Wednesday, July 30, 2008

Caj faedah PTPTN perlu ditukar kepada konsep upah...

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaaan....

Dalam 2 3 hari lepas ada terbaca didalam akhbar berit hatian mengenai keputusan Majlis Fatwa KEbangsaan mengenai Caj faedah PTPTN perlu ditukar kepada Konsep upah agar ia dapat menghindari unsur riba dan gharar di dalam urusan pembayaran balik pinjaman tersebut di kalangan graduan.

Pengerusi majlis Fatwa Kebangsaan,Yg Bhg Dato Abd Syukor Husssin konsep lama itu perlu diubah agar ia dapat menghindari unsur haraam itu yang nayat ia adalah unsur riba secara jelas.
Perkara ini sebenarnya telah lama diutarakan oleh Ustaz Zaharuddin Abd rahman seorang pensyarah UIAM,sebelum ia difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Mahasiswa kini telah bersuara dan mengadakan demostrasi dengan menyatakan hasrat mereka untuk menghapuskan caj ini.Namun dalam hal ini ia masih tidak mencapai matlamat mahasiswa untuk menghapuskan caj ini,tetapi ia sekurang-kurangnya ia dapat megelak daripada unsur riba yang nyata dalam hal itu.

Monday, July 28, 2008

Syamir dan Syafiqah dibunuh bapa sendiri....

Ia sungguh menyayat hati dalam sorotan seminggu.....

Kita mengucapkan takziah kepada puan Norhanizah ahmad diatas pemergian 2 permata hati tercinta iaitu Mohd Shafril Syamir Shaari dan Noramelia Syafikah Shaari.Kedua-duanya dibunuh oleh bapanya,Shaari Hamid dengan diberi minum racun sebelum bapanya itu membunuh diri dipercayai tekanan perasaan yang dialami oleh Shaari.

Arwah Shaari dipercayai menghadapi tekanan perasaan disebabkan oleh masalah keluarga.Shaari mati dipercayai dengan menggantung diri disisi kedua-dua mayat anaknya didalam sebuah bilik dirumahnya.Shafril yang berumur 4 tahun dan Noramelia pula berumur 1 tahun yang dikatakan baru pandai bercakap.

Kejadian memilukan itu disedari oleh ibu saudara mangsa pada jam 12.30 tengahari ketika berkunjung kerumah adiknya itu.ibu saudara mereka juga tinggal berdekatan dengan tempat kejadian.

Sebagai manusia ia adalah satu yang cukup memilukan kerana ia jarang berlaku.Masalah tekanan perasaan yang ditunjangi oleh beberapa faktor tertentu adalah sesuatu yang merbahaya.Mengambil kira pendapat pensyarah jabatan psikologi pendidikan dan kaunseling Universiti Malaya,Professor Dr Sura di Salim "jika seseorang itu berdepan dengan tekanan perasaan,mereka selalu runsing dan befikiran tidak waras,akhirnya mengambil jalan menamatkan riwayat mereka.Ditambah pula dengan keimanan yang tidak kuat serta kurangnya pengetahuan agama menyebabkan individu terbabit mengambil jalan mudah".

Kita harus mengetahui bahawa diri kita hanya pinjaman daripada Allah dan akan kembali kepadanya.Oleh itu,sebagai manusia kita harus faham tanggungjawab yang sudah dipikul diatas pundak kita.Tonik agama menjadi penyelesaian utama kerana firman Allah "hanya mengingati Allah hati akan menjadi tenang".Ia menjadi penyelesaian kepada masalh seperti ini,kerana dari sini lahirnya kekuataan keimanan dan ketaqwaan yang menjadi benteng kepada kemungkaran.

Sokongan keluarga juga penting kerana ia satu sokongan yang penting kepada masalah seperti ini.dilihat dalam kes-kes sebelum ini,masalah yang dihadapi yang sedia berat terpaksa ditambah lagi dengan tekanan ahli keluarga dan sikap negatif ahli keluarga terhadanya.

sama-samalah kita doakan Ketiga-tiga roh arwah dan sedekahkan fatihah kepada roh-rohnya....AL-FATIHAH......

Sunday, July 27, 2008

Adab-adab berdoa...

Berkata Hujjatulislam Imam Alghazali didalam kitabnya Ihya' Ulumuddin:

tedapat 10 adab yag harus dilakukan sseorang apabila hendak berdoa kepada Allah S.w.t,antaranya ialah:

1)Mencari waktu-waktu sesuai yang mulia contohnya hari jumaat,bulan ramadhan,hari arafah dan sepertiga malam.

2)Mencari waktu Makbul doa seperti ketika sujud terakhir dalam solat,peperangan,mulai turun hujan,waktu iqamah,selepas solat dan waktu ketika senyap sunyi.

3)Mengadap kiblat,menadah tangan dan sapukan ke muka bila selesai membaca doa.

4)merendahkan suara ketika membaca doa.

5)lafaz doa itu janganlah dibuat bersajak melampaui batas,dan doa yang lebih baik ialah dari Rasulullah dan sahabat yang ma'thur.

6)Hendaklah mempunyai sikap tadzarru' khusyuk dan tawadduk dengan segala ketenangan hati serta fizikalnya kepada Allah adalah sifat-sifat wajib ketika berdoa.

7)Yakin bahawa segala permintaan itu akan dimakbul oleh Allah.

8)Doa itu diulangkan-ulangkan sebanyak tiga kali khasnya ditempat yang penting disebutkan,ada keyakinan doa itu segera diperkenankan dan tidak merasa gelisah kalau lambat dikabulkan.

9)Hendaklah memulakan doa dengan sebut nama Allah,memujinya,disambung dengan selawat kepada junjungan besar,juga sebelum mengakhiri doa.

10)Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan seluruh diri dengan sungguhnya kepada Allah setelah meninggalkan perbuatan zalim dan dosa.

Marilah kita sama-sama mengamalknnya agar doa kita mudah dimakbulkan oleh Allah....marilah juga kita sama-sama mengharapkan maghfirah dan keampunan daripadanya.....aminnnnn...

Saturday, July 26, 2008

AUKU di modified...

Pemimpin politik tidak kira dari kerajaan atau pembangkang boleh masuk IPTA....

Diberita harian online hari ini,ada satu berita mengenai kebenaran yang diberikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi kepada pemimpin kerajaan dan pembangkang masuk ke IPTA tetapi dengan syarat ceramah atau forum yang disampaikan tidak boleh berkisar tentang politik.Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 telah dipinda oleh Kementerian tersebut dan telah masuk pada bacaan kedua di Dewan Rakyat.

Namun begitu,akta ini juga masih mengekalkan polisi yang menghalang para mahasiswa daripada menyertai mana-mana parti dan organisasi politik.Mahasiswa hanya boleh melibatkan aktiviti kebajikan bersama masyarakat khususnya seperti yang diwar-warkan oleh timbalan menteri pengajian tinggi sebelum ini.

Hal ini disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Dato seri Mohd Khaled Nordin sempena Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar IPTA dan pelancaran buku Majlis kepimpinan Latihan Universiti-universiti Malaysia (MAKLUM).

http://www.bharian.com.my

cinta insani yang tidak abadi..

cinta Allah penuh kenikmatan dan kerahmatan...

Menyoroti kisah habil dan qabil di dalam sorotan qisasol anbiya' yang kedua-duannya membelakangkan hubungan persaudaraan sedarah sedaging semata-mata hanya kerana seorang wanita yang sama-sama dicintai iaitu Iklima.Umum mengetahui habil dan qabil ialah anak nabi pertama didalam islam iaitu nabi Adam alaihissalam.Nyata disini iman itu tidak boleh diwarisi dari keturunan,malah ianya perlu dicari sendiri melalui jalan amal soleh dan jalan taqwa.

Rasulullah,sahabat-sahabat,tabi'in,ulama-ulama' banyak yang berpandangan bahawa cinta terhadap pencipta adalah cinta yang abadi dan kekal untuk selamanya.Cuba kita lihat jika kita mencintai seseorang insan apapun kita sanggup buat untuknya bahkan kentutpun bau wangi.Lihat contoh seorang wanita dizaman awal islam yang bernama Rabiatuladawiah,lihat bagaimana munajatnya kepada Allah begitu tinggi sehingga beliau dilamar oleh seorang alim yang bernama Hassan Albasri beliau menolaknya kerana takut munajatnya terhadap yang esa akan berkurang dan terganggu.

Firman Allah "katakanlah jika kamu cinta dan sayang kepada Allah maka turutilah dia (ikut segala perintahnya),cintaila kamu kepada Allah maka akan diampunkan dosa-dosa kamu"....surah Albaqarah.

Ayat ini cukup jelas menyatakan bahawa cinta kepada Allah adalah yang lebih utama daripada cinta insani.Namun begitu sekarang ini terdapat berbagai-bagai pendapat mengenai cinta kepada insan.Ada yang menyatakan bahawa cinta kepada insani ini boleh dan harus asalkan ia dibatasi syariat Allah.Ada juga berpendapat ia adalah zina hati seterusnya mengharamkannya.Ada juga yang berpendapat bahawa ia perlu bagi melahirkan keserasian diantara kedua-dua pasangan.Namun ia bergantung kepada seseorang individu untuk menilai pendapat yang mana kuat hujahnya pada benak pemikiran mereka.

Situasi sekarang ini bila kita lihat agak merbahaya kerana cinta yang sering diagong-agongkan sering menghasilkan natijah yang buruk.Sebagai contohnya ialah hubungan terlarang,zina,lahirnya anak luar nikah dan ada yang sangup membunuh diri kerana kecewa dengan percintaan.Lebih teruk lagi ia melanda teruk dikalangan remaja islam.Dimanakah hilangnya nilai dan maruah mereka?siapa yang harus dipersalahkan?ibu-bapa,sistem pendidikan negara kita atau guru-guru di sekolah.

Semuanya berlaku kerana nafsu diniyyah dikawal dan diatasi oleh nafsu haiwaniyyah.Sepatutnya sebagai orang islam diri atau jisim itu ahrus dibentengi dengan amal dan takwa.Dengan kuatnya dua struktur ini,nescaya mereka akan cepat sedar dengan kemungkaran yang bakal berlaku.

Jelas cinta yang didorongi hawa nafsu akhirnya akan kecundang dan tunduk kepada tipu daya syaitan.Kepada mereka yang bercinta harus ingat benda ini semua,kawallah nafsu,bersihkan akal dan tingkatkan iman agar kita dapat menghadapi benda ini semua.Nauzubillah.....

Friday, July 25, 2008

penghirup darah muslim bosnia di tahan selepas lebih sedekad.........

Karadzic ditangkap,Mladic masih bebas.........

Dunia gempar minggu ini apabila media dunia tertumpu kepada berita penangkapan penjenayah perang muslim bosnia iaitu bekas Presiden serbia iaitu Rodovan Karadzic.Lebih sedekad orang tua tidak berhati perut ini bebas dengan menyamar sebagai pengamal perubatan tradisional.tergelak juga dengar kisah orang tua ni,dari presiden sesebuah negara terus jadi "Tok Moh".Bagi muslim Bosnia yang selamat dari kekejaman Karadzic,mereka melahirkan rasa bersyukur yang amat sangat setelah mendengar berita penahanan pembunuh saudara-saudara mereka ini.

Tidak pernah luput daripada benak ingatan umat islam dunia hari ini,mengenai kisah kejam yang dilakukan oleh karadzic dengan kes pembunuhan beramai-ramai muslim Bosnia pada tahun 1995.Ia sesuatu yang menyayat hati selepas kekejaman Yahudi LAKNATULLAH,di Syabra dan Syatilla Palestin.Bukti jelas dengan penemuan perkuburan muslim bosnia yang dibunuh secara beramai-ramai oleh sekumpulan perisik dunia selepas perang tersebut tamat dengan campur tangan PBB.

Kita mengenali karadzic sebagai "mastermind" perang ini.Tapi ada lagi individu yang berfungsi sebagai pelaksana atau "balaci" karadzid pada masa itu,iaitu jeneral ratko mladic.si bengal ni masih bebas.Menurut sumber risikan serbia,mladic mengatakan bahawa dia lebih rela membunuh diri dari ditahan oleh pihak berkuasa dan dihadapkan di tribunal jenayah antarabangsa di The Hague.Menurut sumber berita juga dia sekarang ini dilindungi oleh pasukan tentera berpengaruh di serbia.

Adakah anda masih ingat slobodan milosevic (dah mati da orang tua ni,bunuh diri waktu dalam tahanan)?dia ni juga penjenayah perang perang di chehnya.Dia juga bunuh ramai orang islam.Juga berasal dari serbia,pada pendapat saya orang serbia ni ialah gedung untuk melahirkan penjenayah-penjenayah perang dunia.Sama-samalah kita berdoa agar mladic juga dapat ditahan dalam waktu terdekat ini,agar kedua-duanya mendapat pembalasan yang setimpal.

assalamualaikum sahabat2...

jom pergi ekspo perubatan islam di Dewan Tunku Canselor....

satu ekspo perubatan islam sedang berlangsung di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya.Bermula 24 haribulan dan berakhir pada 27 haribulan ini.Banyak input dan ilmu tentang perubatan islam boleh didapati di sini.turut diadakan pameran,ceramah dan lain-lain lagi.

Maksud hadis "sesungguhnya Alquran itu adalah Syifa' (penawar) bagi segala penyakit".Oleh itu,bagi mengetahui lebih lanjut bagaimana Alquran boleh menjadi penawar bagi semua penyakit.Kita percaya bahawa umum hari ini hanya bermentaliti bahawa Alquran hanya boleh menyembuhkan gangguan sihir dan makhluk halus sahaja.

Apa tunggu lagi,marilah kita sama-sama mengunjungi ekspo ini......

Rejab kembali lagi.....

Berkata Imam Al-qurtubi didalam tafsirnya.....

Beliau menyatakan Rasulullah sendiri pernah menegaskan bahawa rejab itu adalah bulan Allah,ia juga disebut sebagai bulan Ahlullah.Beliau juga berpendapat bahawa penduduk (mukmin) di tanah haram juga dikenali sebagai Ahlullah kerana Allah memelihara mereka dan memberi kekuatan kepada mereka.(Alqurtubi,Jami' Ahkam Alquran hlmn 326 juz 6)

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh abu fatah dan abi fawarish,berkata Rasulullah "rejab adalah bulan Allah,sya'ban adalah bulanku dab ramadhan adalah bulan umatku".

Rejab disini bermaksud ia adalah bulan yang mulia disisi Allah.

Dalam satu hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Thabrani dari Anas b Malik menyatakan bahawa apabila tiba bulan rejab Rasulullah sering berdoa "Ya Allah,berkatilah hidup kami dibulan rejab dan sya'ban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan ramadhan.

maksudnya disini bulan ramadhan itu banyak fadilat dan keberkatannya kepada kita untuk dihayati dan membuat amalan sebanyak-banyaknya dalam bulan itu.tidak lupa juga didalam bulan rejab dan sya'ban yang juga tedapat keberkatan dan kemulian di dalamnya.

sama-samala kita memohon maghfirah dan keampunan daripadanya.

Kata Alhusain bin Mathir Alasadi....

Jangan bersedih bila orang menyakiti kita....

Bila Allah memudahkan urusan
tentu semua menjadi mudah
yang keras menjadi lembut
yang sukar akan menjadi senang
berapa banyak orang tamak
yang tidak dapat memenuhi keperluannya
berapa pulan masa mendatangkan berita gembira
berapa banyak penakut
menjadi menakutkan dan mengerikan
berapa banyak orang yang hemah menjadi kaya
berapa banyak peristiwa manis
menjadi pahit
sungguh dunia menipu
orang kaya boleh menjadi fakir
sedang orang fakir dijadikan kaya
setelah melalui kesulitan
dan berapa banyak orang yang kita telah saksikan
orang hidup dalam kekotoran
sedang lainnya menjadi suci
setelah membersihkan kekotorannya.

Thursday, July 24, 2008

Prinsip dan tips untuk para pemimpin...

Dalam dua tiga hari ni,dicelah-celah masa terluang sempat juga habiskan sebuah buku bertajuk" tips2 untuk pemimpin"yang dipetik dari kitab Riyadus Solihin karangan Imam Nawawi.Ia disusun oleh 3 orang penyusun iaitu Ainon Mohd,Nabilah Hassan,dan Arief Saleh Rosman.Didalam buku itu terdapat 10 tips dan prinsip yang dikemukakan,antaranya:,

1)mengasihi orang bawahan.
firman Allah ddalam Surah Annahl ayat 90 "sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil,berbuat baik dan membantu ahli keluarga,Allah juga melarang melakukan perbuatan yang keji,mungkar dan zalim.Dia mengajar kamu dengan suruhan dan larangannya ini supaya kamu mengambil peringatan".

2)Berlaku adil.
Abdullah b Amr b As meriwayatkan,Rasulullah berkata,"Di sisi Allah,orang-orang yang melaksanakan keadilan ditempatkan dibeberapa mimbar yang diperbuat daripada cahaya.Mereka itu adil ketika menerapkan hukum,kepada ahli keluarga dan dalam segala hal yang menjadi tanggungjawab mereka menguruskannya. (riwayat Muslim).

3)Wajib taat pemimpian.
Firman Allah didalam Surah Annisa ayat 59 "wahai orang-orang yang beriman,taatilah kamu kepada Allah dan taatilah rasul serta pemimpin dikalangan kamu".

4)Larangan meminta jawatan
Didalam satu hadis yang diriwayatkanoleh Imam Muslim dari Abu Zar "Rasulullah berkata,wahai Abu Zar aku melihat saudara tidak mampu menjadi pemimpin,percayalah saya mencintai perkara yang saudara fikirkan dicintai oleh Rasulullah.Jangan saudara menjadi pemimpin hanya kepada 2 orang,dan jangan pula saudara menyalahgunakan harta anak yatim".

5)Melantik pembantu yang baik.
Firman Allah "pada hari akhirat nanti,sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh antara satu sama lain,kecuali orang yang bersahabat atas dasar takwa" surah azzukhruf ayat 67.

6)larangan memberi jawatan kepada orang yang memintanya.
Dari Abu Zar,Rasulullah berkata "saya bersama dua sepupu saya berjumpa dengan nabi Muhammad,salah seorang sepupu saya bertanya kepada baginda,wahai Rasulullah,lantiklah saya menjadi pemimpin bagi memerintah salah sebuah wilayah yang diserah oleh Allah kepada tuan,sepupu saya seorang lagi berkata begitu juga.Rasulullah menjawab percayalah demi Allah,saya tidak memberi kuasa menjalankan tugas kepada orang yang memintanya ataupun kepada orang yang tamak".riwayat Bukhari dan Muslim.

7)Amar makruf nahi mungkar.
Firman Allah "dan hendaklah ada dari kalangan kamu kumpulan yang menyeru kepada perkara makruf,dan menyuruh berbuat baik dan melarang orang berbuat jahat.Mereka itulah orang-orang berjaya" surah Ali-imran ayat 104.

8)Tidak membuat apa yang diperkatakan.
Firman Allah "patutkan kamu menyuruh manusia melakukan amalan baik,sdangkan kamu lupa diri kamu sendiri,padahal kamu semua membaca kitab Allah.Tidakkah kamu berakal?...surah Albaqarah ayat 44.

9)Menunaikan amanah.
Firman Allah "sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada orang yang berhak"...surah An-nisa' ayat 58.

10)Larangan menzalimi
Dari Abu Hurairah,Rasulullah berkata "saudara sekalian dituntut supaya mengembalikan hak kepada pemiliknya pada hari kiamat nanti.Sehingga kambing yang pernah ditanduk diberikan haknya menanduk semula kambing itu yang pernah menanduknya di dunia dulu"....riwayat Imam Muslim.

Jika ingin ulasan yang lebih lanjut,sila dapatkan buku ini,dipasaran sekarang.Ulasan yang panjang lebar boleh diperolehi dari buku ini.

SEDIKIT PERBINCANGAN....

petang tadi waktu nak makan kat kafe APIUM,terjumpa ngan abg Alan mantan exco PMIUM.Alang-alang makan dengan beliau sekali.Saya ada tanya gak apa perancangan selepas graduate,beliau ada cakap ingat nak sambung master dalam bidang agama.InsyaAllah tahun depan.tengah-tengah makan sempat jugak bisik-bisik tentang muzakarah UMNO-PAS yang bakal berlangsung.Saya bagi sedikit pandangan bahawa muzakarah ini sebenarnya lebih banyak membawa maslahah.Jika kita mempelajari kaedah-kaedah siasah pun.aspek maslahah amatlah dititikberatkan.Namun diperingkat ahli PAS,suara-suara tidak bersetuju dengan muzakarah itu sudah kedengaran.Namun harus kita ingat bahawa,Presiden Pas Dato Seri Abdul Hadi Awang telah memberi jaminan bahawa panji islam tidak akan beliau tinggalkan ketika muzakarah dengan UMNO itu.

Sebagai salah seorang yang bersetuju dengan muzakarah itu,saudara Azlan memberi pandangan bahawa Ahli-ahli kedua-dua parti yang tidak bersetuju dengan muzakarah itu,seharusnya golongan ini meraikannya kerana persetujuan telahpun diambil oeh kedua-dua pihak.Lagipun ia masanya untuk kedua-dua parti menerangkan apa yang mereka mahu buat untuk melayu dan islam di negara ini.Tiba-tiba phone usop berbunyi,muslimat calling bgtau Dr Syarifah diganti oleh ustaz osman.....sekian sahaja perbincang petang tdi dengan saudara Azlan,inputnya sudah banyak untuk dinilai dan dihayati.

Monday, July 21, 2008

Di pagi hari selasa.....

Selepas menghabiskan bacaan zikir-zikir masyhur Rasulullah susunan Assyahid Hassan Albana,hati terdetik ingin membuka tv untuk mendegar perkembangan negara pada awal pagi ini.Sedang seronok mendengar coleteh pembaca berita,tiba2 hati terpana kepada satu berita mengenai keberanian dan kebijaksanaan Raja Muda Perak Dr Nazrin Shah bercerita mengenai fungsi institusi raja dan sultan di negara ini mengenai perlantikan Perdana Menteri dan menteri-menteri besar bagi negeri yang beraja dan bersultan.

Secara tidak langsung baginda telah memberi komentar mengenai situasi yang berlaku diseluruh negara selepas Pilihanraya Umum ke-12 khususnya di negeri yang berbentuk kerajaan campuran.
baginda juga menyentuh mengenai kontroversi yang berlaku dalam perlantikan Menteri-menteri besar yang menyaksikan institusi berdaulat dinegara ini seperti diperkotak-katikkan.Bagi saya apa yang berlaku di negeri Pakatan Rakyat adalah normal kerana apa yang berlaku di Perak,pada awalnya ada yang tidak bersetuju wakil PAS dilantik MB sedangkan kerusi yang dimenangi mereka agak sedikit.Tetapi apa yang harus kita ingat negeri-negeri di Malaysia ini ada perlembagaan sendiri yang harus diikut kerana ia ditafsirkan sebagai undang-undang negeri.

Situasi yang berlaku dari Terengganu dan Perlis,pada baginda ia adalah masalah parti didlam parti sendiri.Ia memberi kesan kepada Raja dan sultan untuk bertindak lebih berwaspada demi untuk kepentingan institusi eksekutif dinegeri-negeri baginda sekalian.

Sekian,sedikit komentar dari saya.....ikuti berita lanjut dimana saluran berita hari ini.

Muzakarah berhikmah............

UMNO dan PAS bermuzakarah demi masa depan islam dan melayu.......

Demi islam dan melayu dua parti politik dominan di malaysia bersetuju untuk bermuzakarah dengan tidak berobjektifkan politik dan kepentingan parti masing-masing.Perlu diingat dalam muzakarah yang dianjurkan oleh islam,ia mestilah tidak melibatkan gangguan emosi yang melampau,fakta yang benar,perancangan yang realistik dan berkesan,serta mampu dilaksanakan.

Muzakarah pada dasarnya bemaksud peringatan atau perbincangan.Oleh itu.dlam hal ini UMNO dan PAS ingin menggunakan kalimah "muzakarah"untuk berbincang mengenai melayu dan islam.Oleh itu kalimah yang agak islamik ini,seharusnya ia menghasilkan natijah dan keputusan yang baik demi dua objektif yang dibincangkan.

mungkin ada idea baru dari PAS yang selama ini disekat diperingkat media,padahal ada idea-idea itu jika diterima UMNO sejak dahulu lagi,mungkin keadaan yang dirasai oleh negara dan rakyat sekarang ini,kemungkinan besar ia lebih baik jika idea PAS itu diterima UMNO.Kita tidak menafikan usaha dan kudrat UMNO dalam memajukan melayu dan islam,tetapi sejauh mana perlaksanaan UMNO untuk kedua-duanya.Dari segi ekonomi dan pembangunan,UMNO sebagai parti yang mendapat mandat untuk memerintah harus diberi pujian.

Oleh itu,pada muzakarah ini,media atau penganjur tidak perlu memberi pelbagai syarat dan peraturan ketika muzakarah ini sedang berlangsung kerana ini akan memberi perasaan tidak puas hati dikalangan audience seperti yang berlaku ketika debat syabery dan Anwar.Kedua-dua pihak harus mengambil peluang ini jika benar mereka kedua-duannya parti dominan islam dan memperjuangkan nasib melayu.Kepentingan peribadi harus diketepikan demi melayu dan islam yang dimuzakarahkan.

Kepada rakan-rakan dikaum lain tidak apa yang perlu dibimbangkan oleh mereka, kepentingan mereka tetap diutamakan sebab perkara itu ada diajarkan oleh Rasulullah dan islam mengenai kepentingan mereka di dalam negara yang majoriti penduduk islam dan kerajaan itu diketuai oleh muslim.Lihat sahaja penerimaan non-muslim mengenai kepimpian PAS di Kelantan,itu sudah cukup menjadi bukti kepentingan mereka dilindungi dan dijaga.

Apa yang diharapkan daripada kami semua,muzakarh yang dijalankan kan dpat menghasilkan natijah yang baik demi kepentingan islam dan melayu yang diperjuangkan.Ia sudah termaktub di dalam perlembagaan,cuma ia bergantung kepada kebijaksanaan kedua-dua peminpin tertinggi parti menggunakan kebijaksanaan mereka ketika bermuzakarah.

Friday, July 18, 2008

aktivis mahasiswa kembali....

satu hari diperhimpunan aman di masjid Arrahman,UM..

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan keberanian bro Syeikh Umar dan rakan2 membela nasib oarng yg teraniaya dan menyokong pihak yang benar...

selepas solat jumaat di masjid itu,ex-pimpinan PMIUM bro syeikh Umar memulakan pidatonya yang berlatarbelakangkan kepentingan mahasiswa khususnya dan rakyat umumnya.baru lbih kurg 2 minit berpidato,tiba2 beberapa orang polis menyuruh kami semua bersurai dan hentikan ini semua.Saf-saf depan kepimpinan.tidak silap saya bro azlan Zainal,dak palong,sekampong ngan den 2,buat slowtalk ngan polis 2,tetapi arahan sama tetap dikeluarkan.lama juga mereka berbincang,bro syeikh sempat minta 5 minit lagi berucap walaupun ditentang oleh polis itu.Sempat juga bro afifi bakar polis tu dengan sorakan reformasi.....hahahah bengang jugak polis tu.

xlama pastu,perhimpunan bersurai dengan aman.masa nk blik sempat juga tgok sekitar masjid,rupanya ramai gak polis ni bawak geng siap ngan polis wanita sekali.

sebelum tu,sempat gak jpa ustaz najib,pemilik najmies cmputer system,dia pkul sya pakai sejadahnya,dia ckap korg suka sangat datang ckit2,selai2,sbb tu xjadi.mgkin btol ap yg dikatakan ustaz najib masa itu....xpa linkali msti jdi perhimpunan ini...thniah2 sahabat2 yg sdi hadir...

anwar vs syaberi...

hari ini bentuk kerajaan,esok turun harga minyak......................
semasa berdebat,saya sebagai seorang audience yg berada di rumah,mendegar dan memerhati dengan penuh fokus.DSAI telah mengemukakan berbagai cadangan untk menurunkan harga minyak dengan inisiatif yg berbeza drpd kerajaan.Syaberi bkn lawan Anwar,sepatutnya Anwar lwn org no 1 atau no 2 negara.Jika mereka ini jadi lwn anwar tentu lgi gempak dewan mlm tu.Syaberi suka buat perbandingan yg tidak disebut Anwar,nampak sangat Syaberi cari pasal dalam debat tu.Diantara mekanisme yang tidak disangka2 syaberi ialah;

1)kerajaan sediaada hanya perlu menambah RM5 billion daripada subsidi yang diberikan tahun ini bagi menurunkan harga minyak sebanyak RM0.50 sen sebagai peringkat permulaan.Daripada kerajaan membazir dengan memberi komisyen tidak masuk akal kepada menteri,serta elaun melampau kepada mereka,apa salahnya sedikit daripada pembaziran ini diberi kepada rakyat.

2)dimaklumkan kepada kita oleh DSAI bahawa TNB selaku GLC aktif yang menguntungkan kerajaan,ia mempunyai "excess capacity" iaitu sebanyak 1000 mw.Dengan menggunakan tenaga ini,kerajaan dapat menjimatkan bahan bakar untuk menjanakuasa elektrik itu.Dengan berkurangnya penggunaan bahan bakar itu,penggunaan bahan bakar yang disalurkan untuk Syarikat penjana Kuasa bebas (IPP) boleh disalurkan secara subsidi kepada rakyat.Selain itu,tarif elektrik dapat disemak semula untuk kepentingan rakyat yang menjadi fokus utama.

3)tahap korupsi dan rasuah dalam negara cukup membimbangkan.Oleh itu,duit hasil negara dapat dijimatkan.Seorang pengkaji dari barat iaitu Morgan Stanley,beliau mengatakan hampir RM33o billion (USD90 billion) hilang kerana amalan rasuah dan korupsi.

Ayuh kerajaan pimpinan pak lah cuba cara ini,jika btol2 sayangka rakyat anda.....

Tuesday, July 15, 2008

PESTA BUKU DBP DI UM...

mari sahabat-sahabat ke pesta buku DBP yang berlangsung 14-25 julai ini.Pelbagai jenis dan genre buku boleh didapati,tidak lupa juga buku-buku rujukan. Potongan diskaun sehingga 80% menanti para sahabat.Bertempat di Perkarangan tempat letak kereta Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya,ia mudah untuk dikunjungi dan terletak ditengah-tengah jalan utama para mahasiswa UM.Apalagi duit pun dah masuk nila masanya untuk guna duit pinjaman dengan sebaiknya.......ok sahabat po tgu laie,,,,,,moh dogheh poie boli buku...murah2 ni..

Friday, July 11, 2008

politik malaysia...

Dilihat selepas 50 tahun selepas merdeka,politik Malaysia agak kucar-kacir semasa ini.Jika dilihat sebelum merdeka,politik Malaysia memang semestinya kucar-kacir dan mencetuskan pertumpahan darah,tetapi perlu diingat pada masa itu politik malaysia kucar-kacir atas faktor penjajah.Sekarang ini,yang menjadi faktor ialah ketidakpercayaan,masalah dalaman parti, kredbiliti pemimpin, dan kemerosotan konsep parti dominan di Malaysia ini.

Bermula dengan kekalahan teruk Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke-12 berlanjutan hingga ke hari ini dengan hampir setiap hari pelbagai isu hangat timbul.Kedudukan Pak Lah sebagai PM mula goyah pada saat itu dan mula hilang sokongan dikalangan rakan-rakan politik sendiri.Mantan bosnya pun hilang sabar dengan beliau hingga bertindak keluar parti walaupun pada mulanya mahu menjadi ahli parti seumur hidup.

Masalah dalaman yang dihadapi oleh UMNO tidak putus-putus sebenarnya.Tidak hairanlah jika UMNO digelar parti dominan masalah.Politik wang,dengki khianat,cabar-mencabar adalah amalan politik biasa dalam UMNO.Sekarang ini,muncul pula perwakilan bahagian yang dikabarkan mahu bertindak luar jangka,jika UMNO terus bermasalah.Tidak cukup dengan itu muncul pula SAPP yang dipimpin oleh Yong Teck Lee melakukan undi tidak percaya kepada PM.

Keadaan menjadi bertambah buruk dengan munculnya "otai politician" iaitu Anwar Ibrahim.Kredibilitinya sebagai pemimpin sewaktu bergelar mahasiswa lagi sukar untuk disangkal.Sehinggalah beliau menjadi mangsa autokrasi bekas bosnya sendiri.Tidak hairanlah ramai berpendapat bahawa Pakatan Rakyat menang besar banyak dipengaruhi faktor Anwar Ibrahim.Kelantangnnya hari ini diuji lagi dengan tuduhan liwat keatas beliau oleh seorang anak muda sehingga dilaporkan kepada polis.Mujur Anwar tidak mudah melatah dengan situasi tidak menentu ini,atas prinsip kebenaran beliau berani mengemukakan sumpah Qazaf.Ia tidak tamat disini,polis masih mahu memanggil Anwar untuk siasatan.Mungkin mereka tidak sedar apa yang telah berlaku kepada individu yang menzaliminya ketika dalam tahanan penjara hampir 7 tahun lalu.

Sebagai rakyat berfikiran waras sedarlah mana yang baik dan yang buruk untuk dipertimbangkan didalam benak pemikiran kita.Peralihan kuasa akan berlaku,mampukah yang baru menggalas tugas ini,jika situasi tidak menentu melanda poiltik malaysia ini masih berterusan?.....sama2 kita fikirkan..

Social kontrak..

KETUANAN MELAYU YANG DIHORMATI.

Jika diamati sejarah negara semula,kita masih ingat dasar penjajah British yang membawa masuk ramai buruh-buruh dari negara China dan India.Pada masa itu motif penjajah ialah mahu buruh-buruh ini berkerja untuk mereka iaitu disektor perlombongan dan disektor perladangan.Bertitik tolak dari sini akhirnya muncul negara Malaysia yang uniknya mempunyai masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan berbilang budaya serta berbeza adat resam.

Konsep unwritten agreement atau kontrak sosial yang sekian lama diamalkan di negara ini adalah kaedah terbaik bagi menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara yang bercirikan masyarakat majmuk seperti malaysia ini.Tanpa penafian semua kaum harus menerima ketuanan melayu yang juga merupakan isi utama konsep kontrak sosial di negara ini.Situasi hari ini kita dapat lihat kita amat berkehendak kepada ketuanan ini kekal dihormati oleh semua kaum seterusnya dapat diterima pakai selama-lamanya.

Sebagai langkah pertama pemimpin negara harus mengutamakan perjuangan dan kepentingan semua rakyat daripada kepentingan peribadi.keputusan yang ingin dibuat haruslah difikir dan ditimbang terlebih dahulu daripada semua aspek agar ia menjadi satu keputusan yang menyeluruh serta ia kelihatan adil saksama pada pandangan semua pihak.Hal ini secara tidak langsung dapat mengekalkan ketuanan melayu dan kekal dihormati oleh semua kaum di negara ini.Perlu diingat ketuanan melayu bukanlah “lampu hijau” untuk semua pemimpin melakukan sesuka hati mereka kerana dipundak mereka terpikul amanah Allah dan rakyat yang menjadi keutamaan di era kepimpinan mereka.

Kedua ialah kita memerlukan generasi pelapis yang matang,beradab,berakhlak mulia dan amat “prihatin” dengan senario politik dan kemajuan negara mereka.Kita ambil sebagai fokus utama ialah golongan mahasiswa yang sebenarnya mampu menggalas tugas ini jika keadaan belia diluar yang tenat dengan pelbagai masalah sosial diambilkira.Namun amat malang di Malaysia,sebagai negara demokrasi kuasa dan keaktifan mahasiswa disekat melalui kuasa perundangan melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974.

Ketiga pula ialah integrasi pelbagai kaum di negara ini harus dititikberatkan bahkan menjadikan menjadi agenda utama kerajaan.Ini kerana umum mengetahui jika agenda penting ini gagal akan berlaku “thunami politik” negatif yang menghancurkan perjalanan politik,pentadbiran dan ekonomi negara.Tidak kira daripada mana-mana kaum perlu diingat mereka mempunyai “kuasa rakyat” yang sama.Integrasi yang baik dan positif harus dikekalkan dan jika perlu penambahbaikan,semua kaum harus bekerjasama menjayakannya.Integrasi positif antara kaum ini menjamin ketuanan melayu yang menerajui negara dapat dikekalkan.

CARA BERGURAU RASULULLAH.

Didalam satu riwayat ada seorang lelaki meminta pada rasulullah agar rasulullah membawanya di atas kenderaan.Kemudian rasulullah berkata,”aku akan membawamu di atas anak unta.”

Orang itu menjadi hairan kerana dia hanya melihat seekor unta dewasa,bukan anak unta.Kemudian rasulullah berkata,bukankah yang melahirkan anak unta itu seekor anak unta juga?(hadis riwayat Abu dawud & Tirmidzi).

Bergurau adalah rencah dalam pergaulan sehari-hari.Ia sebagai tnda persahabatan,dan menjadi lumrah di dalam kehidupan seseorang.Ia berfungsi sebagai menghibur,mengakrabkan lagi hubungan,menghilangkan rasa bosan,dan meredakan marah.

Sufyan bin Uyainah pernah ditanya apakah bergurau itu termasuk perbuatan yang tercela?beliau menjawab tidak,bahkan,termasuk sunnah bagi yang dapat melakukannya sesuai dengan tuntutan syara’.

Didalam Alquran,surah annajm ayat 43,ada menjelaskan bahawa ketawa dan menangis adalah fitrah yang Allah anugerahkan kepada manusia.Rasulullah pun pernah mernyebut bahawa melakukan perbuatan yang menyenangkan orang lain boleh dikategorikan sebagai kebajikan, “senyummu untuk saudaramu adalah sedekah”.(hadis riwayat imam ahmad)

Didalam bergurau seseorang itu hendaklah menjauhi perkara yang tercela seperti berdusta dan merendah-rendahkan orang lain.Sabda nabi “celakalah orang yang bercakap lalu mengarang cerita dusta agar orang lain ketawa”.

Didalam gurau rasulullah ia mengandungi fakta dan kebenaran.Seperti hadis riwayat Abuhurairah iaitu “wahai rasulullah,engkau telah bergurau dengan kami.”rasulullah menjawab “sesungguhnya aku tidak berbicara kecuali yang benar”.

Terdapat contoh lain iaitu pada satu hari rasulullah didatangi oleh seorang tua yang bertanya “apakah kelak saya akan masuk syurga?”rasulullah menjawab “tidak akan ada orang tua di dalam syurga”.mendengar jawapan itu orang tua itu menangis,lalu rasulullah berkata kepadanya bahawa kelak tidak akan ada orang tua di dalam syurga kerana semuanya akan kembali belia.

Ahmad yani abd manaf/majalah i/bil 67/mei 08.

We Care Palestine....

ENAM DEKAD NAKBAH PALESTIN.

-Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana.Bagi Palestin nakbah bermaksud penubuhan negara haram israel diatas tanah Palestin pada 15 mei 1948 secara rasminya dengan bantuan british dan Badan Dunia “paling adil” iaitu PBB.

-Cadangan penubuhan negara Yahudi dibuat oleh seorang wartawan hungary iaituTheodore Hertzl yang juga pengasas gerakan zionis dan kemudiannya dibukukan didalam buku yang bertajuk “die judem sat”(negara yahudi) pada tahun 1986.

-wujudnya Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama pada 27-29 ogos 1987 di Basel.switzerland dibawah pimpinan theodore hertzl.

KRONOLOGI RINGKAS PENDUDUKAN YAHUDI DI PALESTIN.

-British merestui Deklarasi Balfour yang memberi jaminan bahawa akan wujud sebuah negara yahudi di tanah Palestin.Ini merupaka perbuatan paling kejam dalam sejarah peradaban manusia dan ia nyata mencabuli perjanjian antarabangsa.Dengan pantas Palestin dijajah oleh tentera British.

-Dengan itu ramai yahudi eropah dan rusia masuk ke Palestin dan tanah rakyat palestin diambil sedikit demi sedikit samaada melalui kekerasan ataupun dengan cara tipu muslihat yahudi.

-PBB campur tangan dalam hal ini dengan membawa masuk Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP).Laporan badan ini mengatakan bahawa wujudnya ketidakadilan kepada rakyat Palestin kerana tanah mereka diambil secara haram oleh orang yahudi.Badan ini juga membawa cadangan pembahagian tanah Palestin dibahagikan kepada dua negara iaitu palestin dan israel haram laknatullah.

-Namun begitu,sidang pleno PBB memberi keputusan yang mendukacitakan kerana melalui “ketetapan 181” yang diwartakan pada 29 november 1947 yang mengatakan bahawa 2/3 daripada tanah palestin menjadi milik yahudi manakala 1/3 adalah menjadi milik palestin.Pada sidang pleno itu PBB dipengaruhi oleh bangsa yahudi.

LEMAHNYA LIGA ARAB.

-Liga ini gagal membantu yahudi mempertahankan hak-hak mereka sehingga terlepas begitu sahaja.

-palestin dibantu oleh tentera tajaan liga arab tetapi malang ,mereka dengan ,mudah ditewaskan oleh tentera yahudi,malahan pimpinan tentera liga arab ini juga dipengaruhi oleh yahudi.

-Dengan kekalahan ini,yahudi menguasai 78% palsetin dan petang 14 mei 1948 yahudi mengumumkan negara haram israel.

-British mengundurkan tenteranya kerana nagara haram israel merdeka diumumkan sehari selepas itu.

KEMERDEKAAN ISRAEL MALAPETAKA KEPADA PALESTIN.

-Rejim yahudi telah mengusir lebih 60% rakyat palestin (800000 daripada 1.39 juta) keluar negara manakala 30 ribu lagi ke daerah-daerah yang ditakluk mereka.

-sebelum perang terdapat 580 perkampungan yahudi dan yahudi telah memusnahkan 478 daripadanya dn lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai keatas rakyat palestin.

-Antara yang paling dasyat ialah di Daer Yasin iaitu pada 9 april 1948.Seramai 254 oarnag dibunuh termasuklah orang tua, wanita dan 52 kanak-kanak.Petugas Palang Merha PBB sendiri melihat bagaimana rumah orang palestin dibakar dan orng yang cuba menyelamatkan diri ditembak oleh yahudi laknatullah.

-dalam serangan itu wanita-wanita hamil dibelah perutnya dan janin-janin dikeluarkan dari perutnya hidup-hidup.52 kanak-kanak pula diseksa didepan ibu-bapa mereka sebelum dibunuh dan dipenggal kepala mereka.

-Arafat Hijazi,beliau merupakan salah seorang daripada beribu saksi kekejaman yahudi laknatullah,beliau berkata “saya melihat seorang tentera yahudi memanggil saudara saya iaitu,saliha alhalabi yang hamil 9 bulan.dia meletakkan senapangnya dilehernya lalu menembaknya sehinnga terbunuh saliha,lalu tentera itu membelah perutnya sehingga terburai lalu dikeluarkan bayi itu yang telah mati dengan pisau nazinya yang mengerikan itu.

-melalui peperangan 1948,kita melihat yahudi menjadikan alasan holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka mereka oleh tentera nazi sebagai hujah untuk membna negara haram mereka di palestin.Menteri pertahanan mereka iaitu Mosye Dayan mengakui bahawa setiap kekejaman di palesin dan rampasan tanah itu adalah satu jenayah terancang dan diiktiraf.

-ini disahkan oleh PBB melalui resolusinya.Sebanyak 110 resolusi dihantar kepada yahudi supaya mengembalikan hak 4.4 juta rakyat palestin,namun tiada seincipun tindajan yang diambil oleh yahudi.

KESAN NAKBAH PALESTIN (60 TAHUN).

-Yahudi meruntuhkan banyak rumah rakyat palestin dan memusnahkan kebun-kebun mereka supaya perkampungan yahudi dapat diperluaskan lagi.Yahudi sehingga hari ini mereka telah menguasai 90% daripada bumi palestin.

-Dalam proses meruntuhkan kiblat pertama umat islam iaitu masjid alaqsa dengan membina terowong dibawahnya atas alasan dibawan masjid itu terdapat kuil lama mereka yang dinamakan “haykal sulaiman”.

-Memenjarakan hampir 12 ribu rakyat palestin yang terdiri daripada kanak-kanak.orang tua,wanita hamil dan orang-orang yang sakit.

-Sekatan ekonomi keatas palestin seperti yamg dilakukan oleh yahudi sehingga banyak rakyat palesti tiada pekerjaan,dibelenggu kemiskinan dan kebuluran.

-Pendidikan keatas anak-anak palestin dinafikan sehingga mereka yang melanjutkan pengajian yang menengah adalah peratus yang paling kecil.

-Yahudi membina tembok pemisah yang terpanjang diduni iaitu sejauh 720 km dan menjadika ia sebagai penjara terbesar didunia.

-Dianggarkan hampir 6.45 juta pelarian palestin yang hidup penuh kedaifan sejak 60 tahun lalu.Ia adalah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai dalam sejarah peradaban dunia.

(Dipetik daripada majalah I,bil 65,mei 08,penulis:DR ZAINUR RASYID ZAINUDDIN,PERUNDING AMAN PALESTIN.)

Thursday, July 10, 2008

mahasiswa balik kampus...

idea baru dan semangat baru dari mahasiswa sejagat....

Bulan ini memang sangat sinonim dengan bulan mahasiswa kembali ke kampus masing-masing.Dengan itu,kita tidak dapat lari dari semangat baru dan idea baru yang akan muncul dari benak pemikiran mereka.Sebelum itu,tahniah diucapkan kepada graduan yang baru menamatkan pengajian mereka.

Umum mengetahui,ruang lingkup pemikiran mahasiswa mempunyai nilai pasaran yang tinggi jika ia boleh dinilai dengan harga.Oleh itu,tidak hairanlah ramai pemimpin-pemimpin terkenal lahir dari pentas pimpinan mahasiswa.Mereka golongan harapan agama,bangsa, dan negara,tidak kiralah bidang ilmu apa yang dituntut di kampus,kerana semua itu diperlukan agama dan negara bagi melahirkan tenaga mahir yang amanah dan berintegriti.

Akan tetapi,nilai dan moral mahasiswa kini agak tenggelam dengan pelbagai pengaruh.Pengaruh kebendaan,rakan negatif dan media negatif adalah menjadi penyebab kepada kenisbian nilai mahasiswa kini.Mereka lupa tanggungjawab dan amanah ibu bapa serta agama yang mahukan keseimbangan kejayaan di dunia dan akhirat daripada mereka.

Oleh itu,di semester yang baru ini,sama-samala kita perbaiki diri sebagai mahasiswa,lakukan anjakan paradigma dalam diri agar matlamat diri di kampus dapat dicapai.Kita tidak mahu lahirkan mahasiswa yang pandai n punyai CGPA yang tinggi tapi nisbi nilai dan moral yang memberi persepsi negatif kepada golongan awam.