tetapi boleh ditewaskan dengan menjajah pemikiran mereka dengan anasir barat yang jahat dan terpesong dari budaya ketimuran.
program2 pemikiran seperti kapitalisme,humanisme,sosialisme dan ideologi2 isme yang lain adalah satu program yang mempunyai strategi yang tepat dan ampuh untuk mempengaruhi umat islam diseluruh dunia.Nampaknya isme kapitalisme begitu mandapat tempat apabila sistem ini lebih menjurus kepada persoalan ekonomi dan sistem ini telah sebati dan diterimapakai diseluruh dunia sekalipun ia bersifat menindas.Gerakan orientalisme juga semakin rancak melancarkan serangan pemikiran melalui faktor agama yang boleh mengelirukan umat islam yang kurang pengetahuan agama.
Di Malaysia,ghuzwatul fikr cukup meluas dan dasyat.Berbagai-bagai fahaman sesat lagi menyesatkan.Apa yang lebih parah fenomena ini telah mampu menggoncang akidah umat islam yang ada dinegara ini.fahaman2 seperti liberalisme,pluralisme,sekularisme,dualisme dan berbagai-bagai lagi.Apa yang peliknya fahaman2 seperti ini,dipelopori sendiri oleh orang islam.Nau'uzubillah.....Fahaman2 ini yang mempromosikan fahaman bebas,semua agama sama iaitu membawa kebaikan,persamaan hak antara lelaki dan perempuan semuanya itu adalah yang bertentangan dengan islam,secara automatiknya ia tertolak kerana,islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya.Kita melihat fahaman sister in islam,yang nyata sesat dan tolol,tetapi kita lihat begitu ramai pengikutnya,ada juga terdiri daripada yang bijak pandai.Tetapi mengapa ini berlaku.ini kerana mereka ini adalah golongan yang tuli agama dan mengikut sesuatu itu tanpa hujah dan semborono sahaja.....

p/s SM;sepatutnya fahaman yang bermotifkan ghuzwatul fikr ini harus disekat dan ditentang habis-habisan kerana ia boleh mnyesatkan umat islam di negara ini.Serangan mereka menuju kpd akidah dan kepercayaaan,sedangkan nilai akidah pada pandangan islam begitu tinggi dan tidak boleh diganggu gugat.

teringat pesanan samuel hutington dalam satu bukunya yg ditulis pada 1997,"pada era zaman abad ke-21 ini,tamadun barat akan tewas kepada kebangkitan tamadun islam,dan seharusnya satu strategi ampuh perlu dibuat daripada sekarang bagi menghalang semua ini"
buktinya;afghanistan yang mempunyai jemaah taliban yang kuat dihapussifarkan' oleh pakatan barat,iraq yang mempunyai kekuatan sunni dan arwah saddam diserang sehingga musnah.dan palestin yang sehingga entry ini ditulis masih lagi berperang menentang yahudi israel.......
dan pesanan terakhir samuel ialah hari ini kita menyerang dengan menggunakan wasilah dengan apa yg disebut sebagai "GLOBALISASI'......RENUNG2 KAN..FIKIR2 KAN.....

Thursday, October 15, 2009

perlembagaan baru UMNO....



KUALA LUMPUR 15 Okt -- Perhimpunan Agung Khas Umno hari ini mengubah kaedah pemilihan bagi jawatan parti supaya terbuka dan tanpa kuota dalam usaha membanteras politik wang dan menjadikan Umno parti Melayu yang mampu menjuarai nasib seluruh rakyat.

Perhimpunan agung khas, yang bermula sejak pukul 12.20 tengah hari berakhir sejam kemudian, dengan meluluskan sebulat suara tujuh pindaan Perlembagaan parti yang dibentangkan Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hanya empat perwakilan bangun untuk membahaskan pindaan mengenai cadangan yuran keahlian seumur sebanyak RM2.

Pindaan perlembagaan itu berlaku enam bulan selepas Datuk Seri Najib Tun Razak memimpin Umno dengan azam menjadikan parti itu lebih telus, inklusif dan demokratik.

Pindaan pertama diluluskan ialah meningkatkan bilangan perwakilan yang akan memilih pucuk pimpinan tertinggi parti dan di peringkat bahagian daripada 2,500 perwakilan sekarang kepada 146,500 perwakilan.

Ini mengambil kira purata 500 perwakilan bagi setiap 191 bahagian iaitu 95,500 ditambah dengan 51,000 perwakilan, meliputi tiga ketua sayap di 17,000 cawangan di seluruh negara, kata Hishammuddin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Umno.

"Langkah ini akan memberi pengiktirafan kepada suara dan peranan ketua pergerakan sayap-sayap cawangan dan perwakilan di peringkat bahagian untuk terlibat dalam pemilihan pemimpin tertinggi," kata Naib Presiden Umno itu.

Pindaan kedua melibatkan penghapusan sistem kuota bagi menjadikan Umno lebih demokratik dan membuka ruang seluas-luasnya kepada ahli bertanding, kata Hishammuddin.

Syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan MT ialah perlu mendaftarkan diri dan pernah memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi atau AJK Bahagian selama satu penggal.

Bagi anggota Umno yang ingin bertanding untuk AJK bahagian perlu menjadi ahli selama tiga tahun.

Komentar SM:

-Perlembagaan umno yang lama dan telahpun bertahan sekian lama tahunnya sememangnya sudah tidak relevan,lebih-lebih lagi dengan sistem kuota yang lebih menguntungkan seseorang daripada keuntungan parti,sedangkan UMNO adalah milik bersama dan setiap ahli bertanggungjawab terhadapnya.Sebagai Parti yang dominan di Malaysia,semestinya umno lebih berada dalam keadaan kondusif dan selesa serta jauh daripada masalah dalaman & luaran parti kerana masalah umno sering menjadi perhatian rakyat.

-Menyentuh pula mengenai masalah politik wang dan rasuah di dalam umno.Sememangnya ia merupakan barah yang begitu lama di dalam parti.Mustahil ia boleh dibenteras dengan serta merta.Perlembagaan yang baru dilihat agak kurang "keras" di dalam masalah ini.Mentaliti orang-orang penting dalam umno seharusnya lebih terbuka dan tidak terlalu sempit dengan hanya dengan duit dan korup kita akan memperolehi kuasa.Melihat perhimpunan agung umno yang baru-baru ini,menurut Pengerusi lembaga disiplin umno iaitu tengku mohd Rithauddin,sebenarnya banyak lagi kes-kes yang berkaitan masalah politik wang dan sukar untuk dikemukakan kehadapan.Pemimpin2 umno seharusnya lebih mengutamakan sikap diri yang baik serta membantuk rekod yag baik dan cemerlang,dan mereka menang dalam parti dengan faktor ini.

-Dalam perlembagaan yang baru juga,dilihat wakil perwakilan dalm perhimpunan agung umno juga ditambah.SM memuji tindakan ini,namaknya umno telah memerlukan langkah dengan turun ke peringkat akar umbi,bagi melihat pendapat dan kemahuan mereka tentan parti.Pemimpin umno harus sedar mereka berkuasa dan bertakhta dengan undi mereka di peringkat akar umbi.kepercayaan mereka harus dijaga dan dibela agar kesetiaan mereka terhadap parti terus malar,tapi kalau da meluat tu,jom ramai2 join PAS..kembali ke quran dan sunnah....

Sunday, October 11, 2009

manhaj hidup...


assalamualaikumwarahmatullah......selamat hari raya maaf segala salah silap daripada SM......

Merungkai satu peribahasa arab yang berbunyi "dalam jasad manusia terdapat satu hati,dan hati itu sifatnya suka berbolak-balik"..jadi tidak hairanlah,jika manusia itu sifatnya dan fitrahnya "susah nk tetap pendirian",,kejap suka yang itu,kejap suka yang ini.....iman dan taqwa neracanya...akal pemandunya samada baik atau jahat......

Para sahabat dan ulama-ulama yang terlebih dahulu pada kita sering mempersoalkan manhaj hidup yang harus diikuti bagi memastikan hdup yang hanya pinjaman daripada yang maha esa ini sentiasa terdidik ke arah kebaikan dan menuju redha Allah....Kita tahu para rasul dan sahabat mempunyai ujian dan kepayahan hidup yang begitu mencabar ketika di zaman awal islam mula disebarkan...mengingati jerih payah dan sakit bilal ketika dijemur dan diseksa ditengah padang pasir,menginsafi keutuhan akidah sumayyah dan keluarganya..hati begitu mendapat suntikan motivasi yang baru bagi membentuk manhaj hidup yang baik dan sempurna serta sentiasa berada di dalam redha Allah...

Semestinya manhaj hidup kita berbeza pada hari,bukanlah bermakna kita ada risalah baru yang perlu diikut,pedomannya masih sama iaitu al-quran dan assunnah,cuma diri ini perlu membentuk satu sistem hidup ataupun yang SM sebut sebagai manhaj ketika ini perlu dibentuk.Mukmin yang baik dan berjaya adalah mukmin yang mampu membentuk kehidupannya menjadi menjadi lebih teratur dan sentiasa menyeimbangkan neraca dunia dan akhiratnya.Dengan melihat kehidupan pada hari ini yang begitu takut sekali untuk ditempuh,manhaj yang dibentuk dan ditanam dalam diri harus kuat menghadapi semua ini,barulah selamat di dunia dan di akhirat.Suasananya berbeza,keadaan yang sungguh lain pada zaman Rasulullah,tetapi kecekalan Rasulullah itu mampun membentuk produk akidah yang baik,kita lihat abu bakar assiddiq,mus'ab umair,abdullah rawahah,handzalah,bilal bin rabah dan ramai lagi yang cukup memeningkan pembesar quraisy pada masa itu..padahal memang mereka ini dungu..

Marilah sama2 kita membentuk manhaj hidup yang sempurna dan ditunjangi oleh akidah yang haq..bagi membentuk kekuatan diri dengan menempuh segala rintangan yang ada....