Friday, July 11, 2008

CARA BERGURAU RASULULLAH.

Didalam satu riwayat ada seorang lelaki meminta pada rasulullah agar rasulullah membawanya di atas kenderaan.Kemudian rasulullah berkata,”aku akan membawamu di atas anak unta.”

Orang itu menjadi hairan kerana dia hanya melihat seekor unta dewasa,bukan anak unta.Kemudian rasulullah berkata,bukankah yang melahirkan anak unta itu seekor anak unta juga?(hadis riwayat Abu dawud & Tirmidzi).

Bergurau adalah rencah dalam pergaulan sehari-hari.Ia sebagai tnda persahabatan,dan menjadi lumrah di dalam kehidupan seseorang.Ia berfungsi sebagai menghibur,mengakrabkan lagi hubungan,menghilangkan rasa bosan,dan meredakan marah.

Sufyan bin Uyainah pernah ditanya apakah bergurau itu termasuk perbuatan yang tercela?beliau menjawab tidak,bahkan,termasuk sunnah bagi yang dapat melakukannya sesuai dengan tuntutan syara’.

Didalam Alquran,surah annajm ayat 43,ada menjelaskan bahawa ketawa dan menangis adalah fitrah yang Allah anugerahkan kepada manusia.Rasulullah pun pernah mernyebut bahawa melakukan perbuatan yang menyenangkan orang lain boleh dikategorikan sebagai kebajikan, “senyummu untuk saudaramu adalah sedekah”.(hadis riwayat imam ahmad)

Didalam bergurau seseorang itu hendaklah menjauhi perkara yang tercela seperti berdusta dan merendah-rendahkan orang lain.Sabda nabi “celakalah orang yang bercakap lalu mengarang cerita dusta agar orang lain ketawa”.

Didalam gurau rasulullah ia mengandungi fakta dan kebenaran.Seperti hadis riwayat Abuhurairah iaitu “wahai rasulullah,engkau telah bergurau dengan kami.”rasulullah menjawab “sesungguhnya aku tidak berbicara kecuali yang benar”.

Terdapat contoh lain iaitu pada satu hari rasulullah didatangi oleh seorang tua yang bertanya “apakah kelak saya akan masuk syurga?”rasulullah menjawab “tidak akan ada orang tua di dalam syurga”.mendengar jawapan itu orang tua itu menangis,lalu rasulullah berkata kepadanya bahawa kelak tidak akan ada orang tua di dalam syurga kerana semuanya akan kembali belia.

Ahmad yani abd manaf/majalah i/bil 67/mei 08.

No comments: