Friday, July 11, 2008

Social kontrak..

KETUANAN MELAYU YANG DIHORMATI.

Jika diamati sejarah negara semula,kita masih ingat dasar penjajah British yang membawa masuk ramai buruh-buruh dari negara China dan India.Pada masa itu motif penjajah ialah mahu buruh-buruh ini berkerja untuk mereka iaitu disektor perlombongan dan disektor perladangan.Bertitik tolak dari sini akhirnya muncul negara Malaysia yang uniknya mempunyai masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan berbilang budaya serta berbeza adat resam.

Konsep unwritten agreement atau kontrak sosial yang sekian lama diamalkan di negara ini adalah kaedah terbaik bagi menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara yang bercirikan masyarakat majmuk seperti malaysia ini.Tanpa penafian semua kaum harus menerima ketuanan melayu yang juga merupakan isi utama konsep kontrak sosial di negara ini.Situasi hari ini kita dapat lihat kita amat berkehendak kepada ketuanan ini kekal dihormati oleh semua kaum seterusnya dapat diterima pakai selama-lamanya.

Sebagai langkah pertama pemimpin negara harus mengutamakan perjuangan dan kepentingan semua rakyat daripada kepentingan peribadi.keputusan yang ingin dibuat haruslah difikir dan ditimbang terlebih dahulu daripada semua aspek agar ia menjadi satu keputusan yang menyeluruh serta ia kelihatan adil saksama pada pandangan semua pihak.Hal ini secara tidak langsung dapat mengekalkan ketuanan melayu dan kekal dihormati oleh semua kaum di negara ini.Perlu diingat ketuanan melayu bukanlah “lampu hijau” untuk semua pemimpin melakukan sesuka hati mereka kerana dipundak mereka terpikul amanah Allah dan rakyat yang menjadi keutamaan di era kepimpinan mereka.

Kedua ialah kita memerlukan generasi pelapis yang matang,beradab,berakhlak mulia dan amat “prihatin” dengan senario politik dan kemajuan negara mereka.Kita ambil sebagai fokus utama ialah golongan mahasiswa yang sebenarnya mampu menggalas tugas ini jika keadaan belia diluar yang tenat dengan pelbagai masalah sosial diambilkira.Namun amat malang di Malaysia,sebagai negara demokrasi kuasa dan keaktifan mahasiswa disekat melalui kuasa perundangan melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974.

Ketiga pula ialah integrasi pelbagai kaum di negara ini harus dititikberatkan bahkan menjadikan menjadi agenda utama kerajaan.Ini kerana umum mengetahui jika agenda penting ini gagal akan berlaku “thunami politik” negatif yang menghancurkan perjalanan politik,pentadbiran dan ekonomi negara.Tidak kira daripada mana-mana kaum perlu diingat mereka mempunyai “kuasa rakyat” yang sama.Integrasi yang baik dan positif harus dikekalkan dan jika perlu penambahbaikan,semua kaum harus bekerjasama menjayakannya.Integrasi positif antara kaum ini menjamin ketuanan melayu yang menerajui negara dapat dikekalkan.

No comments: